Friday, December 25, 2009

ASHAB AL-UKHDUD : PENGAJARAN BUAT ANAK MUDA (2) "Anak Muda Dan Tradisi Mencabar"


Sambungan hadis kisah Ashab al-Ukhdud :

"....Selepas itu ghulam dibawa dan dikatakan kepadanya, “tinggalkan agamamu.” Dia enggan lalu dia diserahkan kepada sekumpulan tentera raja. Raja berkata, “pergilah kamu semua membawa ke bukit sekian-sekian. Dakilah ia. Apabila kamu sampai kemuncaknya, jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika tidak, maka campakkanlah dia. Mereka pergi membawanya dan mendaki bukit tersebut. Ghulam pun berdoa, “Ya Allah, selamatkanlah aku dengan cara apa jua yang kamu sukai.” Lalu bukit bergoncang dan mereka semua jatuh. Ghulam pun pulang untuk menemui raja. Raja berkata kepadanya, “apa yang telah dilakukan oleh kawan-kawan kamu?” Ghulam menjawab, “Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka.” Lalu dia dihantar kepada sekumpulan tentera yang lain. Raja berkata, “pergilah kamu semua membawanya ke sampan. Bawalah dia ke tengah lautan, jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika tidak, campakkan dia ke laut. Maka mereka pergi membawa ghulam lalu dia berdoa, “Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu sukai.” Maka sampan pun terbalik dan mereka semua tenggelam. Ghulam pun pulang untuk menemui raja. Raja berkata kepadanya, “apakah yang dilakukan oleh kawan-kawan kamu?” Dia menjawab, “Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka.”Kemudian dia berkata kepada raja, “sesungguhnya kamu tidak boleh membunuh aku sehingga kamu melakukan apa yang aku suruh......."

Pelik jika difikirkan. Insan biasa tidak akan bertindak sedemikian. Mana mungkin insan biasa yang diugut dengan penyeksaan, terlepas dari seksaan kemudian datang kembali kepada orang zalim yang mahu menyeksanya tadi. Bukan sekali, tetapi bebrapa kali. Aspek vertikal juga telah menjadi pengiring yang tidak pernah dilupakan ghulam yang sepatutnya menjadi contoh tauladan kepada kita hari ini.

Ghulam membuktikan kepada kita bahawa, anak muda dan tradisi mencabar sudah menjadi asam garam dalam kehidupan. Jika anak muda takutkan cabaran, lebih baik dia tidak menjadi anak muda. Insan luar biasa ini telah menyebabkan raja yang zalim tadi bingung. Bukan setakat telah membawa momentum yang besar dalam gerakan dakwahnya tetapi kini sengaja memanaskan hati raja zalim yang sedang marah kerana perubahan paradigma masyarakatnya yang sudah mampu menilai, siapa Tuhan dan siapa makhluk.

Memang pelik tidakan ghulam ketika itu, seolah-olah sengaja mencari nahas tetapi itulah jiwa anak muda. Sejarah telah membuktikan isu anak muda dan tradisi mencabar ini dalam beberapa zaman. Saya sengaja panjangkan kisah seorang ikon anak muda yang telah membawa kesan besar kepada kejayaan hijrah sempena dengan masyarakat hari ini sedang berbicara tentang hijrah dari Makkah ke Madinah disamping tokoh-tokoh anak muda yang lain.

Mus'ab Bin Umair : Ikon anak Muda yang membawa kepada kejayaan besar dalam Hijrah, namun sering dilupakan.


"Dua orang murabbi ana ada menamakan anak lelaki mereka Mus'ab. Ana juga terlalu mengkagumi kisah Mus'ab. Kalau kita ada anak lelaki nanti, kita namakannya Mus'ab macam mana?"

Saya memberi cadangan kepada Nazri di Port Dickson baru-baru ini. Kami ketawa bersama ketika itu sambil berjalan ke pantai. Kami selalu berbincang tentang tokoh anak muda ini. Kalau ada cerita baru tentang Mus'ab Umair yang baru dibaca, kami akan berkongsi. Ya, saya memang mengkagumi anak muda ini. Dia telah membuktikan "tradisi mencabar" adalah jiwa anak muda.

Mus'ab telah membuang segala kesenangan hidup demi Islam. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah s.a.w. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus'ab sering disebut-sebut oleh sahabat:

"Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus'ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya".

Daripada dia seorang anak kesayangan ibunya, telah berubah menjadi anak yang paling dibenci oleh ibunya kerana memeluk Islam. Ibunya pernah membuat mogok lapar, strategi yang lebih awal dilaksanakan dari Mahatma Gandhi satu ketika dahulu.Pada suatu hari Mus'ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesu. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus'ab meninggalkan Islamnya.

Ujian besar itu dihadapi dengan penuh berprinsip oleh anak muda ini. Perang psikologi yang dilancarkan oleh ibunya dijawab dengan mudah,"Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali". Kecekalan hatinya ini sememangnya tinggi. Maka tidak salahlah kalau saya katakan kecekalan jiwa Mus'ab menyebabkan dia layak menerima amanah sebagai "Duta Islam Pertama" yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w. ke Madinah sebelum Hijrah.

Pengutusan Mus'ab oleh Rasulullah s.a.w. bersama 12 orang Madinah yang memeluk Islam setelah mereka mengikat janji setia dengan baginda (Perjanjian A'qabah 1) telah meninggalkan kesan besar. Pada tahun berikutnya 70 lagi orang Madinah masuk Islam dan datang ke Mekah di musim Haji untuk berjanji setia dengan Nabi (Perjanjian A'qabah 2). Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka jalan kepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah.


Paling mengkagumkan saya adalah kisah Mus'ab dalam perang Uhud. Mus'ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus'ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: "Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul"


Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus'ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus'ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus'ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus'ab sebagai syuhada' Uhud. Bgeitulah Mus'ab, si anak muda yang tidak gentarkan cabaran. Sama ada kecil atau besar, jiwa mudanya telah membuktikan kepada dunia, anak muda ini tidak mudah mengalah.

Sejarah Zaman Berzaman : Anak Muda dan tradisi mencabar.....

(InsyaAllah akan saya sambung selepas pulang dari Terengganu sehari dua lagi jika mendapat kekuatan... dah tak sempat nak bersiap : ) )

5 comments:

hasanhusaini December 26, 2009 at 7:39 AM  

Tk sabar nak baca sambungan..mungkin ayatnya bakal berbunyi begini 10 tahun akan datang...: dialah Mus'ab di Malaysia...bekas pelajar dq..sekian dan sekian...ameen...

adzim December 26, 2009 at 7:16 PM  

assalamualaikum.

mungkin saya boleh memberi pandangan begini:-

Dalam dakwah, perkara yang paling penting adalah usaha. Ok.

Kemudian, dalam setiap gerak kerja, apa natijahnya juga adalah penting. Jika kita berbuat sesuatu perkara, kemudian natijah baiknya lebih banyak daripada natijah buruk. Maka perkara itu memang wajar dilakukan.

Jika, natijahnya baik dan buruk adalah sama, maka, mungkin kita boleh fikirkan lagi.

Tetapi, jika natijah pada suatu perbuatan kita itu lebih banyak buruknya daripada baik, maka ia tidak wajar diteruskan.

Begitu juga dalam usaha dakwah.

Bercerita tentang Ghulam dan ashab al-Ukhdud, natijah daripada 'sengaja mencari nahas' Ghulam itu adalah, sebuah kampung itu akhirnya beriman kepada Allah.

Ghulam bukan semata-mata seorang anak muda yang suka mencabar tanpa usul periksa dan suka-suka mencari nahas. Ya, tradisi anak muda adalah mencabar, tetapi sejauh mana cabaran itu membawa natijah yang baik, itu harus di ambil kira.

Bahkan dalam konteks ini juga, walaupun tindakan Ghulam itu berjaya membuatkan satu kampung (atau satu daerah atau satu negeri) beriman kepada Allah, tetapi kemudiannya kesemua mereka itu mati dan dibunuh. Natijahnya, usaha dakwah mati ratusan tahun lamanya.

Jadi, natijahnya padacsetiap tindakan kita itu perlu difikirkan terlebih dahulu sebelum tindakan diambil, bukan buat dulu baru fikir natijahnya.

Ya, kita boleh sentiasa berfikir tindakan kita membawa natijah yang baik, tetapi, dalam perjuangan, kita mesti sentiasa rasional.

Dan apabila dalam pertimbangan kita banyak keburukannya, natijah daripada usaha kita, kita harus mencari satu jalan yang lain.

hmm, maafkan andai pendapat saya ini sedikit panjang dan maaf jika saya tiada keahlian dalam membicarakan hal seperti ini.

Sekian. Wassalam

adzim December 26, 2009 at 8:07 PM  

"Hasil dakwahnya ketika itu menyebabkan 12 orang Madinah Masuk Islam dan bertemu dengan Nabi di Musim Haji untuk mengikat janji setia dengan Nabi (Perjanjian A'qabah 1)."

Saya syorkan agar penulis blog menyemak kembali fakta ini, kerana sepanjang pengetahuan saya, Mus'ab bin Umayr diutuskan ke Madinah selepas perjanjian Aqabah Pertama.

Mungkin juga saya silap?
khabar-khabarkan..
:-)

Khabir Shuhaimi December 26, 2009 at 11:36 PM  

Assalaamu'alaikum wrm wbt

Ana tidak melupakan Mus'ab bin Umair

si pengkader mujahid ikhlas lillahi-ta'ala

Jika ustaz Sya'ari (ex-SU agong GAMIS) membongkar diri Al-Fateh..

siapakah pula pengkaji Mus'ab Bin Umair?!

Allahu-akbar! Walillahil-hamd.

Ahmad Khabir Bin Shuhaimi
UTP
019-5153494
ahmadkhabir@gmail.com
ahmad_khabir88@yahoo.com

Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, December 27, 2009 at 8:34 AM  

jazakallah Adzim. Betul, ana ralat. baru check dalam karangan Mustofa Sibaie.... seronok ana ada kawan-kawan mcm ni : )

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP