KEWAFATAN BAGINDA : SENSITIFNYA PARA SAHABAT…
Ketika saat kewafatan baginda, para sahabat bersedih. Saidina Umar seolah-olah tidak dapat menerimanya lantas mengisytiharkan “barangsiapa mengatakan Muhammad s.a.w. telah mati, maka dia akan mati”. Kenyataan sedemikian kerana Saidina Umar terlalu sayangkan baginda.
Datang Saidina Abu Bakar meneutralakan keadaan dengan menyatakan “barangsiapa menyembah Muhammad s.a.w., ketahuilah bahawa Muhammad s.a.w. telah wafat dan barangsiapa menyembah Allah, sesungguhnya Allah sentiasa hidup lagi tidak akan mati”. Maka Saidina Umar dan para sahabat menangis kesedihan kerana kehilangan orang tersayang.
Mafhum hadis menceritakan, ketika di
Kita risau kerana kelalaian kita melupakan baginda dan ajaran Islam yang sebenar bahkan diganti dengan sesuatu yang dibenci Rasulullah s.a.w., kita tidak akan diakui umat baginda satu hari nanti. Kerana terlalu seronok melampaui batasan, kita akan menyesal di kemudian hari nanti. Kita sangat risau andai kita termasuk dalam kumpulan tadi yang akan dihalau Jibril dan Rasulullah sendiri. Ketika itu, tidak berguna lagi penyesalan kita.
Allah s.w.t. menjelaskan dalam al-Quran :
“Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w), jika kamu cintakan Allah s.w.t., maka ikutlah aku (Muhammad s.a.w.), kamu akan dicintai Allah s.w.t. dan diampunkan dosa-dosa kamu…”
0 comments:
Post a Comment