Thursday, May 21, 2009
Letih menjaga pelajar hari ini, selepas pulang dari solat zohor, saya terus merebahkan badan. Saya tersentak dari tidur, mungkin kerana mimpi yang mengejutkan. Biarkan.... Saya terus bangun mencapai laptop di sebelah untuk mengetahui keputusan kes Nizar vs Zambry. Hampa.... keputusan belum diperolehi. Jejari ini menggatal menekan keyboard, membaca blog-blog untuk mengasak minda. Tiba-tiba saya teringatkan seorang adik usrah saya yang pergi jauh meninggalkan saya untuk mengembara menjadi insan gemilang dan terbilang. Saya doakan dia antara kaderisasi yang akan menjulang Islam. Mungkin pada ketika itu saya hanya drivernya. Teringatkannya, saya tidak boleh menelefon seperti biasa kerana jarak yang boleh mengeringkan kredit saya. Saya memilih jalan mudah untuk menutup kerinduan dengan melaksanakan satu perubahan kecil namun mungkin bermakna. "Abang, cuba abang tukar istilah "penulis" kepada "saya@aku" dalam penulisan abang...." Satu nasihat yang saya terima. Malas memikirkannya sebelum ini kerana sebenarnya saya kurang berminat untuk menulis. Namun, bila dah mengganggu fikiran, saya akan gagahinya. Justeru, mulai hari ini, saya akan berubah dengan cuba mengikut nasihat adik usrah saya ini. Walaupun mungkin kecil pada pandangan pembaca, besar di hati saya. Sekadar mengisi jiwa terasing....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
semoga ALLAH memberikan yang terbaik untuk anta dalam perjuangan anta di atas muka bumi ALLAH ini...INSYAALLAH
Post a Comment