SINERGI MENGATASI FIKIRAN BIASA
SINERGI menafikan kiraan biasa matematik kerana dalam SINERGI, 1 + 1 = bukan 2 jawapannya tetapi mungkin 3, 4 dan ke atas. Saya selalu jelaskan jika saya terlibat dalam pengisian berkaitan USRAH bahawa sinergi ukhwah dari usrah memang mengkagumkan. Ianya mungkin kajian serkap jarang saya, namun saya tetap mempercayainya.
Kes 1 :
Seorang sahabat saya kehilangan saudara kandung yang dikasihinya. Hampir putus asa. Pernah dia berfikir seolah-olah mati jalan terbaik untuk tinggalkan masalah. Namun, SINERGI ukhwah menyelamatkannya. Motivasi perjuangan kembali ditiupkan. Dia hanya menangis sendirian, korbankan kesedihannya setelah mendapat suntikan SINERGI tadi. Maka lubang-lubang tadi sedikit sebanyak ditampung walau berat hati menanggungnya. Sahabat-sahabat seperjuangannya berjaya mengubah MASALAH tadi kepada CABARAN. Maka perjuangan tetap diteruskan. Walau mungkin Mus'ab dicantas tangannya, namun semangat jihad melupakan segala kesakitannya demi Islam.
Kes 2 :
Kisah yang lain. Seorang sahabat meminta tolong dari sahabatnya untuk membantu bagi menyesaikan masalah peribadinya. Namun setelah berfikir beberapa minit, dia batalkan permohonannya tadi kepada sahabatnya. "Syeikh, tak payah la syeikh..." Mengapa? Tadi dia terlupa, sahabatnya tadi adalah pimpinan. Tidak sepatutnya dia habiskan banyak masa sahabatnya untuk kepentingan peribadi sedangkan sahabatnya ada banyak tugasan maslahah ummah yang perlu didahulukan dari membantu seorang individu sahaja. Maka dia bertekad, "aku akan tempuh seupaya mampu cabaran ini..." "Mungkin ada orang lain boleh tolong, tetapi agak kurang bebannya sekarang," bisik hati kecilnya. Dengan kuasa Allah s.w.t., ada dua individu tawarkan untuk bantunya ketika itu termasuk seorang ustaz yang berbeza level dengannya namun hati ustaz tersebut membuang jurang perbezaan tersebut. Sahabat tadi memilih menerima tawaran seorang individu lain melihat kepada situasi dan kondisi. Mungkin ini juga hasil SINERGI, ada juga bantuan diterimanya.
Kes 3 :
Ini kes yang berlaku pada diri saya. "Makan nak best je. Duit tak de pun," mungkin istilah itu sesuai untuk saya. Namun, pesanan Ustaz Mahmud sentiasa menjadi pegangan saya, "rezki di tangan Allah s.w.t. Rezki ni, apa yang kita rasa dan yang kita guna". Alhamdulillah, saya dididik untuk tidak pentingkan diri saya. Saya cuba melaksanakannya walau dalam kedhaifan. Benar katanya, rezki di tangan Allah. Allah kurniakan di kiri dan kanan saya sahabat-sahabat yang pemurah. Walau dompet selalu kering, SINERGI membawa satu rahmat. Mereka selalu membimbing saya dan bersama dalam keadaan susah dan senang. Syukur ya Allah, Engkau kurniakan sahabat yang baik kepada hambamu ini....
Konklusi
Saya tercari-cari jawapan yang paling ringkas, mudah, biasa namun menyentuh hati saya. Kenapa ini berlaku??? Saya mendapat jawapan biasa, namun tetap bermakna ketika di pintu pagar surau, selepas solat asar tadi. Jawapan yang saya perolehi mudah untuk diri saya, "jika kita berkasih sayang kerana Allah, bukan sahabat membantu kita. Akan tetapi Allah yang membantu kita, dan mungkin disandarkan kepada sahabat kita".... Saya terkesima sendirian. Saya akan terus mencari sinergi ukhwah. Ketika saya menulis artikel ini, saya sedang berbual melalui YM dengan sahabat saya Iqbal. Lama tidak berjumpa, saya sengaja mencari kontra dalam perbincangan dengannya, agar saya dapat mencapai nikmat SINERGI di hujung perbincangan nanti. Biar bertentang ideal dengannya. Dia sahabat baik saya, banyak yang saya belajar dengannya. Kuasa Allah, perbincangan dengannya hampir tamat ketika artikel ini pun hampir tamat. Mungkin kebetulan, namun saya menikmatinya. Benar kata al-Banna, ikatan aqidah adalah ikatan yang cukup hebat. Terima kasih ya Allah.....
Saya teringin untuk coretkan di sini lagi isu SINERGI UKHWAH ini pada masa akan datang. Saya akan terus mencari dan mencari.....
3 comments:
salam...
memang menarik bila difikirkan tentang sinergy ni..
pertama kali dgr perkataan ni mase perhimpunan kat skolah
pengetua sebut pasal konsep sinergy yg mmg bertentangan dgn matematik yg cikgu ajar..
mule2 mmg susah nk trime..
tp dh lame2 tu br la faham..
salam juang..
smg sinergi ukhuwah yang terjalin antara kita kekal hingga akhir hayat..amin..
ada pape mslh, bgtau je..
ana on call, insya Allah..
salam syg dr adikmu
masyallah...ana baru tertelus tjuk yg lbh kurang sama...hnya yg mrasa akan tah nkmatnya..ana akn cb merasakan orag lain, apkh itu sinergi ukhuwah...
Post a Comment