MENERUSKAN RENCANA AGENDA PENDIDIKAN ISLAM NEGARA
Walaupun hanya sebentar bersama-sama Naqiu, Ketua Sekretarit Bertindak Pendidikan Islam Nasional (SPIN) bertemu sahabat-sahabat UPSI, saya rasakan ianya cukup bermakna. Seri wajah yang terpampang pada wajah sahabat-sahabat UPSI menyebabkan saya terharu. Mereka serius untuk bersama mengambil inisiatif bagi merealisasikan impian merejuvenasi sistem Pendidikan Islam negara. Hati saya terdetik, mereka adalah permata negara dan aset penting kepada rakyat. SPIN adalah sekretariat ditubuhkan hasil Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Negara (Ko-Spin09) yang dianjurkan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) beberapa bulan yang lepas.
Masih terpampang kesungguhan Kak Munawwirah yang menjadi "panglima" ketika itu serta komitmen yang ditunjukkan Abang Dzulkhairi, Kak Rafida, Kak Zafirah, Abang Kusyairi serta ramai lagi jentera yang saya tidak catatkan nama di sini. InsyaAllah, GAMIS sesi ini akan terus bersama meneruskan perjuangan yang dirintis oleh mereka tadi bagi memastikan impian melihat masyarakat Malaysia yang bertaqwa dan sejahtera menjadi kenyataan walau usaha ini memakan masa yang panjang.
Saya berpandangan SPIN bukan sahaja menjadi badan pendesak, bahkan kita akan usaha sedaya upaya untuk merangka blue print yang boleh kita tonjolkan keseriusan perjuangan kita ini. Kalaupun pandangan dan kerangka sistem yang kita inginkan ditolak, kita akan "jual" ideal kepada mana-mana kerajaan negeri yang boleh menerima ideal mahasiswa sebagai model pertama sistem pendidikan Islam di mana-mana negeri yang boleh menjadi contoh tauladan kepada masyarakat. Dalam fikiran saya, masih membayangkan masih ada exco-exco kerajaan negeri yang masih boleh menerima pandangan GAMIS.
Ada pandangan dan kajian yang dikemukakan sahabat-sahabat UPSI semalam yang menarik perhatian saya. Saya berpandangan, mereka juga aset SPIN yang berharga untuk R&D gerakan. Selepas ini, kita akan teruskan brainstorming bersama tokoh-tokoh akademik dalam membicarakan model sistem Pendidikan Islam terbaik yang boleh kita aplikasikan di Malaysia yang kita cintai ini. Muqaddimah yang dibawakan oleh Naqiu berkaitan isu-isu semasa semalam menonjolkan keterdesakan betapa mahasiswa perlu mengambil cakna isu ini.
Semoga stamina perjuangan GAMIS akan berpanjangan dalam memperjuangkan isu ini. Saya sangat optimis, SPIN masih mampu membawa agenda ini. Hujung tahun ini, jika tidak ada aral melintang, GAMIS akan bekerjasama dengan kerajaan Selangor menjayakan agenda Pendidikan Islam di peringka tantarabangsa dalam The 7th World Conferences on Muslim Education (World-COME 2009). SEmoga usaha ini akan terus disokong dan dibantu oleh sahabat-sahabat mahasiswa.
0 comments:
Post a Comment