Monday, October 20, 2008

BILA MANUSIA MAHU BERPERANG DENGAN ALLAH DAN RASULNYA...

“Dalam tempoh 4 hari, Kuwait kehilangan lebih 80 trilion US Dolar (80 000 000 000 000 US Dolar) akibat kebergantungan jutawan-jutawan mereka yang menyimpan wang di bank-bank Amerika”, jelas Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dalam muqaddimah kuliah perubatan Islam pada malam ini. Penjelasan tersebut menyebabkan hatiku terdetik, “inilah yang terjadi apabila manusia ”melancarkan perang” dengan Allah s.w.t.

Bukan sahaja Amerika, Kuwait, bahkan kita sebagai rakyat Malaysia merasainya akibat kebongkakan manusia berbangga dengan sistem ekonomi kapitalis. Walaupun Menteri Kewangan yang baru menyatakan bahawa ekonomi Malaysia stabil ketika Amerika digoncang dengan keruntuhan ekonominya, namun kesusahan ini tetap dirasai. Tanyalah kepada penoreh getah betapa merudumnya harga getah pada hari ini. Tanyalah kepada pengusaha ladang kelapa sawit betapa peritnya mereka dengan kejatuhan menjunam harga kelapa sawit.

Teringat penulis kepada beberapa siri kuliah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman yang diikuti sebelum ini. Ustaz Zaharuddin selalu membawakan ayat Al-Quran dan Hadis yang memperingatkan kita betapa besarnya musibah terlibat dengan aktiviti riba. ”Kamu mengisytiharkan perang dengan Allah s.w.t. dan RasulNya.....” Gerun mendengan kenyataan sebegini. Namun itulah realitinya seperti firman Allah s.w.t. :

” Jika kamu tidak melaksanakannya ( mninggalkan riba ) maka umumkanlah perang dari Allah s.w.t. dan RasulNya.....” (al-Baqarah 2 : 279)

Hari ini terlalu banyak urusan kewangan kita yang menyebabkan keterlibatan kita dengan urusan riba. Dari sekecil-kecil benda sehinggalah sebesar-besar perkara. Kalau dulu, manusia hanya nampak kepada keuntungan melalui sistem riba kerana Pemikiran logik akal manusia yang sempit, hari ini Allah s.w.t. tunjukkan kesannya di depan mata manusia. Kebanggaan manusia kepada sistem kapitalisme bertukar tragedi. Maka, kembalilah kepada sistem Islam yang terbaik kerana ianya dari Allah s.w.t. Semoga terbuka mata hati kita kepada apa yang Allah s.w.t. tunjukkan.

2 comments:

miski December 10, 2008 at 11:32 PM  

suke ana selitkan investment dimalaysia.ASB contohnya, pelaburan ini telah diharuskan mufti negara ini. namun ianya belum memenuhi standart piawaian syarak yang sempurna. keharusannya hanya bersebabkan darurah semasa... kite org awam taqlid ulamak/mufti sedangkan mereka terpaksa akur dengan 'man made law'... jadi siapa yang mampu pertahankan keaslian islam itu?

Anonymous October 20, 2009 at 7:08 AM  

sistem manusia pasti akan hancur. yang kekal hanya apa yang dibawakan dalam Islam.

takbir!!!

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP