Saturday, January 2, 2010

TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT GAMIS

Terima kasih kepada sahabat-sahabat GAMIS yang turun memeri komitmen yang baik dalam Operasi Kehadiran Dirasai (ORKED) sempena Sambutan Tahun Baru 31 Disember baru-baru ini. Kehadiran lebih 600 mahasiswa daripada pelbagai kampus pada malam tersebut membuktikan bahawa kalian masih mempunyai sensitiviti bermasyarakat di samping tanggungjawab sebagai da'ie.

Operasi pada malam tersebut bukanlah untuk menghukum mana-mana pihak, akan tetapi ingin menunjukkan semangat mahabbah GAMIS kepada anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan Malaysia pada masa akan datang. Operasi kita pada malam tersebut adalah semata-mata menunjukkan sikap dakwah kita seperti kata al-Banna dalam wasiatnya iaitu, "asas dakwah kita ialah kasih sayang".

Semoga usaha kita akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Mungkin ada yang berbicara soal sedikitnya kesan gerakan malam tersebut, tetapi saya melihat usaha sahabat-sahabat adalah permulaan yang baik. Sekali lagi, saya mewakili kepimpinan GAMIS mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen kalian.

Saya masukkan sedikit-sebanyak gambar suasana malam tersebut.


















* terima kasih kepada jurukamera-jurukamera tak rasmi

2 comments:

hasanhusaini January 3, 2010 at 1:46 AM  

Salam...teringatnya dengan suasana tu...banyak kenangan di situ...herm, bila pulak akan merasai semula...

hannanhusna January 5, 2010 at 7:26 PM  

salam..teringatnyer kenangan suasana tu...bersama sahabat2..hingga ada yang menangis sebab xdapat nak pujuk seorang remaja ikut kami.

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP