Friday, April 24, 2009

GERAKKAN MINDA SEPARA SEDAR, PASAKKAN MATLAMAT HIDUP UNTUK ISLAM...




Ketika khilifah Islam di bawah pimpinan Muawiyyah, Abu Ayyub al-Ansari teringatkan hadith Rasulullah s.a.w. ketika sedang menggali parit dalam peperangan Khandak :


"..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……"

(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Maka ideal itu dibawakan. Namun ramai yang menyanggah pandangan Abu Ayyub al-Ansari untuk berusaha membuka Constantinople dengan alasan firman Allah s.w.t. dalam al-Quran :



……dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan…

(al-Baqarah 2 : 195)


Ayat ini selalu dipasang bersama iklan “pakailah topi keledar dengan kemas” di masjid-masjid beberapa tahun dahulu di Malaysia. Mereka menyanggah Abu Ayyub al-Ansari dengan menganggap jihad membuka Constantinople sebagai mencampakkan diri dalam kebinasaan kerana gerun akan kekuatan tentera Byzantine melalui cerita-cerita yang didengar. Namun Abu Ayyub al-Ansari membetulkan salah tafsir ayat tersebut dengan membaca keseluruhan ayat tersebut yang berbunyi :


Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, Karena Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

(al-Baqarah 2 : 195)


Sebagaimana yang terkandung dalam tafsiran Ibnu Abbas, Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa ayat tersebut harus dibaca keseluruhannya. Yang dimaksudkan dengan “mencampakkan diri dalam kebinasaan “ ialah “bakhil untuk mengeluarkan harta di jalan Allah s.w.t.” sesuai dengan awal ayat tersebut yang bermaksud : “dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah…” Beliau juga menjelaskan bahawa jihad bukanlah satu kebinasaan akan tetapi satu kemuliaan.


Walaupun umurnya menjangkaui lebih 80 tahun, dengan moto hidup beliau “infiruu khifafan wa thiqalan….”, Abu Ayyub al-Ansari menyertai delegasi pertama yang dihantar oleh Muawiyyah pada zaman tersebut untuk membuka Constantinople. Walaupun ketika itu Constantinople belum dapat dibuka ketika itu, Abu Ayyub al-Ansari mendapat syahid. Salah satu wasiatnya ialah, “andai aku gugur syahid, kebumikan aku di sini. Walaupun aku tidak mampu membuka Constantinople, sekurang-kurangnya satu hari nanti aku akan mendengar tapak kaki “sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w.”.



Zaman berzaman, walaupun belum dapat membuka Constantinople, dengan azam dan jiwa besar, tentera Islam sentiasa menghantar pasukan deligasi untuk membuka kota tersebut bagi merialisasikan matlamat besar seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w.


Artikel penulis pada kali ini adalah untuk memberi satu kredit besar kepada semangat Abu Ayyub al-Ansari. Walaupun tidak berjaya membuka kota hebat itu, namun beliau telah berjaya membuka dimensi berfikir baru yang telah berjaya menggerakkan fikiran masyarakat ketika itu sehingga beratus-ratus tahun sampailah zaman Sultan Muhammad al-Fateh membuka Constantinople. Walaupun umurnya melebihi 80 tahun, namun jiwanya adalah jiwa pemuda. Pemikirannya menjangkaui pemikiran kita hari ini.


Salah satu rahsia kejayaan beliau adalah berjaya menggerakkan minda separa sedar yang dimiliki. Ibnu Sina pernah mengatakan :


“Setiap manusia dikurniakan kekuatan berfikir yang terpendam. Bagaimanapun ia masih berbentuk potensi sahaja atau akal potensi (al-‘aql bi al-quwwah)”


Mengikut kajian, minda terbahagi kepada dua iaitu minda sedar dan minda separa sedar. Ada pandangan yang lain menambah satu lagi bentuk minda iaitu minda supersedar yang cenderung membawa potensi minda pada tahap kejiwaaan atau kerohanian. Kajian yang dibuat menyatakan bahawa seawal umur kita di dalam kandungan hingga sekitar dua tahun, manusia dikuasai oleh minda separa sedar. Atas hakikat itu, kanak-kanak mempunyai daya IMAGINASI dan FANTASI yang sangat tinggi.


Imaginasi atau fantasi ni?...entahlah.... maaf anak anak usrahku atas gambar ini...


Terkenang ketika kecil dahulu, angan-angan penulis kekadang mengatasi Mat Jenin. Bahkan penulis rasakan bahawa pembaca juga sedemikian. Pantang muncul sahaja superhero dalam animasi dan filem, pasti kita antara yang berangan-angan mahu menjadi penyelamat yang lebih hebat dari itu. Ketika itu, kita juga kerap tersenyum dan ketawa sendirian. Hal demikian adalah kerana hubungan minda mereka terakses pada minda separa dan supersedar.


Minda sedar cuma boleh berfungsi untuk memikir perkara sedar sahaja seperti membaca, menulis, bercakap atau tindakan dalam keadaan sedar. Tetapi minda separa sedar boleh menjangkau jauh sehingga kealam ghaib. Inilah kehebatan kejadian Allah s.w.t. pada manusia. Minda separa sedar ialah sebagai minda kreatif, dimana setiap arahan dari minda sedar anda akan diprogram serta diproses dalam benak minda dalam kita.Minda sedar akan memberi fakta dan minda bawah sedar akan memprosesnya. Apabila kita dapat menguasai minda bawah sedar ini, kita boleh menggunakan minda bawah sedar ini kepada pelbagai bidang untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.


Minda separa sedar ialah tempat di mana memori, kelakuan, habit, kepercayaan dan juga harapan anda di simpan. Lebih kurang 10% sahaja yang di kawal oleh minda sedar, dan yang selebihnya di lakukan oleh minda separa sedar. 90% daripada keputusan, tindakbalas, fikiran, dan juga perasaan anda di kawal pada tahap bawah sedar oleh minda separa sedar. Minda separa sedar juga mengawal denyupan jantung, sistem percernaan, sistem pernafasan tanpa anda sedari!



Justeru, marilah kta sedari kemampuan yang dimiliki. Gerakkan minda separa sedar kita demi pembangunan Islam dan ummah. Sudah tiba masanya kita meletakkan matlamat besar dalam hidup kita bahawa perjuangan tidak cukup untuk diri kita semata-mata, bahkan ianya lebih luas dan besar. Jangan biarkan otak kita terlalu lama berehat dengan malas berfikir, namun pasakkan cita-cita besar kerana Allah s.w.t. Sudah terlalu banyak nikmat Allah s.w.t. yang kita kecapi, namun apa tanda syukur kita kepadaNya. Cukupkah dengan sekadar ucapan “alhamdulillah”?


Konklusi



Pembukaan Constantinople : Rasulullah s.a.w. sebagai pencetus, Abu Ayyub al-Ansari sebagai penggerak, tentera-tentera Islam sebagai pelaksana dan Sultan Muhammad al-Fateh sebagai penyempurna. Persoalannya, di mana pula halatuju, matlamat dan cita-cita kita untuk Islam? Di mana pula posisi kita?


Muhasabah buat insan dhaif ini….

6 comments:

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid April 24, 2009 at 8:32 PM  

salam juang..
perkongsian yang menarik..
JANGAN MALAS BERFIKIR..
ana pegang kata2 ni..
barakallahufiik..

Marwan Bukhari April 24, 2009 at 9:54 PM  

subhanallah,
kuasa Allah,
ana baru saje lepas abis bace novel al Fatih..
dah lama ana terpegun dgn al fatih tapi kat expo buku baru2 ni baru dpt memiliki novel ni..
tengok1, abg buat artikel ni..

ayuh kita panjat langit, kemudian kita tikam matahari!... ~ MarBu

kha_leel April 24, 2009 at 11:38 PM  

minda tak sedar2 pn susah jugak,tu yang sayuq je tak abis2
ayuh kita berimagenasi bersama

Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, April 25, 2009 at 12:43 AM  

salam, Marbu, ana sengaja bagi kredit kpd Abu Ayyub al-Ansari dalam kisah Constantinople kerana kita x boleh perkecilkan jasanya walau ikon sebenar yg lebih dilihat ialah Sultan Muhammad al-Fateh

Nur Ilyani Mohamed Nawawi May 4, 2009 at 5:09 PM  

mcmane nak aktifkan minda separa sedar?boleh kongsi?syukran.

Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, May 4, 2009 at 5:51 PM  

salam.
kepada cahaya kelembutanku,

ana ada terjumpa tips aktifkan minda separa sedar di web ini. mungkin boleh dimanfaatkan.

http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/minda-separuh-sedar-subconcious-mind/

syukran

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP