Tuesday, December 29, 2009

TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN MAHASISWA



Assalamualaikum w.b.t.,

Terima kasih kepada sahabat-sahabat mahasiswa yang telah menyumbang untuk membantu sahabat kita yang kesusahan. Sebentar tadi saya telah bertemu beliau untuk menyampaikan sumbangan sahabat-sahabat melalui kutipan yang dibuat oleh pihak Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam (MPP FPI).

Setakat ini, sumbangan yang diterima dan disampaikan sebentar tadi sebanyak RM1013.50, hasil kutipan pihak sekretariat daripada mahasiswa dan RM100 melalui Lajnah Kebajikan dan Akademik, Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM).

ALhamdulillah, setakat tadi RM1113.50 telah kita sampaikan. Saya amat mengalu-alukan jika masih ada yang ingin menyumbang kerana setakat ini, sumbangan tadi adalah untuk melangsaikan yuran pengajian beliau yang lepas. Beliau masih memerlukan bantuan untuk membayar yuran semester ini dan akan datang.

Terima Kasih. Semoga ALlah s.w.t. membalas jasa kalian.

MOHD IDRIS BIN MOHD YUSSOFF,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP),
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 comments:

Anonymous December 29, 2009 at 8:55 PM  

sharing is caring..moga Allah memberkati usaha yg baik ini

adzim January 1, 2010 at 1:13 AM  

terima kasih atas keprihatinan.

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP