Wednesday, January 6, 2010

LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA

"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA" (Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita). Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (al-Taubah : 40)


"Idris, ambil ana kat komuter boleh? Saje nak jalan-jalan kat Bangi dengan anta hari ni" , saya bingkas bangun mengambil kunci motorsikal selepas menerima panggilan daripada sahabat saya petang itu. Sudah lama kami tidak berjumpa. "Akhi, anta free tak petang ni? Ke ana mengganggu ni?", soal sahabat saya tadi sambil menjelaskan kedatangannya petang itu hanya sebentar. Kebetulan singgah dalam perjalanan dari Seremban ke Kuala Lumpur. Sambil tersenyum saya menjelaskan bahawa kehadirannya petang itu sangat tepat pada waktunya tatkala kerana saya sedang terpinga-pinga mencari aktiviti untuk diisi petang itu. Lalu, saya membawanya bersiar-siar di Tasik Cempaka.

Sambil bersiar-siar sahabat saya tadi berkongsi kisah hidupnya sebagai motivasi. Seolah-olah dia tahu sahabatnya ini perlukan motivasi perangsang semangat agar istiqamah atas aqidah yang sahih serta perjuangannya. "Akhi, kta kena rasa "hidup bertuhan" dalam perjuangan. Baru kita tak hilang semangat", nasihat sahabat saya kepada saya ketika itu. Lalu, dikongsikan kisah hidupnya yang menyebabkan hati saya tersentuh dengan semangat "hidup bertuhan" dalam perjuangan.

Sahabat saya menceritakan, dia tidak banyak wang, tetapi selalu rasa cukup bila membudayakan "hidup bertuhan". Pernah satu ketika, dirinya runsing sebentar tatkala ingin keluar bermusafir atas sebab gerak kerja yang perlu diselesaikan. Akaunnya hampir kosong. Namun, dirinya termotivasi dengan "la tahzan, Innallaha ma'ana". Entah bagaimana tiba-tiba sahabatnya datang, "Ustaz, ni ada orang minta ana sampaikan zakat kepada ustaz", sambil menghulurkan sampul surat. "Alhamdulillah mungkin ini boleh membantu", bisik hatinya. Ketika pulang, sampul dibuka. Terdapat beberapa keping wang kertas RM50 di dalamnya.Terkesima saya mendengarnya. Ceritanya memberi motivasi kepada saya supaya jangan lupa, "kita masih bertuhan" dalam perjuangan dan menempuh hidup.

"Ana selalu hampir menangis akhi. Setiap kali ada masalah kewangan,ada sahaja hamba Allah yang datang membantu. Sehingga ana rasa hina sangat. Berapa sangat syukur ana kepada Allah sedangkan Dia selalu membawa ana keluar dari masalah." Luah sahabat saya lagi dengan penuh perasaan. Saya lantas teringat pesanan murabbi saya dahulu Ustaz Mahmud ketika masih di bangku sekolah. Beliau meninggalkan dua pesanan kepada saya dan sahabat saya ketika itu, saudara Faisal, "rezeki di tangan Allah, takut hanya kepada Allah". Selalu saya kongsikan dengan sahabat-sahabat tentang pesanan ayah saya supaya jangan berkira sangat dalam kewangan. "Kalau nak makan, ada duit, makan ja", itu pesanan ayah saya sambil tersenyum ketika saya pulang ke kampung.

Kami berhenti sebentar di bangku di tepi Tasik Cempaka. Sambil menjamah goreng pisang yang sempat dibeli dalam perjalanan tadi, sahabat saya sempat menyakat. "Akhi, anta bila mahu bina baitul muslim?" Saya tersenyum menerima soalan provokasi sebegini. Biasanya isu ini agak panas kalau menjadi "status" dalam Facebook, YM, blog dan lain-lain. "Kalau nak kira dari sudut mahu, tanyalah kepada sesiapa, semua orang mahu sejak kecil lagi. Tapi duit tak de lagi akhi, belajar dulu. Nak bagi keluarga makan pasir ke?" jawab saya sambil menikmati goreng pisang yang sudah sejuk itu. Sahabat saya agak tidak berpuas hati dengan jawapan saya walaupun nada saya hanya sekadar gurauan. "Tak boleh macam tu akhi. Kena ada azam, kalau niat kita baik, percayalah Allah akan bantu. Yang penting yakin pada Dia".

Sahabat saya meneruskan kisah nikmat "hidup bertuhan". Beliau sempat menceritakan kisah dia mendapat beberapa peluang dalam hidupnya setelah berazam membina baitul muslim. Beliau sangat optimis, niat yang baik sentiasa mendapat perhatian dari Allah. Lalu, sempat dia menasihati saya agar sentiasa mebersihkan niat di hati agar hati tidak gundah gulana. Biar berjuang dalam keadaan kita mendapat perhatian istimewa daripadaNya.

"Kita sibuk berjuang tetapi memang kita kurang menikmati "hidup berjuang". Sebab itu kita mudah putus asa. Apabila kita bersendirian, kita rasa lemah dan hilang semangat. Kekadang kita merajuk dalam berjuang. Boleh ke macam tu?" sambung sahabat saya lagi ketika kami mneruskan perjalanan setelah goreng pisang sejuk tadi kami habiskan. Saya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Pelbagai cerita para ulama' yang sahabat saya bawakan ketika itu menyebabkan saya rasa terlalu dhaif berbanding ulama'-ulama' terdahulu. Ada yang bermusafir beratus kilometer bersendirian, namun masih tetap setia dengan matlamat menuntut ilmu dan perjuangan.

Ketika itu juga saya teringat kepada nasihat "Abang Long"(Nazar Akmal) kepada saya dan sahabat-sahabat seperjuangan di Darul Quran beberapa tahun lalu. "Tak payah nak merajuk dalam perjuangan. Jangan selalu bermain dengan perasaan. Ingat, tak ada siapa nak pujuk kita kalau kita merajuk. Dalam perjuangan, kekadang kita akan biasa ditinggal bersendirian. Namun, kita tidak patut mudah mengalah dan berundur hanya kerana bermain perasaan". Ini antara pesanan yang selalu saya dan sahabat-sahabat terima dari "Abang Long" satu ketika dahulu. Dia tidak mahu kami cepat mengalah, dan terlalu bergantung kepada manusia dalam urusan gerak kerja. Ya, sahabat sangat penting dalam perjuangan, tetapi apabila kita ditinggal bersendirian, adakah kita akan tinggalkan bersama amanah yang belum terlaksana? Ini yang "Abang Long" ingatkan kepada kami "adik-adik"nya.

Banyak lagi kisah hidupnya yang dikongsi bersama ketika itu yang tak mampu saya coretkan di sini. Apa yang saya lihat, walaupun menghadapi beberapa cabaran, sahabat saya mampu menerimanya dengan tenang hanya kerana prinsipnya, "la tahzan, Innallaha ma'ana".

Jam menunjukkan pukul 6.45 petang. "Idris, jom hantar ana ke stesen komuter. Ana mesti sampai di Kuala Lumpur sebelum pukul 8 malam ni", kata sahabat saya itu menadakan beliau sudah mahu berundur diri.

Setelah kakinya melangkah masuk ke dalam komuter, enjin motorsikal pun saya hidupkan untuk pulang. Dalam perjalanan, masih terngiang-ngiang di telinga saya nasihat-nasihat dan motivasi yang baru saya terima sebentar tadi. Seolah-olah dia dihantar sebentar ke sini hanya untuk memberi motivasi kepada saya ketika itu. Nasihatnya tadi benar-benar memuhasabah diri saya agar kembali sedar akan "hidup bertuhan".

"Berapa banyak aku bersyukur? Berapa Banyak aku berzikir? Berapa peratus kebergantungan hidupku padaNya? Berapa saat dalam hidupku berasa "hidup bertuhan"?" fikir saya ketika itu mengenangkan setiap kata-kata sahabat saya tadi. Benar, kekadang kita bukan tidak berzikir, tetapi kurang fikir. Zikir kita kekadang tidak ubah seperti "burung kakak tua yang sedang bercakap dalam sangkar emas". Berzikir dalam keadaan tidak berfikir. Tidak memahami apa yang dizikirkan sambil tenggelam dalam nikmat. Lupakan aspek "hidup bertuhan".

wallahua'lam....

12 comments:

Anonymous January 6, 2010 at 6:46 PM  

sungguh terkesan cerita ust...
krn ana jg sdg mnghadapi mslh kewangan...
"hiduplah dgn rasa berTuhan"

Anonymous January 6, 2010 at 6:55 PM  

masya-Allah....
artikel yg sgh berkesan....
mnitis air mata saat membacanya...
terasa kerdil lantaran zikir yg maseh kurang....
ape2pon teruskan pjuangan ust utk mnyedarkan yg maseh 'lena'..
"la tahzan, innallaha ma'ana"

khaulah mujahidah January 6, 2010 at 8:05 PM  

jazakallah atas perkongsian

Anonymous January 7, 2010 at 12:46 AM  

syukran atas perkongsian crita ni..disaat diri didatangi masalh kewangan, hati perasaan, dan emosi,,terdetik utk baca post ust kali ni..apa yng cube utk dismpaikan dlm post kalini,mmg terkesan dalam diri...dengan adanya rasa bertuhan di hati pasti segalanya dpt di atasi..syukran..

fikirkeyrill January 7, 2010 at 3:21 AM  

syukran...perkongsian..yang mentarbiyyahkan diri yang sentiasa dahagakan perubahan dalam diri..

faqir ilmu January 7, 2010 at 6:13 AM  

jazakallah abg idris..dh lama ana x dgr taujihat,nasihat abg sjk d kjauhan ni,amt2 brmkna bt kmi di sni..mudah2an abg sentiasa dlm jagaaNya,rahmatNya..hayyakallah..teruskan perjuangan..

hasanhusaini January 8, 2010 at 1:14 AM  

ana faham...tersangat faham akan isi tersuratnya...kita masih ada tuhan..tuhan yang pernah Menyelamatkan Ibrahim dr Api..selatkan Musa dr Firau, selamatkan Isa dr makar Yahudi..selamatkan Muhammad dr perancangan jahat Musyrikin..Tuhan itu jugalah tuhan kita...

Ana juga faham isi tersiratnya....

'kekandamu' ini pastinya sentiasa sudi menghulurkan bantuan...ameen..ketemukan kami ya allah di Jannah-mu..kami ingin bercerita tentang jalan-jalan perjuangan yang pernah kami lalui, kerana kami cukup sibuk untuk bercerita di dunia, benarkan kami untuk bercerita di Syurga sana.

Anonymous January 8, 2010 at 1:11 PM  

MANTAN anak usrahmu merasakan makin xlayak utk bersamamu..bertimbunnya dosa-dosaku..

mariati January 10, 2010 at 8:44 PM  

Syukran.

Anonymous January 14, 2010 at 6:54 PM  

assalamualaikum..
tersentak juga atas kekhilafan diri..
lantas krangnya zikr kpdNYa..

perjuangan perlukan sokongan dr shbt2..
ttp
masih ada yg takut bila ditinggal keseorgan dlm perjuangan..
sedih berjuang sorg2..
sedangkan Allah dh janji..
"la tahzan,innallaha maa'na"..
cuma kita je yg xyakin..


tentang kemerosotan kewangan..
"apakah kamu fikir Allah hanya memberi rezeki kepada yg kaya,dan membiarkan yg miskin terkapar-kapar?"
Ingatlah..tiap2 hembusan nafas manusia,Allah tidak pernah lupa untuk memberi rezeki kpd hambanya..apatah lg hambanya yg berjuang demi menegakkan agamaNYA..
samada kita bersyukur @ tidak.."
rezeki itu kadg2 kita xnampak..
kdg2 bila didepani masalah yg berat..
kita masih lg mampu berlapang dada n tersenyum..
berbanding mereka yg tiada masalah ttp sentiasa gelisah..

pasal baitul muslim..
benar sungguh kata2 shbt enta..
"yakin pd Allah krn Allah yg memberi rezeki kpd kta.."
seringkali kita mengelak atas faktor kewangan..
ttp dlm surah annur ayat 32 Allah menyebut:
"Dan nikahkanlah org2 yg masih bujang diantara kamu,dan juga org2 yg layak (menikah)dr hamba2 sahayamu yg lelaki n prmpuan.Jika mereka miskin,Allah akan memberi kemampuannnya kpd mereka dgn kurniaNYA.Dan Allah Maha Luas (pemberianNya),Maha Mengetahui.

kalau berada diantara nikah, fitnah serta zina hati..
pilihla pernikahan..
krna Allah janji didalam pernikahan itu ada ketenangan~

wallahu a'lam..

Are You Gonna Go My Way February 3, 2010 at 2:09 AM  

kau berdoalah..Ya Allah aku ingin mengenal mu.......(betul2 nak kenal..bukan main2 pantun jer)

cukup...doa2 lain x payah....

Su November 30, 2015 at 10:06 AM  

Assalamualaikum, boleh ana minta izin utk share ? jazakallah khairan.

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP