Friday, October 31, 2008

BOWLING BERSAMA ANAK USRAH DAN SAHABAT...


31 OKTOBER-"InsyaAllah, petang ni sape yang free, kita pergi main bowling",kata penulis sebelum menutup majlis usrah selepas solat Jumaat hari ini. Niat di hati, usrah kami ingin "mencabar" usrah Azizan. Sampai di rumah, Ustaz Firdaus menceritakan bahawa dia telah mengajak beberapa sahabat untuk pergi berjoging bersama. Lantas penulis menceritakan perancangan penulis bersama anak-anak usrah UKM untuk bermain bowling. "Ana pun tak pernah syeikh, jom la pergi sekali", pujuk penulis. Ditambah beberapa sahabat-sahabat yang lain, kami merancang pergi bersama selepas solat asar.

Kira-kira pukul 5.15 petang, kami berkumpul di Masjid UKM. Anak usrah penulis yang berkelapangan petang itu ialah Hamiezy, Wan Fahmi dan Fahmi ditambah dengan dua orang anak usrah Azizan (tidak dapat bersama kerana pulang ke kampung), Apis dan Nik Umair. Riadhah kami petang itu lebih meriah dengan penyertaan bersama Ustaz Firdaus (Presiden ISIUKM), Ammar (Exco ISIUKM), Ramadzan (Exco ISIUKM), Yassin (Presiden PERSEPSI), Faiz (Fakulti Pendidikan) dan Syukri (Fakulti Pendidikan).

Hampir keseluruhan dari kami tidak pernah bermain bowling. Namun, masing-masing mencubanya. di Penghujung perlawanan, setelah markah dihitung, Ustaz Firdaus (Presiden ISIUKM) mendapat markah tertinggi. Pengalaman hari ini cukup bermakna bagi kami. Sedikit sebanyak, aktiviti petang ini dapat mengurangkan stress kami sebelum peperiksaan bermula. Semoga ukhwah dapat mengubat duka di hati. Ameen....

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP