Monday, October 20, 2008

UNIKNYA UKHWAH FILLAH...

”Salam. Ustaz, esok birthday Ustaz Khalil.”

Mesej yang diterima dari Zulhilmi (anak usrah UKM) malam semalam mengingatkan penulis kepada tarikh lahir Khalil (anak usrah di DQ dan UKM). “Ya, 20/11”, balas Zul lagi setelah penulis bertanya untuk mendapat kepastian sekali lagi untuk mengukuhkan lagi keyakinan. Mahu sahaja penulis mengajak anak-anak usrah UKM untuk merancang sesuatu tepat jam12 tengah malam itu juga. Namun, memikirkan mungkin mesej dari penulis akan memberatkan mereka, ideal itu hanya sekadar menjadi perancangan di dalam hati. Yang mampu, hanya forwardkan mesej mengingtkan anak-anak usrah di DQ yang seusrah dengan Khalil satu ketika dahulu tentang ”birthday”nya.

Tidak ku sangka, mereka (usrah DQ) sanggup menempuh perjalanan sejauh hampir 100km dari Kuala Kubu Bharu bersama sebiji kek ke Bangi untuk menyambutnya. Lantas kami merancang untuk menyambutnya di BBB Tom Yam berhampiran Surau An-Nur disamping untuk berbuka puasa kerana puasa 6 Syawalku masih berbaki.

Uniknya, kali ini kami mengumpulkan 2 usrah. Maka bergabunglah usrah UKM dan DQ pada malam ini. Uniknya juga pada Khalil (ketua usrah UKM) kerana kami bertemu dalam dua situasi usrah. Di DQ dulu, dialah anak usrahku. Apabila dia menyambungkan pengajiannya di UKM, sekali lagi dia menjadi ”mangsa” apabila kekal di dalam usrah penulis. Dia dimiliki oleh usrah DQ dan usrah UKM....

Kehadiran Hamiezy, Fahmi, Zulhilmi dan Anuar dari usrah UKM bergabung bersama Ihsan, Hayyi, Azan dan Syaukani dari usrah DQ memeriahkan lagi sambutan majlis sambutan hari lahir Khalil ke 23 pada hari ini. ”Semoga UKHWAH kita berkekalan, kalian sumber inspirasiku....”

1 comments:

hasanhusaini October 24, 2008 at 2:03 PM  

Ya Allah, ukhuwah itu satu bekal untukku dalam menempuh jalan memperjuangkan kalimah mu...kekalkan kasih sayang antara kami....

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP