Thursday, July 17, 2008

VIRUS BAHAYA!!!


"Aduh, kena format lagi! alamak, antivirus tak update la pulak."

Dialog-dialog biasa mangsa-mangsa virus yang menyerang laptop atau pc kita pada hari ini. Namun apa yang ingin bawakan di sini satu analogi bagaimana sesebuah kumpulan atau komuniti yang boleh diibaratkan sebagai sebuah laptop. software yang pelbagai pula dapatlah diibaratkan sebagai ahli yang mempunyai pelbagai potensi. Ada yang namanya Adobe Photoshop kerana kemampuannya meng'edit' gambar-gambar. Ada yang fungsinya untuk menaip surat, edit video dan sebagainya.

Alangkah nikmatnya kita yang memiliki laptop yang pelbagai software yang berguna. Macam-macam adaa..... Kebiasaan bagi kita pada hari ini akan menyedut pelbagai bahan yang diperlukan untuk menambah maklumat dan meningkatkan kemampuan laptop masing-masing. Tetapi awas!!! Berhati-hati dengan virus bahaya. Paling bahaya, virus-virus tadi tersedut secara tidak sengaja dikala kita sedang ghairah menyedut artikel-artikel agama yang baik dan yang sewaktu dengannya.

Virus itu ialah virus 'PERSEPSI". Akibat terlalu bermain dengan persepsi, sesebuah komuniti akan hancur. Apatah lagi persepsi tadi tersedut dari orang yang baik yang tersilap secara tidak sengaja. Allah s.w.t. berfirman :

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. (At-Hujurat : 12)


Apabila persepsi negatif mula bermaharajalela dalam hati, tunggulah saat kehancuran dahsyat. ditambah pula dikalangan pejuang-pejuang agama Allah dalam satu pasukan. Assyahid Abdullah Azzam pernah mennyatakan :


"Aku lebih rela melihat kesemua anakku mati dari melihat mujahiddin bercakaran sesama sendiri"



Demikian bahayanya virus persepsi ini. Ayuh, updatekan antivurus sebelum laptop kita terpaksa di'format'. Salah satu antivirusnya ialah seperti firman Allah s.w.t. dalam surah At-Hujurat :


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya"


Wallahua'lam.


1 comments:

nabil August 27, 2008 at 5:09 PM  

Salam..
Bermakna sungguh ayat 2 kalau kita aplikasikan dalam hidup kita sebagai seorang hamba ALLAH yg hina lagi dina ini.. Semoga pembaca article ini dpat meghah=yati masud yg tersurat dalam crita tdi..
Waslam

Kett Kauoci @ budak Jeramie

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP