Wednesday, November 5, 2008

PERJANJIAN HUDAIBIYYAH : NASIHAT KEPADA MEREKA YANG BERORGANISASI

PENGAJARAN KISAH PERJANJIAN HUDAIBIYYAH

(rujuk post sebelum ini)

Ketajaman Pemikiran Seorang Pemimpin

Walaupun pada pandangan sahabat dak kita sebagai insan biasa sememangnya perjanjian tersebut berat sebelah dan menguntungkan Musyrikin, namun Rasulullah tetap bersetuju menandatanganinya. Sehinggakan ada riwayat menceritakan antara yang kurang berpuas hati ialah Umar. Lalu datang Abu Bakar mengatakan, ”dia seorang Rasul, dia tahu apa yang terbaik”. Terbukti akhirnya ramai memeluk Islam. Setiap tindakan Rasulullah sudah pasti Rasulullah memikirkan tentang kesudahannya. Itulah ketajaman pemikiran seorang pemimpin, permasalahan di”brainstorming”kan terlebih dahulu.

Tsiqah Asas Kekuatan Organisasi

Permasalah bagi sesebuah organisasi apabila tidak ada tisiqah kepada pimpinan. Bukan sekadar ahl idengan pimpinan, lebih malang apabila tidak ada tsiqah sesama pimpinan dalam gerak kerja sedangkan pembahagian tugas sudah diberikan. Berikan peluang mereka di portfolio ekonomi membuat ijtihad tentang gerak kerjanya, tarbiyah dengan ijtihad bersamanya, sukan dengan ijtihad sukannya selagi tidak melanggar syara’..... Permasalahan ini timbul apabila kita merasakan apa yang difikirkan orang lain tidak sebaik kita. Kita tidak yakin dengan kemampuan orang lain. Kita tidak memberi peluang untuk orang lain membuat ijtihad. Merasakan ijtihad kita yang terbaik sedangkan ijtihad tidak boleh menjadi hujah mnjatuhkan atau merendah-rendahkan hujah yang lain. Bukankah ijtihad yang kurang tepat itu baginyasatu kebaikan dan yang tepat itu dua kebaikan? Raikanlah potensi yang berbeza-beza yang telah dianugerahkan Allah s.w.t.....

Bezakan Prinsip Dan Pendekatan.

Walaupun saidina Ali tidak mahu memadamkan perkataan ”Rasululllah” namun baginda sendiri dengan penuh tawadhu’ memadamnya sendiri. Walaupun sahabat membantah pandangan Suhail yang tidak mahu menulis ”Bismillahhirrahmanirrahim”, namun baginda menerima permintaan Suhail. Mengapa? Kerana baginda tahu membezakan yang mana prinsip dan yang mana bukan prinsip. Pertimbangan Fiqh Aulawiyyat dan Fiqh Muwazzanat Rasulullah memang hebat berbanding kerana baginda memikirkan kesan jangka panjang. Korbankan sesuatu yang kecil, demi kemaslahatan yang lebih besar. Dalam organisasi, kekadang kita tidak dapat membezakan yang mana prinsip dan yang mana pendekatan menyebabkan kita berbalah. Lihat sahaja, pemilihan Rasulullah untuk mengorban sesuatu yang nampak besar pada pandangan kita sebagai insan biasa mungkin akhirnya mendatangkan ”hasil lumayan” sehingga membawa kepada pembukaan kota Makkah. Justeru, adalah lebih baik kita berpegang pada kata-kata :

”Terbuka jangan hanyut, berprinsip jangan jumud”

Konklusi


Kisah ini dapat dijadikan panduan dalam melaksanakan gerak kerja organisasi. Jangankan keegoaan dan kesombongan menyebabkan organisasi hancur. Betapa pentingnya ”salamatussadr” dalam sesebuah organisasi agar kita sama-sama dapat maju ke depan dengan gabungan kekuatan yang dimiliki. Ameen....



2 comments:

Unknown November 7, 2008 at 9:11 AM  

Kupasan yg menarik....
Pelbagai perkara yg diperoleh bila berorganisasi ni..survive dan pertembungan ideologi dan pendapat adalah perkara biasa...

Tapi, jika tidak dipandu, bakal membawa mudarat kepada organisasi tu...
Roh dan zouq usrah tu sebenarnya sedikit sebanyak boleh membantu apabila pertembungan pendapat dan ideologi kerana bila rukun usrah tu dipenuhi..InshaAllah akan terpimpin dan terus dipandu Allah...

wallahu'alam..

myra October 17, 2011 at 2:52 PM  

salam..mohon izin copy entri ini ya...

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP