Wednesday, October 21, 2009

ISU YURAN : BERITA BAIK BUAT MAHASISWA UKM

Assalamualaikum,

Sebentar tadi saya mewakili Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa UKM dan rakan-rakan pimpinan Persatuan Mahasiswa Sains Politik bersama rakan-rakan mahasiswa Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan (FSSK) menemui Bendahari UKM untuk berbincang isu yuran mahasiswa UKM. Terkejut apabila ramai pegawai keselamatan "meraikan" kehadiran saya dan rakan-rakan. "Biasalah, kalau nak perjuangkan isu mahasiswa, ramai akan "menjaga" keselamatan kita," saya katakan kepada rakan-rakan saya tadi.

Saya (berbaju merah di tengah) bersama pimpinan dan rakan-rakan dari Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan yang turut memberi sokongan.

Kehadiran kami "disambut" hebat oleh berpuluh-puluh pegawai keselamatan yang menati dari pelbagai posisi. "Ada bawa garam? Takut kena gas nanti," Haris sempat bergurau sambil disambut tawa riang dari sahabat-sahabat lain. Mana tidaknya, hendak naik lif pun pegawai keselamatan iring. Itulah nasib saya dan rakan-rakan aktivis mahasiswa di UKM. Selalu diambil perhatian. Gambar diambil, video dirakam dan sebagainya. Yang pasti, kami bukan ingin membuat demontrasi di situ. Secara jujurnya, saya dan rakan-rakan gembira kerana kehadiran kami diraikan dan diberi perhatian. Terima kasih kepada mereka yang terlibat.

Pegawai keselamatan yang turut bersama di pejabat Jabatan Bendahari bersama kamera yang mungkin sudah muak mengambil gambar kami.

ALhamdulillah, saya bersama rakan saya saudara Taufik dan Hilman yang mewakili pimpinan Persatuan Mahasiswa Sains Politik dapat bertemu dan berbincang dengan Bendahari UKM. Antara yang dibincangkan tadi adalah isu sistem pakej baru dalam yuran pengajian dan isu mahasiswa yang berhutang tidak boleh membuat pendaftaran awal yang akan menyebabkan pinjaman PTPTN mereka ditahan untuk semester depan termasuklah akan didenda RM15.00. Perbincangan tadi telah menghasilkan beberapa keputusan positif kepada mahasiswa.

1 : Isu pakej baru yuran yang menyebabkan pelajar lama terpaksa membayar yuran lebih walaupun jumlah jam kredit yang diambil adalah sedikit.

Respon Bendahari : Bayaran yuran bagi pelajar lama kembali mengikut sistem lama iaitu mengikut bilangan jam kredit yang diambil. Sekiranya ada di kalangan mahasiswa yang telah membayar lebihan yuran kerana pakej baru, bayaran tersebut akan ditolak kembali pada semester hadapan. Bagi mahasiswa baru, pakej baru diteruskan kerana lebih menguntungkan berbanding sistem lama kerana jumlah jam kredit yang bertambah.

2 : Isu mahasiswa yang berhutang tidak boleh membuat pendaftaran awal yang akan menyebabkan pinjaman PTPTN mereka ditahan untuk semester depan termasuklah akan didenda RM15.00

Saya berpandangan, mereka yang tidak membuat pendaftaran awal bukan kesemuanya kerana kelalaian tetapi benar-benar menghadapi masalah kewangan (termasuk saya sebenarnya). Justeru, jika mereka tidak dibenarkan mendaftar dan ditahan pinjaman PTPTN saya rasa tidak sepatutnya.

Setelah berbincang, Bendahari bersetuju untuk menghantar surat kepada Bahagian Akademik yang membolehkan semua mahasiswa yang masih berhutang boleh membuat pendaftaran awal. Jadi, insyaAllah dalam masa terdekat semua mahasiswa yang masih berhutang boleh membuat pendaftaran awal kursus semester depan. Itu jaminan Bendahari.

Pesanan kepada rakan-rakan mahasiswa, untuk mendaftar kursus setelah peluang ini dibuka. Sekiranya masih berlaku permasalahan, mohon disampaikan kepada saya di zunnun_almisri03@yahoo.com atau rakan-rakan MPP Mahasiswa yang lain.

* Saya bersimpati kepada pegawai-pegawai keselamatan yang terpaksa mengikut dan memantau saya dan rakan-rakan aktivis. Bagi kami, tidak ada apa yang dirisaukan. Cuma kepada pihak-pihak bertanggungjawab, simpatilah kepada pegawai-pegawai keselamatan yang masih banyak kerja yang perlu dilakukan.

* Terima kasih kepada sahabat saya, Jumran yang mengingatkan saya isu ini tadi dan Sakinah yang tolong mencetak pekeliling daripada pihak akademik untuk dibawa bersama dalam perjumpaan tadi sebagai bahan bukti.

Sekian, terima kasih. Wassalam...

MOHD IDRIS BIN MOHD YUSSOFF,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


24 comments:

Anonymous October 21, 2009 at 4:58 PM  

cayalah ustaz..:)

Anonymous October 21, 2009 at 5:34 PM  

alhamdulillah...mga allah membalas jasamu dgn kemenangan GMUKM pada PRK akan dtg..amin

un war

Farid Albariti October 21, 2009 at 5:45 PM  
This comment has been removed by the author.
Farid Albariti October 21, 2009 at 5:48 PM  

nasib baik diorang tangkap gambar je.. kalau diorang tangkap orangnya sekali, taktaula mcm mn nasib diorg..
Student Power!!!

p/s:smbang kencang, turun mandang...:-)
(parit's style)

Unknown October 21, 2009 at 5:55 PM  

Assalammualaikum..
Isu yuran tersebut z dah buat aduan melalui Sistem Aduan UKM..Alhamdulillah..dan z juga menggunakan sistem perantara Facebook ke NC..dan berita tersebut telah dijawab secara baik oleh NC sendiri dan juga TP PMUKM, Saudara Sarfa. Tiada apa yg z leh lakukan memandangkan jadual praktikal (semua pelajar tahun akhir FTSM terlibat)terlalu ketat. Soal GM atau aspirasi menang bertanding bg saya biarlah isu kedua tetapi kebajikan pelajar harus dijaga. Jika menang tetapi diam dibelakang, alangkah beratnya dosa yg ditanggung..dan saya rasa saudara sebagai badan dakwah, saya nk tanyakan soalan..wajarkah orang Islam menyokong org bkn Islam sebagai pemimpin mereka..itu sahaja.. Assalammualaikum

Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, October 21, 2009 at 6:02 PM  

wslm,

kepada rozekmulia : trima kasih kerana mengunjungi dan memberi komen di sini. antara yg boleh dipertimbangkan apakah kesan kepada pemilihan tersebut? kalaupun kita memilih yg muslim akan tetapi kesan mudharatnya lebih besar, lebih baik pilih yg kurang mudharatnya @ ianya lebih membawa kebaikan

semoga berjaya dalam praktikal dan study

Anonymous October 21, 2009 at 6:36 PM  

wei, x guna laaa..memang awal sem depan boleh buat pendaftaran..

yg kitorang x puas hati adalah jaminan TIDAK DIDENDA! jadi adakah pihak anda telah mendapatkan jaminan atau kepastian daripada pihak bendahari bahawa kami tidak akan didenda???

kalo pendaftaran awal kitorang xde masalah laaa

Unknown October 21, 2009 at 6:42 PM  

Thanks coz bijak bertindak..tak macam aspirasi..saat yang di perlukan ni lah diorg snyap ilang ntah kemane..takkan smer balik kg kot..anyway thanks jge kabajikan kami...gud luck exm ya ustaz...

Anonymous October 21, 2009 at 7:02 PM  

macam ni la baru betul perjuangan. aku bukan ape, kesian dekat kawan-kawan aku, dorang zakat pun dapat, tapi duit mana cukup zaman sekarang ni.. terima kasih kepada saudara...

Anonymous October 21, 2009 at 7:20 PM  

Alhamdulillah...tima kaseh byk2...

Anonymous October 21, 2009 at 7:37 PM  

ano di atas,

la, dah bleh daftar x kena denda la. denda tu pasal x daftar awal. kalau kena denda gak, kita minta mpp jumpa bendahari lagi.

syabab_i09 October 21, 2009 at 8:16 PM  

cayalah ust deris,bagus2..nie baru org pangil presiden GAMIS huhu..
patut la ramai ada kat f.i tadi, rupa2nya nak sambut YB idris...tahniah pada pegawai keselamatan atas kebajikan menjaga pelajar..

Anonymous October 21, 2009 at 8:23 PM  

trime kaseh kpd usaha saudara dan rakan2 dlm menyelesaikn mslh yuran ini rata2 mmbebankn pelajar...

truskn usaha saudara dlm menjaga kebajikan pelajar..

tahniah kerana saudara melaksanakan tanggungjawab saudara sebagai wakil yg telah dipilh oleh pelajar, xkesa la saudara GM atau pn aspirasi..

ape yg penting tanggungjawab tetap dilaksanakn~ :D

Anonymous October 21, 2009 at 8:54 PM  

salam.

ya ustaz, saya nk tye nie...

betol ke ptptn kena sekat, wwawawa...

betol ke???

salam

Nur Hana October 22, 2009 at 12:12 AM  

salam~
td sy g guk jabatan bendahari( bayaq yuran yg tetiba muncul) tyme kejadian(perasan x)huhui.. terkejut guk.. sepanjang otw g jbtn bendahari dr ktho 6pak ramai guard sepanjang canselori.. ingatkan da pa...huhui~ pastu da guk dqg pak guard tu duk sebut2 pasai anti ungu... musykil guk sebenaqnya apa yg terjadi... pas tanya2 orng n view blog ni dah dapat jwpan yg sebenaq... kadang2 sian guk kat pak guard-pak guard 2... diorang hanya menurut perintah...tp tu lah.. apa leh wat... sendiri mau ingat la... huhui~ apa2 pun tQ coz berjuang n pertahankan hak mahasiswa~ all da best ...

Anonymous October 22, 2009 at 2:33 AM  

Salam,

sebenarnya saya memang pernah jumpa ketua bendahari pada semester lepas. dan saya pernah cakap yang "Nak bayar macam mana, dah duit takde..lepas tu denda"..
sedap2 je dorang cakap, dah tu sistem yang buat..pihak bendahari tak leh buat ape..aduss..bendahari ni ingat sy ni bodo sgt ke..

tapi nak buat camner, sy sorang, mana dorang nak ambik kisah..mujur lah brother idris kita jenis power..tq bro!

Atiqah October 22, 2009 at 11:28 AM  

hmm thanks after all, sy dh g byr bru bnda ni settle..adeh duit dh kosong dh dlm kocek..

student ukm October 22, 2009 at 6:07 PM  

ish anonymous yg sorg tu..
bkn nk brtrima ksh..lg mau bsing2..sah2 dier nk anti GM ni..haha..
kalo xnk kna denda,alert la ngn notis kt dlm lmn ukm..
dh nm pn DENDA..mst la hkumn bg mereka yg x alert, x ikot peraturn..
so,jgn la lmbt dftr ke apa..
pape pn terima ksh ye ustaz..

r.k October 22, 2009 at 6:54 PM  

wah student power..
bagus2..kalaulah kat UniKL macam ni~ haha ^^
Kenapa MPP GM pegi dgn GM je? ajak a MPP aspirasi sekali.
demokrasi terbilang la. jangan dok tru politik Malaysia.. sangat tak boleyh pakai..
=)

anyway. satu usaha yang bagus untuk kebajikan student.
=)

Anonymous October 23, 2009 at 12:42 PM  

seorang kwn sy juge mngalami masalh mse nk bayar yuran..pd satu hari die p ahh pjbt yg nk byr yuran tuuh..pastu die chek2 de 120 yg tak tau dr mne..pastu bleh plak akak ke makcik ke atau pkcik katsne bgtau...ala dik RM120 je tuuh...bleh plak..dan kwn sy nii plajar dr Indonesia,

kalo sy yg dktakn bgitu....mesti perit kan??

Anonymous October 23, 2009 at 8:22 PM  

www.mykhilafah.com

Mohd Hasimi Mahmud October 24, 2009 at 12:00 AM  

syabas inspektor shahab!!

Anonymous October 24, 2009 at 11:14 PM  

salam...syukran ust atas sft prihatin seorg pemimpin spt ust...dorg dh potong yuran yang kite terlebih bayar tu..syukran byk2...moga GM menang dlm PRK sem dpn

Anonymous October 27, 2009 at 9:19 PM  

pemimpim mahasiswa beginilah yang kita cari2... sentiasa memperjuangkan hak mahasiswa.. smoga gm menang PRK kali ne..

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP