KENAPA TERLALU MEMUSUHI USRAH?
Serbuan felo pada hari itu telah dipanjangkan kepada pengetua kolej tersebut yang juga Pensyarah Fakulti Pengajian Islam. Maka siswi yang juga dikalangan penuntut di Fakulti Pengajian Islam pun telah didenda oleh pengetua yang juga pensyarah Fakulti Pengajian Islam. Denda yang asalnya berjumlah RM50 setiap seorang untuk setiap kali aktiviti usrah diberi diskaun. RM50 x 4 kali usrah x 8 orang = RM1600. Mungkin kerana sempena Ramadhan yang akan tiba ketika itu, diskaun diberikan. RM50 seorang x 8 orang = RM400. Namun, denda tetap dikenakan.
Ada yang menimbulkan persoalan begini apabila timbulnya isu ini. Saya tidak salahkannya kerana tidak tahu. Mungkin ini kesan apabila usrah selalu disembnyikan. Dengan kata mudahnya, kalau kita tidak menghalang study group atau diskusi ilmiah, begitulah lebih kurangnya usrah. Mengapa hendak dihalang? Kalau ada yang membicarakan persoalan 1 Malaysia yang digagaskan oleh Dato' Seri Najib atau gagasan yasng dibawa oleh PMUKM sebagai "1 UKM, 1 keluarga" saya kira usrah lebih dari itu. Dari sudut bahasanya, usrah dalam Bahasa Arab bermaksud "keluarga". Bukankah baik aktiviti yang boleh merapatkan perpaduan yang diimpi-impikan. Saya kira, orang yang menggagaskan "1 UKM, 1 keluarga" sepatutnya menjadi orang prtama yang kehadapan membela sahabat-sahabat saya ini.
Kalaulah yang nak dibicarakan berkaitan akta yang menghalang himpunan melebihi 5 orang kecuali mendapat keizinan Naib Canselor, maka saya kira mungkin perlu diberikan kepada setiap pelajar buku rekod seperti rekod keluar masuk asrama di sekolah satu ketika dahulu. Maka setiap kali mahu melaksanakan study group termasuklah makan di kafetaria, beraturlah mahasiswa beramai-ramai di depan bilik Naib Canselor atau wakilnya untuk meminta tandatangan keizinan "menyertai himpunan melebihi 5 orang".
Kalaulah begini, saya rasa, kayalah pengurusan kolej. Mendenda mereka yang sedang makan di kafetaria beramai-ramai. Begitu juga mereka yang bermain futsal dan lain-lain lagi. Entah-entah, hendak solat jemaah pun kena minta kelulusan kertas kerja terlebih dahulu atau mesti dikerjakan bergilir-gilir. 4 orang, 4 orang, 4 orang...... Aduh..... RM50 x seorang x setiap perjumpaan.........
Saya sangat optimis, sahabat-sahabat saya tadi bukanlah merekrut pengganas dalam usrah yang dijalankan. Pandangan stereotaip oleh beberapa individu perlu dibuang. Saya rasa, sekiranya masih berpandangan demikian, mungkin mereka yang sedemikian perlu juga menyertai usrah yang dijalankan. Saya juga mengalu-alukan mereka untuk menyertai usrah bersama saya. Kita lihat, dan kita diskusikan apa yang tidak kenanya.
Sebab itu saya memandang, mari kita zahirkan usrah beramai-ramai. Kita lihat, siapa lagi yang hendak menghalang. Justeru, saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, kita zahirkan usrah di mana-mana, biar ia menjadi syiar. Siapa yang tidak berpuas hati dan masih berpandangan negatif terhadap usrah, kita ajak mereka duduk bersama. Kita berbicara secara intelektual.
Saya seru sekali lagi kepada barisan nuqaba', kita bumikan usrah secara besar-besaran. Biar orang tahu apakah itu usrah......
20 comments:
zahirkan gerak kerja... Biar masyarakat tersibghah dengan "usrah" yang digeruni.
Ape la takut sangat dengan "usrah"!
apa yang lebih pelik, usrah diserbu tetapi apabila adanya spesis yang berdating, 'usrah' golongan maknyah dan student2 yang melakukan perbuatan yang bercanggah dengan syara' tidak pula dikenakan apa2 tindakan. Dunia sudah terbalik..
benar...dan setuju..ZAHIRkan usrah...
buatkan FENOMENA USRAH di ukm...
sebagaimana GELOMBANG ungu...
jangan mengharamkan yang halal
jangan menyalahkan yang betul
tp sekarang dah terbalik,
menghalalkan yang haram
membenarkan yang salah
wallahualam
mereka tidak merasa lagi kemanisan usrah itu sendiri...
zaman sekarang dah terbalik. kita buat baik, tapi kita di pandang macam buat dosa besar jer... kalau student lain wat maksiat depan mata mrk, knp mrk sanggup pejam mata?
moh la kiter ramai-ramai ajak felo, pengetua, nc dan yang bersekutu dengannya join usrah... agar diaorg tau apa sebenarnya usrah tue :)
karnivel usrah besar2an dan terang2an kita lakukan...
kita tgk, dia nk buat apa..
Assalamu'alaikum, apa kata kita buat usrah rentas kaum & agama? macam menarik, biar sahabat berlainan agama tahu apakah rahsia 'kekuatan' usrah....
lancarkan kempen 1Usrah 1Malaysia...
wslm,
fiq, saya sangat setuju. bahkan itu yang pernah saya azamkan, usrah rentas agama dan kaum.
terima kasih
salam..
memusuhi usrah?spt abu jhal mmusuhi usrah nbi pd awal kbangkitan kebenaran islam..
tu tandanya usrah digeruni dan ditakuti..
nah,tiba masanya utk power of usrah meletus...
mcm ni ke cara orang islam bejuang cakap babi,dekat org fitnah orang dimana kehalusan islam....sedangkan pelajar fakulti pendidikan dan fpi duduk tengok cerita lucah dalam bilik dan kumpul cd lucah itu x pe....jangan nampak kuman di seberang lautan sahaja tapi gajah depan mata x nmpk...sedangkan pekajar fpi pejuang gmukm di tangkap dalam kereta x pakai apa2 ada ke org keluarkan dan heboh kan benda ni...korang pk la mak bapak hantar kau masuk bukan suruh kutuk orang suruh belajar dulu....orang dh ada phd,ada master,ijazah,ada mejar lagi....kau org ada apa ijazah pun dh x da lg...insaf la wahai bangsa melayu jangan menang tapi kg tergadai
Islam adalah agama yang paling logik untuk diterima akal...jadi kenapa usrah x boleh diterima akal meskipun bukanlah usrah itu sebahagian dari rukun islam?tetapi usrah membincangkan perkara tentang islam...maka,pastinya usrah itu logik serta rasional untuk diterima...pendakwah pun...kenapa nak sembunyi2kan usrah...andai usrah itu bincang perkara yang benar...buat apa nak sorok2 dan takut2 nak laksanakan? tapi...jgn pula kita salahkan org yg buat usrah tersorok...kerana punca asasnya adalah pihak yang membenci usrah...kalau hati pihak "tu" dah tak suka dan bermentaliti jahat terhadap usrah...kebenaran macam mana sekali pun akan ditolaknya...so,ahli2 usrah juga kena pandai2 tackle bukan sahaja pemikiran, tapi juga hati org2 yang macam tu...
percaya atau x adab org islam bila masuk rumah orang kene bg tahu dahulu...nk buat usrah boleh tapi adakah kita mintak dulu....1 lagi jgn kita menyerang peribadi orang smapai mcm ni...dosa dgn Allah kita boleh mintak ampun,,,,,dan anda semua pun banyak dari fpi yang amik ilmu dgn dia jadi dia guru anda jadi hormat la....dia....bayangkan anda jadi pengetua nk jaga hati semua kaum satu benda yang paling susah...
ingat kita perlu rasa bagga bila ada orang melayu menjadi ketua,,,,
kembali lah pada pejuangan asal...
salam,
amboi2 org atas.bila pulak ustaz dok kutuk2 org.kan ustaz dok utarakan pandangan kecewa dia mengenai org buat usrah pun kena denda.apehal?buat baik pun salah..tu pasal la kena ada usrah dalam setiap diri muslim tu.barulah benda-benda xelok depa jauhkan.kadang2 kutuk tu kena pk seluruh segi.ustaz menegur namanya..amal makruf nahi munkar..nama pun ustaz..kena la dengo nasihat dia.klu nak dengo cakap sendiri je, sempitla fikiran, so xguna la ada certificate smua.tp sebenonye otak xjalan..xde pandangan, xmatang dalam menyumbang pemikiran.
adab dengan Allah mcm mana? kalau dah agama Allah pun dia nak sekat, bukan tittle pensyarah agama yang menjadi ukuran. orang dah biadab dengan agama Allah....tittle bukan ukuran...
orang yg zalim, kena bongkar kezaliman agar org lain x tiru n x dizalimi lg. salah ke Allah bongkar kezaliman firaun, Haman, Namrud dll. ke kira mengaibkan gak? kena mintak ampun gak kt diaorg kalau kita kutuk firaun & the gang....?
kalau nak kira minta izin, maka salah la Rasulullah yg buat dakwah di Makkah tanpa minta izin pembesar Quraish?
bukan masalah melayu, kita bangga orang yg memimpin mengikut agama ALlah, tapi kalau dok halang agama ALlah, andapun kena panggung, kami askan tuntut di akhirat, mahkamah yg paling adil.
denda sekali org yg kumpul ramai2 kt kafe, mcm mana? yg couple dalam gelap bleh plak.....
kenapa nak sama kan zaman Nabi klu mcm 2 saudara naik unta g kelas, lps jgn guna laptop guna pelepah kurma buat asgment....jadi dekat orang melayu kau orang dh x percaya dekat orang kafir kau percaya,.....la mcm 2...lps 1 lagi jgn tunjuk pdai klu ilmu di dada x cukup lagi ya...
habis pelajar fpi yg d tangkap pada malam 10 akhr bulan pose lps dlm kete keadaan bogel lak 2.....kau org duk diam jah...mcm nk jaga aib geng2 kau orang...ckp agama meletup2...tp fitnah n mengumpat jadi senjata pejuangan kau orang....
bila pelajar sudah x hormat guru apa tanda ini semua ni..itu tanda dunia akhr zaman...lps 2 masuk rumah org x mtk cara Nabi ke?
jadi sebelum nk cakap sal Nabi saudara kene betulkan diri saudara dulu ya....
ano di atas, "kenapa nak samakan zaman nabi?"
jaga2 statement, salah faham je bleh rosak aqidah. memang la x sama zaman, tapi pengajaran bleh ambik. rasulullah contoh tauladan sepanjang zaman. ke ko ni ikut Nabi kahar, nak ikut zaman? harap2 x la..... hujah ko ikut logik je. pandai2 kata org x buat pape isu khalwat. ko buat pe?
Kembalikn gnerasi ashabul khafi melalui usyrah. biar berjuta halangan mendatang, jgn takut pada dunia, teruskan usaha mengembalikan kegemilangan islam..ALLAHUAKBAR.
'golongan yang sedikit' adalah mereka lah yg beruntung..
betullah, golongan yang takut usrah ni takut kalau2 ahli2 direkrut menjadi pengganas, pembuat bom dan macam-macam keburukan lagi.. oh, betulkan persepsi ini!
sedangkan mereka patut tahu, usrah tempat kita berbincang, mendalami dan memahami Islam..
muga dikuatkan hati-hati para pejuang~
untuk Ano.. jgn sebab kes khalwat yang melibatkan stdnt FPI ko nak berkokok satu kampung. sedangkan masa Nabi masih hidup pun ada sahabat yang munafiq. adakah semua pelajar jurusan Islam tiada dosa? mesti ada juga y tersasar dari ajaran Islam.
point di sini, Allah tidak pandang ko jurusan apa. tapi Allah pandang siapa y bertaqwa. dan usrah adalah salah satu sunnah Nabi bersama sahabat. jangan dihalang usaha murni tersebut.
walaupun aku bukan ahli usrah tapi pernah join beberapa kali untuk tahu apa itu usrah. ternyata tiada unsur negatif. semuanya adalah perbincangan untuk dalami Islam.
salam..
saya x faham kenapa ada sahabat di atas sangat menentang post kali ini..
betul kate sahabat kita, jangan disebabkan seorang pelajar fpi buat macam 2, awak nak judge semua buat macam 2..
iman dan akidah bukan berdasarkan fakulti mana orang 2..
lagi satu, rasanya xguna awak belajar tinggi2 sampai phd sekalipun tapi awak xboleh nak bela agama awak sendiri..
ini baru hal yang berlaku di sekitar ukm..camane dengan perkara2 penghinaan terhadap islam yang berlaku secarabesar-besaran dalam dunia hari ini?..
sekadar muhasabah bersama..
salaam,
sokong ameerah..
Please mind your tongue to those who r against usrah and its applications in student life.
just think what hv u done for Allah.
we dono when we will die, when etc.
if u cant do good thing, don do bad thing, befriend with whom do good thing...
wallahua'lam
Post a Comment