RASULULLAH S.A.W. : KREDIBILITI SEORANG TOKOH AGUNG
bersama Saidina Abu Bakar selepas penghijrahan secara terbuka Saidina Umar, Saidina Ali diamanahkan baginda untuk mengembalikan barangan penduduk Makkah yang disimpan oleh baginda. Persoalan di sini, mengapa mereka menyimpan barangan pada Rasulullah s.a.w. sedangkan ada di kalangan mereka yang tidak beriman pada ajaran yang dibawa baginda? Jawapan mudahnya, mereka yakin akan integriti yang ada pada Rasulullah s.a.w. Sekiranya barangan mereka ditinggalkan pada Abu Jahal, Abu Lahab dan sewaktu dengannya, mereka tahu kesudahannya barangan mereka hanya tinggal abu (habis dikebas).
Kompitensi di sini merujuk kepada kemahiran-kemahiran seperti pengurusan yang efektif, kemahiran memimpin, kebolehan menyelesaikan masalah, mobilasi yang baik,kemahiran dari sudut taktikal, soft skill dan sebagainya. Peristiwa hijrah juga menonjolkan kepada kita kemahiran kompitensi yang dimiliki baginda. Waktu hijrah dipilih setepatnya. Mobilasi baginda bersama Saidina Abu Bakar menggunakan Abdullah bin Abu Bakar, Asma’ Binti Abu Bakar, 'Amir Bin Fuhairah, Abdullah Bin Uraiqith dan sebagainya.Persembunyian di Gua Thur juga adalah salah satu dari taktikal hebat yang disusun oleh baginda.
Taktikal yang digunakan oleh baginda dalam peristiwa ini membuktikan kebijaksanaan dan kemahiran hebat yang dimiliki baginda. Hasilnya, pembukaan Madinah sebagai Negara Islam menjadi bukti kemahiran baginda. Tahap sosial yang baik, politik yang stabil dan ekonomi yang kukuh disamping penyebaran dakwah Islamiyyah yang luas terbukti dalam kepimpinan bagijnda. Madinah menjadi
Konklusi
Konsep “sunnah” baginda harus dilihat dengan lebih luas. Tidak hanya berkaitan pakaian dan makanan kesukaan baginda, soal-soal yang lebih luas sebagaimana disyariatkan seperti pembinaan negara Islam, kepimpinan, pembentukan kaderisasi dakwah dan sebagainya harus diambil sebagai contoh tauladan yang terbaik. Firman Allah dalam surah ‘Ali Imran :
“Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w), jika kamu cintakan Allah s.w.t., maka ikutlah aku (Muhammad s.a.w.), kamu akan dicintai Allah s.w.t. dan diampunkan dosa-dosa kamu…”
0 comments:
Post a Comment