Saturday, October 24, 2009

BELAJAR DARI TURKI... (SIRI 1)

Bergambar kenang-kenangan bersama tetamu dan sahabat-sahabat.

"Jemput ke rumah kami. Ada tetamu dari Turki, Naib Presiden UNIW akan memeberikan penerangan berkaitan Turki. Kalau perlu, saya akan datang menjemput saudara...."

Petang semalam, saya menerima mesej daripada sahabat saya dari Turki, Sadik Ozata yang menjemput saya dan sahabat-sahabat untuk ke rumah mereka kerana seorang tokoh dari Turki akan datang ke rumah mereka malam tersebut. Selepas solat maghrib, saya bersama Ammar dan Fadhil menuju ke sana.

"Abdullah, rumah kamu no. berapa dan lorong berapa? Saya terlupa. Ada lauk kambing tak malam ni?" saya sempat bergurau dengan sahabat saya Abdullah Dogan, ketika bertanyakan alamat rumah mereka. Abdullah seorang sahabat yang baik. Walaupun umur dan saiz badannya jauh dari saya, namun kami sangat mesra.

Abdullah Dogan (tengah)

Setiba di sana, kami disambut dengan mesra oleh Abdullah Dogan, Sadik Ozata serta Umar yang kini belajar di MMU. Bau aorma masakan Turki menggugat iman saya dan sahabat-sahabat. Kami berehat sebentar kerana tetamu yang ditunggu belum tiba. Sementara menunggu, saya meminta Abdullah menceritakan berkaitan transformasi yang telah berjaya dilakukan oleh Erdogan di Turki. Saya ingin mencari, kenapa Erdogan sangat dikagumi oleh masyarakat dunia sehingga pernah orang menggelarkannya "al-Fateh kedua" selepas tindakan berani beliau bangun meninggalkan forum sebagai protes terhadap Israel.

"Ooo, banyak sangat kebaikan," ulas Abdullah Dogan. Lalu dia menceritakan beberapa perkara yang boleh dibanggakan.

Hubungan Luar Turki

Abdullah menceritakan tentang salah seorang pengasas UIAM. Erdogan telah mengambil beliau sebagai Menteri Luar. Beberapa langkah telah diambil menyebabkan perhubungan Turki dengan Syiria sanat akrab berbanding sebelumnya. "Tidak ada sempadan antara kami. Saya bebas ke sana walau tanpa mempunyai visa," tambah Abdullah Dogan lagi.

Abdullah turut menceritakan tentang hubungan baik dengan Iran. Hubungan baik ini mendatangkan kesusahan kepada Israel dan Amerika. Hal demikian kerana, jika Amerika mahu menyerang Iran, mereka perlu meminta izin dari Turki. Hubungan baik kedua-dua negara ini mendatangkan masalah kepada Amerika dan Israel.

Erdogan memecah tembok nasionalisme

Saya pernah dengar isu masyarakat Kurdish di Turki beberapa tahun lepas. Saya hampir terlupa. Abdullah menyambung lagi penerangannya berkaitan apa yang berlaku di sana. Dia menjelaskan berkaitan seorang tokoh yang dikagumi di sana iaitu Badiuzzaman Said Nursi. Said Nursi adalah berketurunan Kurdish. Beliau pernah mengakui bahawa bagsa Kurdish adalah bangsa yang baik, dan mudah ditipu.

Puak Kurdish di sana pernah dipergunakan oleh Yahudi sejak zaman Uthmaniyyah sebagai alat menentang Uthmaniyyah. Semasa kejatuhan Turki Uthmaniyyah, Mustafa Kamal Attartuk menanamkan semangat nasionalisme yang tinggi dalam masyarakat Turki. sehingga rakyat Turki sangat bermusuh dengan puak Kurdish. Kesannya sehingga hari ini apabila terdapat rakyat yang masih belum boleh menerima puak Kurdish.

Erdogan mengambil tindakan yang mungkin tidak popular. Abdullah menambah, kemungkinan tindakan ini boleh memberi kesan kepadanya pada pilihanraya akan datang iaitu memecahkan tembok nasionalisme yang tebal di kalangan rakyatnya. Erdogan menerima Kurdish atas dasar ukhwah dan menolak 'asabiyyah. Beberapa siri perundingan berjaya dilaksanakan bagi menghancurkan peperangan saudara di sana.

Salah seorang sahabat baru, Kaya yang sedang bekerja di Gombak adalah berbangsa Kurdish. (yang tengah-tengah, bukan di sebelah kanan : ) .... )

Ketibaan tetamu yang dinanti


Sempat juga berkenalan dengan Ustaz Firdaus, salah seorang penasyid kumpulan Shoutul Amal satu ketika dahulu. Sungguh mesra orangnya. Pengalamannya yang pernah belajar tahfiz di Turki ketika berumur 13 tahun dan pernah belajar di Sudan bersama Abdullah Dogan dan Saik Ozata mengkagumkan kami. Sahabat saya Nik Syafie dan Jumran datang beberapa ketika selepas itu. Sementara menanti tetamu istimewa, kami solat isyak bersama. Perut yang sedang lapar kemudian diisi dengan makanan resepi dari Turki. Ketika sedang menikmati hidangan tetamu yang dinanti pun tiba.

Mengisi perut yang sedang berbunyi dengan sajian istimewa Turki.Ammar makan dengan banyak sekali : )

Beliau ialah Ustaz Ali Kurt. Naib Presiden UNIW (the Union of NGOs of ehe Islamic World). NGO dunia yang mengumpulkan lebih 200 NGO-NGO dari negara-negara Islam. Beliau ditemani oleh Bayram dari Turki. Kami berkenalan dengan seorang sahabat baru iaitu Kaya yang sedang bekerja di Gombak. Dialah yang membawa Ustaz Ali ke rumah tersebut semalam. Kaya juga seorang yang mudah mesra menyebabkan kami kagum dengan kemesraan sahabat-sahabat dari Turki.

Selepas makan, kami berta'aruf (berkenal-kenalan) beramai-ramai. Ustaz Ali sangat gembira bertemu dengan kami kerana kami (saya, Ammar, Fadhil, Nik Syafie dan Jumran) antara yang muda berbanding hadirin yang lain. Pengharapannya kepada anak muda sungguh besar. Beliau masih sempat berkempen kepada kami untuk menyambung pengajian di peringkat master di Turki. Ustaz Firdaus menjadi penterjemah kepada kami ketika pengisian yang diberikan oleh Ustaz Ali. Muqaddimah yang disampaikan adalah berkaitan ukhwah sesama muslim walau daripada mana kita datang, kita adalah saudara.

Ustaz Ali, (berbaju putih) sambil diterjemah oleh Ustaz Firdaus (berbaju biru)

Turki Uthmaniyyah, kehilangan besar dunia Islam

(bersambung dalam episod akan datang)....




7 comments:

hasanhusaini October 24, 2009 at 7:18 PM  

dengki ana....ingtkan ana yang akan jumpa 'uthmaniyyah' dulu...rupanya org malaysia yg jmpa dulu...kat sini ramai yg tak suka uthmaniyyah, mlh ada yg tak itiraf dorg sbgai khlfh...hujahnya sbb bukan arab n bukan quraisy...kkdg skit ati gak...

Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, October 24, 2009 at 7:40 PM  

ihsan, ana punya dengki kat anta mcm mana pulak?

meryani October 24, 2009 at 9:13 PM  

Ustaz, negara Turki ni negara Islam ke? Setahu ana pernah berada di bawah taklukan Islam. dan zaman kamal Attartuk tu time mane pule ustaz?

Rijal82 October 25, 2009 at 3:54 AM  

Tertarik ana pada hipotesis anta bahawa Erdogan seperti Al-Fateh kedua. Ana jg sdg mengkaji 'akar kegeniusan' rakyat Turki yang mungkin ada hubungkait dgn tinggalan Usmaniah dahulu.

Juga tertarik dengan fakta membuka minda dari anta mengenai 'strategi' AKP menjalin hub diplomatik dgn Iran dan menjadi orang tengah.

Alhamdulillah, ana juga sempat berusrah dengan Abdullah Dogan 2 minggu lepas, beliau memang fasih berbahasa Melayu.

Awal tahun depan, ana dan Farizul mungkin akan mewakili AKP DPPP utk ke persidangan antarabangsa Pemuda Islam di Istanbul. Kalau anta nak join bagi pihak Gamis, jana bajet dari sekarang ye akh.

Ana pun ada misi 1453 ke sana. www.read1453.blogspot.com.

He he.

Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, October 25, 2009 at 6:19 AM  

ada benda lain yg Abdullah Dogan kongsi dengan ana. brkaitan strategi Erdogan menghancurkan pengaruh sekularisme dari terus digenggam oleh tentera... menarik...

pencaridamai October 26, 2009 at 2:04 AM  

ana amat tertarik ngan sejarah turki. ade rezeki boleh gak sambung master sane

pencaridamai October 26, 2009 at 2:05 AM  

ana pun tertarik ngan turki. banyak yang kita boleh ambil dari sejarah turki. kalau ade rezeki, leh gak sambung master kat sane.

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP