Sunday, October 25, 2009

KISAH SULAIMAN : KASIH ADIK

Sesaja reka cerita rehat minda.....

Kasih adik (sekadar gambar hiasan)


Telefon bimbit diambil tatkala Sulaiman teringatkan ibu bapanya. Mengenangkan perasaan mereka berdua di kampung, Sulaiman mendail nombor bagi menghubungi ibu bapanya. Suara ayahnya menyambut salam kedengaran tatkala telefon diangkat. "Ayah sihat? Macam mana sawah? InsyaAllah dalam dua minggu lagi abang balik, nak tolong ayah di sawah", janji Sulaiman pada ayahnya. Sahutan ayahnya menandakan dia gembira, mengenangkan tulang empat keratnya memang menantikan anak sulongnya itu yang sudah lebih sebulan tidak pulang.

Satu sahaja yang sedang difikirkan Sulaiman ketika itu, bagaimana mahu gembirakan hati ibu bapanya yang kesunyian disamping perjuangannya yang belum selesai. Kekadang, fikirannya terganggu mengenangkan masih banyak yang belum dilakukan untuk mengisi kesunyian kedua ibu bapanya. Ibu bapanya sudah setahun kesunyian setelah adik Sulaiman pergi. Tetiba Sulaiman mengenangkan adiknya itu. Yang selalu dimarahi dan sebagainya. Namun, itulah satu-satunya adik kesayangannya.

Masih terbayang di fikirannya, adiknya itu dimarahi kerana tidak dapat menyelesaikan soalan matematik yang telah diajar Sulaiman. "Lembab la engkau ni!" Kata-kata itu menyebabkan mengalir air mata adiknya, diherdik abang tersayang. Kini, Sulaiman pula yang mengalirkan air mata mengenangkannya. Semuanya tinggal kenangan. Sulaiman menyesal, mungkin kerana keegoannya yang pernah mendapat A1 dalam matapelajaran Matematik Moden ketika SPM dahulu menyebabkan dia seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan adiknya tidak dapat menjawab soalan yang telah diajarnya ketika itu. Sulaiman menyesal.

Pernah satu ketika, Sulaiman membelek penulisan adiknya dalam sebuah buku. Buku yang menjadi diari adiknya.

13 Ogos 2006

Hari ini aku bergaduh dengan abang. Tapi, mungkin ini salahku. Aku menyesal kerana tidak memohon maaf kepada abang. Mungkin kerana egoku besar. Aku rasa bersalah. Aku tahu, tindakan yang abang lakukan kerana sayangkan aku. Maafkan adik abang....

Sulaiman tidak dapat menahan air matanya dari terus jatuh menyembah bumi. Terlalu banyak penulisan yang menunjukkan luahan perasaan si adik yang menunjukkan betapa adiknya itu sayangkan Sulaiman. Tidak pernah dilafazkan kepada Sulaiman, namun hari itu, buku tersebut menjadi saksi.

"Adik, kenapa gunting baju sekolah abang?!!!!" Adiknya pernah dimarahi oleh ibu Sulaiman tatkala si ibu melihat ada kesan koyak di baju sekolahnya. Sulaiman hanya mendengar ibunya marah dari tingkat bawah. Dia hanya mendiamkan diri membiarkan adiknya dimarahi. Sedangkan itu salah dan kelalaian dirinya. Sulaiman tergunting baju tersebut ketika sedang asyik menyiapkan projek Pendidikan Seninya di sekolah. Sulaiman menyesal, tidak sempat membela adiknya.

Sulaiman teringat pula satu kisah yang pernah diceritakan ayahnya. "Ayah pernah bergurau dengan adik sebelum ni. Ayah tanya kepada adik, "adik sayangkan abang tak? Kalau adik sayang, boleh tak ayah ambil duit dalam akaun adik untuk belikan motorsikal untuk abang. Kasihan abang, tak ad kenderaan nak bergerak ke kelas dan masjid di universiti". Adik memberi respon spontan. "Ayah ambillah semua duit adik (kira-kira RM2000 dalam akaunnya). Belikan motorsikal untuk abang". Ayah hanya tersenyum. Bukan begitu hasrat ayah, sekadar bergurau dan nak tengok fe'el adik semata-mata", cerita ayah. Cerita itu menyebabkan sekali lagi air mata Sulaiman menyembah ke bumi.

Ketika adiknya berumur kira-kira 5-6 tahun, dia pernah membonceng basikal di belakang Sulaiman. Sulaiman hanya mahu bergurau tetapi mungkin terkasar. Ketika sedang menunggang basikal ketika itu, sengaja dia menggoncangkan basikal untuk menakut-nakutkan adiknya itu. Dengan takdir Allah s.w.t., jari kaki adiknya menjadi mangsa apabila terkepit antara rantai dan gear basikal. Berlubang jari kaki adiknya itu. Darah mula mengalir, adik kecilnya itu mula menangis. Sulaiman rasa berdosa sangat ketika itu. Dosanya itu membelenggu fikirannya sehingga hari ini.

Kekadang Sulaiman bingung memikirkannya. Dia cuba melupakannya demi perjuangan yang masih belum selesai. Alhamdulillah, kesibukan dan sahabat-sahabat seperjuangan di sisi yang dikasihinya berjaya melupakan kisah adiknya sebentar. Namun, Sulaiman insan biasa. Kekadang bila bersendirian, nostalgia silam menjelma kembali. Sulaiman bingung. Apa yang telah dia lakukan untuk adiknya sekarang? Adakah cukup sekadar melupakannya demi agenda lain?

Yang pasti, Sulaiman sedang memikirkan bagaimana mahu menggembirakan ibu bapanya yang kesunyian. Sulaiman berfikir, mungkin jika dia pulang dan berhadapan dengan kedua mereka dalam keadaan bersedih, luka hati ibu bapanya semakin bertambah kerana bimbangkan dirinya pula. Kekadang dia berpura-pura tidak menghadapi sebarang masalah demi menggembirakan hati ibu bapanya walaupun luka hatinya semakin parah mengenangkan adiknya. Sulaiman terus begitu.... Menjadi penipu di hadapan ibu bapanya...... Demi perjuangan.... Demi menggembirakan ibu bapanya... sehingga kekadang dia terperangkap dengan penipuannya dan langkahnya terkadang terhenti seketika.....

bersambung......

20 comments:

sahabat October 25, 2009 at 4:08 PM  

sedih~

Anonymous October 25, 2009 at 4:44 PM  

moga ALLAH beri kekuatan yg paling utuh buat 'Sulaiman'...

tsabat dlm prjuangan seiring dgn gembirakan ibu dan ayah detik2 terakhir ini...

SZI October 25, 2009 at 4:59 PM  

tgk tajuk, igtkn sulaiman 2 adik ustaz.. hehe ye la, idris, sulaiman.. ad psamaan dsitu.. hmm @ mmg ni ad kaitan ngan idup ustaz?? pape pn, cla abis kan crite anda..n_n

Unknown October 25, 2009 at 5:03 PM  

setuju dengan sahabat - sedih...

Anonymous October 25, 2009 at 5:09 PM  

moga Sulaiman kuat...sebak jugak bc cerita ni.teringt cerita sendiri..erm

Anonymous October 25, 2009 at 6:56 PM  

assalamualaikum..
betul ke ni rekaan sendiri
ataupun edit dr cerita-cerita..

anyways..
pendekatan cerita yg menarik..
sesuai utk rehatkan minda..
lebih terkesan kalau boleh masukkan sedikit pengalaman sendiri..

buat yg sedih n terasa nk nagis tu..
"ish,kuat ngis betul.."
~gurau je~

jagung October 25, 2009 at 7:02 PM  

pengalamanlah yang sangat membantu untuk menghasilkan cerita

Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, October 25, 2009 at 7:34 PM  

sulaiman tetap sulaiman. entahla, mcm mana n bila crita ni nak habis... nantikan : )

Unknown October 25, 2009 at 8:31 PM  

Anonymous> waa...nk buat cmne..dh betul ceritu sedih...~

Ust> I can't stop thinking of the ending la...huhu..suspen..suspen...:P

Bagus jugak ad crita yg nak di follow up ni..

At least ad gak rehat minda...^^..

taiM-time October 25, 2009 at 9:37 PM  

salam. sedikit saja komennya.
1-cerpen yg menarik.
2-ayat yg mudah phm.

kebiasaannya, cerpen2 bnyk digarapkn m'ikut nostalgia silam. Mungkin keseluruhan cerpen adalah kisah silam dan mungkin juga tidak semua dari kisah silam secara keseluruhan, secebis-cebis kot..? contohnya, kesedihan dan kekalutan dalam diri. Tidak tahu mengekspresi pada siapapun (saya yakin, sudah diluahkn pd Allah), dan ia mencurahkan dalam bntuk cerpen. Rasa sedih, tp x nk ibubapa mahupun shbt2 lain tahu dan turut sedih dgn ksedihn yg dialami.. kalau itulah yg berlaku, anda harus cekal. Semoga Allah bantu saudara dalam membina kekuatan, kerana Dia lah sumber kekuatan kita.

apapun, teruskan karangan cerpen ini, mudah2n kami sebagai pembaca juga boleh ambik iktibar, dan mdpt mnfaat.

siiru 'ala barakatillah

barakallahufeek.

wassalam.

hasanhusaini October 26, 2009 at 12:22 AM  

saya kenal dengan seorang sulaiman...melalui sebuah rakaman video...banyak benar persamaannya dengan sulaiman ini...sesungguhnya kasih saya pada sulaiman itu amat tinggi..sayang saya juga menggunung...hormat saya pada kobar juangnya, semoga sulaiman akan terus tabah, istiqamah dalam perjuangan...

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid October 26, 2009 at 1:02 AM  

semoga sulaiman terus kuat..
saya sntiasa doakan dia..
skali lg air mata gugur dgr citer sulaiman..

Hamba Allah October 26, 2009 at 2:01 AM  

salam..
thniah krn bgai mengrang dr hati..
moga terus cpt2 hbeskan cerita ini..
(bg sesiapa yg penah ad penglmn, psti akan menitiskan bgitu bnyk air mata. bkn pa...rindu dn tringt kpd saudara yg lbh dulu mningglkn kita...)

Azan Safar... October 26, 2009 at 2:38 AM  

Sulaiman kena kuat & tabah.. Yang pastinya, Sulaiman memang ditakdirkan hidupnya untuk menjadi seorang yang hebat & tabah.. Hebat dengan ujian yang tidak henti-henti.. Dan ujian serta cabaran itulah yang akan mematangkan dirinya..

Masya Allahu Kaan..

Salam Rindu Dari Dimasyq..

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid October 26, 2009 at 11:52 AM  

Ujian hbat utk org hbat..
Smg sulaiman terus hbat!!!
amin.

Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, October 26, 2009 at 12:12 PM  

pandangan ana, tinggalkan Sulaiman tenggelam dalam cerita ni, yang penting, kita tetap teruskan perjuangan ! takbir..... : )

Unknown October 26, 2009 at 12:14 PM  

:)

Sulaiman bin Raseli October 26, 2009 at 11:24 PM  

ana sulaiman....terasa seperti dri sendiri la.....

Khairiah A Rahman October 27, 2009 at 12:35 AM  

Salam..
penulisan yang baik dan berkesan..teruskan usaha..
mengikut pandangan ana, kisah ini seperti kisah hidup yang sebenar dan mungkin juga ianya direka..
walau apapun, teruskan berkarya..

sahabat October 27, 2009 at 11:47 AM  

salam....sdeyla ust..dh lme x jgok2x past ust..anyway..mcm kisah sendiri je...=)..apepon smoge tabah menmpuhi sglenye...Ujian hebat untuk org hebat...moge sulaiman tabah dan sabar...

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP