Monday, December 28, 2009

RAYUAN SUMBANGAN UNTUK SAHABAT MAHASISWA DI FPI

Assalamualaikum,

Seorang sahabat kita, mahasiswa tahun 2, Fakulti Pengajian Islam menghadapi masalah kewangan. Beliau memerlukan RM1265.00 bagi menjelaskan yurannya yang tertunggak semester lepas untuk meneruskan pengajiannya. Ada dua pilihan untuknya, 1) bayar baki yuran yang belum langsai atau 2) tangguhkan pengajian.

Sahabat kita ini dari Indonesia. Setelah berbual dengannya, saya mendapat tahu sahabat kita ini berasal dari keluarga yang agak susah di Indonesia. Ibunya bekerja secara kecil-kecilan untuk menyara dua adik beliau di sana. Hari ini, beliau menyambung pengajiannya di UKM tanpa mana-mana tajaan. Masalah kewangan menyebabkan beliau bekerja sebagai buruh kasar pada hujung minggu atau masa lapang bersama sepupunya.

Saya telah cuba mendapatkan bantuan di Unit Kebajikan Pelajar. Namun, saya dimaklumkan Tabung Kebajikan Pelajar hanya untuk rakyat Malaysia. Saya telah ke Bahagian Zakat dan Pusat Islam. Insyaallah, bantuan mungkin boleh diperolehi sedikit sebanyak untuk membantu cuma prosedurnya agak memakan masa.

Justeru, pihak Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam sedang menggiatkan usaha menggerakkan permohonan sumbangan dari sahabat-sahabat mahasiswa bagi membantu sahabat kita tadi. Beliau memerlukan sumbangan kita bagi membolehkannya mendaftarkan diri untuk melanjutkan pengajiannya.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, boleh hubungi saya : 0132966549

Mafhum Hadis :

"Kalau kamu sanggup bangun dari kerehatan untuk menolong seorang sahabat yang sangat berhajat tanpa mengharap balasan dunia, ikhlas kerana Allah, pertolongan ini adalah lebih baik dari kamu beriktikaf di Masjid Nabawi selama sebulan dengan berpuasa di siang hari, membaca al-Quran dan solat sunat".

MOHD IDRIS BIN MOHD YUSSOFF,
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


* terima kasih kepada mereka yang menyalurkan maklumat kepada saya

4 comments:

Anonymous December 29, 2009 at 12:54 AM  

masalah ni biasa berlaku di klngan mahasiswa IPTS dr family yg x berada. terpaksa tangguh pngajian. rmai sgt yg kerja sambil bljr.

Anonymous December 30, 2009 at 1:29 AM  

salam. agak berlaiann d fakulti perubatan ukm. kami still boleh proceed if xbayar yuran eg. saya xbayar u 4sem shga sekarang

~jz share
moga sglanya dpmdahkan

Anonymous January 12, 2010 at 2:32 AM  

yaallah.... semangat itu yang kita patutkan terapkan di dlam diri setiap insan terutama mahasiswa... ssh dalam kehidupan x mematahkan semangat beliau untuk teruskan pengajian...betapa bercahayanya ilmu itu disisi setiap muslim...wahai mahasiswa bangkitlah kesedaran didalam diri, wujudkanlah rase kesyukuran terhadap ape yang kita miliki di waktu ini...marilah kita bersama2 membantu sahabat kita ini yang daif dalam kewangan bagi mempermudahkan beliau mencari 'cahaya' yang mulia ini..bagi yang tidak mampu, bersama2 kita berdoa kepada ilahi agar saudara muslim kita ini sentiasa dipermudahkan perjalanan hidup beliau...amin2 yarabbal alamin...

Anonymous February 1, 2010 at 12:18 AM  

Salam, malu rayu dengan orang, kalau tak boleh bayar yuran ko, tak makan ko, pergi jumpa pegawai HEP atau TNC (HEPA), diaorang pasti bantu anda, tapi janganlah malu sebab asyik henta dia jer, takpun jumpa Ustaz Dr. Idris Tim Dekan FPI jer

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP