ROH KHAIBAR YANG DINANTIKAN...
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :
“Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan kaum muslimin,maka dia bukan dari kalangan mereka (kaum muslimin)”
Pembantaian terhadap saudara-saudara kita di Gaza akhir-akhir ini tidak akan kita lupakan. Sikap kebinatangan Zionis dan sekutu rapatnya Amerika Syarikat tidak mudah untuk kita maafkan. Dikala saudara-saudara kita hanya mampu bersenjatakan batu di jalanan menentang senjata-senjata canggih mereka, masih ada media-media yang buta menyalahkan HAMAS dan rakyat Palestin kononnya mereka adalah pengganas dan memulakan provokasi terhadap penceroboh ZIonis. Saudara-saudara kita dieksperimenkan untuk menguji kehebatan senjata-senjata baru mereka. Paling menyedihkan, masih ada di kalangan pemimpin-pemimpin negara umat Islam hanya diam seribu bahasa, membiarkan kezaliman terus bermaharajalela.
Kita diberi nikmat oleh Allah s.w.t. hidup beserta iman dan Islam sehingga hari ini di penghujung bulan Muharram 1430. Suka penulis mengingatkan sahabat-sahabat pembaca akan peristiwa besar dalam sejarah Islam yang juga berlaku di penghujung bulan Muharram pada tahun ketujuh Hijrah. Perang Khaibar yang berlaku ketika itu telah menunjukkan kekuatan umat Islam. Dengan izin Allah s.w.t., Yahudi di Khaibar telah ditewaskan oleh tentera Islam pimpinan Rasulullah s.a.w. Kebiadaban yahudi di sana yang telah membuat provokasi kepada yahudi Bani Quraizah sehingga mereka mengkianati Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Ahzab telah menyebabkan mereka menerima akibatnya.
Bendera Islam pada ketika itu diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk dibawa oleh Saidina Ali. Kekuatan Yahudi pada ketika itu hancur lebur dengan kekuatan tentera Islam. Tentera Islam mula menyerang Kota Na’im. Golongan Yahudi cuba mencari perlindungan di Kota So’bu setelah Kota Na’im dihancurakan. Mereka terus berlari dari satu kota ke kota yang lain apabila kota-kota mereka dimusnahkan tentera Islam. Akhirnya, kemenangan berpihak kepada umat Islam. Apa yang diharapkan, semoga roh kemenangan dalam perang Khaibar yang berlaku ketika itu dapat membangkitkan semangat umat Islam untuk terus bangkit membuktikan bahawa kita bukan boneka untuk mereka (musuh-musuh Islam) permainkan.
"Khaibar-khaibar Ya Yahud, Jaishu Muhammad Saufa Ya'ud!!!"
1 comments:
Ko ni kuat tariqat ye. Cuba jawab satu soalan aku, apa beza pendekatan Hasan Al-Banna dengan Habib Umar Al-Jufri.
Post a Comment