Monday, December 21, 2009

ENJIN BESAR PUN BOLEH HILANG BERTAHUN-TAHUN?


Insiden kehilangan enjin jet berharga RM50 juta di Gudang Material Udara I (Matra I), Sungai Besi semakin membingungkan saya. Mana tidaknya, fakta-fakta kes boleh menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Fakta-fakta :

1. Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007

2. Disedari telah dijual kepada syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan.

3. Syarikat antarabangsa itu berminat membeli enjin itu kerana harganya yang murah, kerana merupakan alat ganti yang dikategorikan sebagai rosak yang akan diperbaiki

4. TUDM mula menggunakan pesawat tempur enjin berkembar buatan Amerika Syarikat (AS) itu pada 1974 tetapi hanya enam unit masih digunakan, masing-masing model RF-5E Tigereye dan F-5E Tiger II yang berpangkalan di Butterworth.


5. Selain Malaysia, model itu masih digunakan oleh Singapura, Indonesia dan beberapa negara di timur tengah serta Eropah


6. Difahamkan, khidmat pesawat itu pernah digantung beberapa tahun lalu berikutan cadangan menggantikannya dengan pesawat baru.


7. Enjin tersebut lengkap dengan 'after burner' (sistem turbo).


8. Enjin yang masih berkeadaan baik itu dibawa dari Skuadron 12 Scorpion Butterworth ke Pangkalan Udara Kuala Lumpur dan sepatutnya diserahkan kepada satu daripada tiga kontraktor swasta yang dilantik kerajaan untuk penyelenggaraan.

9. Ia dipercayai dilakukan secara terancang dengan pembabitan orang dalam TUDM sendiri.


10. Taktik pengkhianat memang licik dan berpengetahuan luas dalam hal berkaitan enjin pesawat tempur. Mereka tahu enjin itu tiada apa-apa nilai tanpa rekod perkhidmatan dan penyelenggaraan.

11. Akhbar hari ini melaporkan, Seorang Brigedier Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diarah bersara kerana terbabit dalam kes kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM serta pelbagai penyelewengan lain dalam pasukan itu sejak beberapa tahun lalu.



Saya tertanya-tanya :


Bagaimana enjin seberat dan sebesar itu boleh dibawa keluar dari Malaysia tanpa dikesan?


Enjin besar ini dihantar dengan apa sehingga Kastam dan lain-lain tidak dapat mengesan?


Pembeli sudah pasti bukan seorang petani....


Sejak bilakah pembeli dan penjual berbincang untuk urusan jual beli? Takkan masa LIMA ?


Kenapa hari ini baru kes ini dibongkarkan?


Kalau kes dibongkar awal, rasanya penjual tidak sempat bawa keluar enjin sepantas kilat...


Siapa Menteri Pertahanan ketika itu?

Dan.....





6 comments:

محمد حذوان بن حميدان December 21, 2009 at 5:20 PM  

perkongsian yg mntap!!ana stuju dgn pndgn enta,masakan enjin yg begitu bernilai dan saiznya yg bsr blh x disedari oleh phk berkuasa kita..pd mse kni,mnusia sggup mmbuat ape2 shje wlaupn ia dlarg agme dmi habuan dnia smata2..smoga kte djauhkan drpd sft sebegitu..amin (^_^)

Anonymous December 22, 2009 at 2:14 AM  

jgn membuat spekulasi meluluh..

Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, December 22, 2009 at 6:36 AM  

bukan buat spekulasi, tapi tertanya-tanya bila berada dalam kebingungan...

Soul Ihya' Yakuza December 22, 2009 at 10:55 AM  

salam..setuju sanagt dengan komen saudara hazwan tu..bagus2...anonymus ni plak kenape la jadi macam tu..orang zaman batu ke?hehe..tak kritikus langsung...jgn tuduh melulu..ustz tak wap spekulasi pum..ko yang buat spekulasi...

Izzuddin Ismail December 23, 2009 at 6:08 PM  

salam ziarah... ya, bingung. Enjin besar macam tu pun boleh hilang. Kalau nak kebas pun nak angkut berat tuh... bukan boleh pikul atas bahu. kena angkut dgn kren barangkali. Nak bawa pun mau kena pakai kontena. Kereta wira mana boleh muat!

Anonymous December 24, 2009 at 11:42 AM  

salam...
korang ni kalau duk dalam perkhidmatan ATM sama macam anggota berpangkat Prebet yang esok nk kena berhenti sebelum time rehat dah pergi makan kat kantin lepas tu sembang kutuk pegawai atasan.
setakat ayat tiru balik laporan siasatan yang belum siap tk payah nak masuk blog la...
sedap cakap tapi bila suruh bawa senjata tembak da nak menangis. tu la korang

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP