Tuesday, November 4, 2008

PERJANJIAN HUDAIBIYYAH : KETAJAMAN PEMIKIRAN SEORANG PEMIMPIN

Setelah diulang-ulang bacaan berkaitan perjanjian Hudaibiyyah, sebak rasanya hati dan air mata penulis hampir menitis mengenagkan betapa rendah diri dan tawadhu'nya seorang Rasul tatkala baginda memadam sendiri perkataan "Rasulullah"...disamping bersabar tatkala para sahabat seolah-olah kurang bersetuju dengan tindakan baginda.....

Pada akhir bulan Zulkaedah tahun keenam Hijrah, Nabi Muhammad s.a.w. bersama dengan para sahabat seramai kira-kira 1600 orang menuju ke Mekah untuk menziarahi Ka’bah dan mengerjakan umrah. Angkatan baginda bukanlah hendak menyerang Mekah. Tiada kelengkapan tentera yang mereka bawa melainkan pedang bersarung yang menjadi pakaian orang Arab ketika itu. Niat damai baginda jelas daripada binatang-binatang korban yang dibawa bersama. Sungguhpun begitu, sesampai rombongan baginda di al-Hudaibiyah kira-kira 9 batu dari Mekah, mereka telah dihalang oleh orang Quraysh daripada memasuki Mekah.

Sebagai menunjukkan kesungguhan hasrat mereka semata-mata untuk mengerjakan umrah, Nabi Muhammad s.a.w. mengutus Saidina Uthman al-Affan untuk berunding dengan pemuka Quraysh di Makkah. Peristiwa itu membawa kepada perundingan di antara Nabi Muhammad dengan utusan Quraisy, Suhail bin ‘Amr yang akhirnya membawa kepada pemeteraian perjanjian Hudaibiyah.


Dalam hadis sahih diceritakan bahwawa Rasulullah memanggil Ali untuk menulis Nas perjanjiaan, Baginda merencana kepada beliau dengan katanya: "Bismillah al-Rahman al-Rahim" Kata Suhail: "Ada pun lafaz al-Rahman itu kami tidak mengetahuinya, tapi tulis sahaja: "Bismika Allahumma". Baginda menyuruh Ali menulisnya, kemudian direncana lagi "Inilah apa yang persetujui oleh Muhammad Rasulullah" kata Suhail: Kalau kami percayakan kau sebagai Rasulullah pasti kami tidak menghalang kau atau memerangi kau, oleh itu tulis namamu Muhammad bin Abdullah sahaja. Kata Rasulullah: "Sesungguhnya daku ini Rasulullah, Pesuruh Allah walaupun kamu mendustaiku". Baginda pun menyuruh Ali menulis "Muhammmad bin Abdullah serta memadam lafaz "Rasulullah', tapi Ali enggan memadamnya maka Rasulullah memadamnya dengan tangannya sendiri, dengan itu selesailah pembentukan format perjanjian.


ISI KANDUNGAN PERJANJIAN HUDAIBIYAH

Antara isi kandungan perjanjian Hudaibiyah yang telah dimerterai bersama adalah seperti berikut :

1 Umrah tidak boleh dilakukan ketika itu dan ditangguhkan pada tahun hadapan dan orang Islam boleh datang dengan pedang-pedang
bersarung.

2 Orang Islam yang berasal dari Mekah hendaklah dipulangkan ke Mekah, manakala orang Islam yang berpaling tadah tidak perlu dikembalikan ke Madinah.

3 Mengikut Ibn Ishaq, Ibn sa’d dan Al-Hakim, sepuluh tahun tidak
boleh mencuri, menceroboh, tidak tidak boleh memungkiri janji
dan mengkhianati. Mana-mana Qabilah pun boleh memilih sama ada
hendak masuk dalam perjanjian dengan Quraysh atau orang Islam.
Orang-orang Banu Khuza’ah masuk dalam perjanjian orang Islam
manakala Banu Bakar memasuki perjanjian dengan pihak Quraysh.


Terdapat beberapa kesan yang dapat diambil daripada peristiwa perjanjian Hudaibiyah ini. Antaranya ialah enjadi muqaddimah ke arah pembukaan kota Mekah. Menurut Ibn Qayyim, perjanjian ini adalah merupakan pintu dan anak kunci kepada pembukaan Mekah. Dalam tempoh tersebut juga, tidak berlaku peperangan antara kaum Musyrikin dan orang Islam. Mereka dapat hidup dalam keadaan aman dan dapat berhubung tanpa halangan. Orang Islam dapat berbicara tentang Islam dengan mereka yang belum Islam sehinggakan tidak seorangpun yang tidak mahu memeluk Islam setelah mendengar penerangan tentang Islam. Hasilnya, selama dua tahun sahaja, orang yang memeluk Islam menyamai bahkan melebihi bilangannya dari masa sebelumnya (hampir sembilan belas tahun).



0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP