Thursday, September 17, 2009

PERUTUSAN 'IDUL FITRI

Assalamualaikum w.b.t.,

Alhamdulillah, Allah s.w.t. masih lagi menganugerahkan kita Ramadhan pada kali ini. Moga-moga Ramadhan pada kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya. Dengan harapan, pakej lengkap yang dianugerahkan Allah s.w.t. ini menjadi rebutan dan pilihan bagi kita semua. Adalah sewajarnya, insan terpilih yang menjadi tetamu Allah s.w.t. pada bulan Ramadhan menghargai anugerah besar ini.

Ramadhan Bulan Pemerkasaan Kompetensi Dan Integriti

Selalu saya sebutkan dalam siri-siri kuliah dan tazkirah saya sepanjang Ramadhan ini, adalah silap bagi sesetengah individu yang menganggap Ramadhan hanya bulan "tazkiyyatun Nafs" semata-mata. Sedangkan Ramadhan merupakan pakej tarbiyyah lengkap yang meliputi pelbagai aspek. Tidak dinafikan, peluang ganjaran berlipat ganda pahala amalan merupakan rebutan bagi sekalian muslimin. Namun, amalan yang memberi impak besar kepada umat dan Islam tidak boleh dilupakan.

Atas haikat itu, selalu saya ingatkan diri saya dan sahabat-sahabat bahawa sirah dan sejarah kegemilangan Islam yang berlaku pada bulan Ramadhan wajar dikaji dan dihayati. Sirah Badar al-Kubro, Khandak / Ahzab, Fathul Makkah, pembukaan Andalus sebagai salah satu simbolik tamadun keilmuan Islam yang gemilang dan sebaginya tidak wajar sekadar menjadi "cerita sebelum tidur" yang dipandang secara tersurat. Akan tetapi, aspek strategi, kekuatan keilmuan, kekuatan mental dan lain-lain lagi wajar dihayati. Hal demikian penting agar 'Ibrah (pengajaran) sirah sentiasa "hidup" dan tetap relevan menjadi panduan.

Ketokohan Rasulullah s.a.w. sebagai visionary leader serta akhlak mahmudah yang dijelmakan oleh baginda juga sewajarnya menjadi ikon generasi hari ini. Ramadhan yang diraikan oleh baginda dan para sahabat sememangnya mesti dilihat dari pelbagai aspek agar generasi hari ini dapat mengambil iktibar dalam kehidupan seharian.

Generasi Ramadhan + Syawal Yang Diimpi-impikan

Apabila tibanya hari raya 'Idul FItri, ramai manusia yang berbohong. Ramai yang bertakbir Allahuakbar! Allahuakbar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Hakikatnya, yang dibesarkan ialah diri sendiri, harta benda, pangkat dan sebagainya. Segala peraturan Allah s.w.t. diperkecilkan dari sudut pengamalan dan penerimaan. Moga-moga kita terselamat daripadanya.

Kombinasi pakej lengkap Ramadhan dan Syawal juga perlu diperhalusi sebaiknya. Kita sedang menantikan generasi kemenangan yang sehebat tentera Islam di medan Khandaq. Walau hebat cabarannya, perjuangan tetap diteruskan. Sinergi kompitensi dan integriti yang terhasil daripada madrasah Ramadhan sedang dinanti-nantikan oleh umat. Semoga yang lahir adalah generasi yang mampu menjadi harapan kepada umat dan agamaNya.

Konklusi

Sambutlah hari kemenangan kali ini dengan perbanyakkan tasbih, takbir, istighfar dan tahmid. Semoga ianya menjadi pelengkap kepada hari kemenangan yang diraikan. Teruskan roh Ramadhan dengan melengkapkannya dengan puasa 6 hari di bulan Syawal. Biar Syawal benar-benar menjadi hari kemenangan melaksanakan perintah Allah s.w.t. serta konvokesyen gilang-gemilang bagi graduan Universiti Tarbiyyah Ramadhan. Dengan harapan, "taqwa" yang dicita-citakan menjadi milik kita.

Wallahua'lam.

Wassalamualaikum.

MOHD IDRIS BIN MOHD YUSSOFF
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) 09/10
Presiden Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) 09/10
Majlis Perwakilan Pelajar PMUKM 09/10

2 comments:

Azan Safar... September 22, 2009 at 2:42 PM  

Salam Abg..

Di ksempatan ini, ana menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap ana baik sengaja ataupun tak sengaja sepanjang abg mengenali diri ana yang kerdil & nakal ini (Xtaula kalau sekarang da x kenal ana ni sape).. :)

Moga-moga Syawal ini benar-benar menatijahkan kemenangan yang hakiki buat kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfiri
Maaf Zahir & Batin..

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Min Salihil a'mal.. Kullu Am Wa Antum Bikhair..

p/s : Maaf sebab xder kredit celcom nak send mesej kat abg.. Maklumlah, perantau.. huhu.. moga-moga abg perasan wish ana kat dalam komen ni..

wish u all da best..

Azan Safar
Dimasyq,Syria..

syahrul September 30, 2009 at 2:50 PM  

kullu am wa antum bkhair..selamat hari raya..

moga terus sukses dalam perjuangan..
doakn kami di sini juga..

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP