Friday, July 18, 2008

BINGUNG....BINGUNG....


18 JULAI - Baru beberapa minit ucapan dari seorang aktivis mahasiswa, polis mengarahakan orang ramai yang berhimpun secara aman di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya selepas solat Jumaat bersurai. Perhimpunan tersebut adalah bagi meluahkan rasa hati rakyat Malaysia terhadap pemimpin negara pada hari ini. Tujuannya tidak lain, melainkan hanya kerana sayangkan negara dari hancur binasa dan membela nasib rakyat yang teraniaya akibat mainan politik yang menipu mata mereka.

Hebat... Itulah yang digambarkan oleh sebahagian kita. Belum sempat perhimpunan dimulakan, pihak polis telah sampai bagi mengawal keadaan walaupun tidak ada sebarang masalah yang ditimbulkan oleh hadirin. Yang ada hanyalah laungan takbir membesarkan Allah dan laungan reformasi daripada hadirin yang mengharapkan perubahan positif terhadap negara yang kita cintai. Atas dasar ingin menjaga keselamatan, pihak polis telah turun awal-awal lagi disamping begitu ramai Special Branch berpakaian seperti orang awam yang bersungguh-sungguh mengambil gambar di sana sini.

Jika pertama kali seorang pelancong asing tiba di Malaysia dan melihat situasi tersebut, sudah pasti dia begitu kagum dengan pihak keselamatan negara kita. Sudah pasti persepsi awalnya, Malaysia begitu aman, tidak banyak jenayah berlaku dan sebagainya. Peristiwa di Masjid Ar-Rahman tersebut mengingatkan penulis berkaitan kesungguhan pihak keselamatan melakukan sekatan jalan di sana sini untuk menghalang beberapa siri perhimpunan aman sebelum ini hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang begitu teruk.


Penulis ingin mengalih perhatian kepada satu perbandingan. Apa kata jika kita beralih pula ke Lorong Haji Taib yang terkenal sebagai sarang maksiat di negara ini sejak sekian lama. Hairan…. Adakah hanya penulis yang tahu? Pihak keselamatan tidak tahu? Tidak mungkin…..tapi kenapa tempat terkenal sebegitu masih beroperasi sebagai sarang maksiat? Apakah mungkin “bapa-bapa” dan “ibu-ibu” ayam di situ begitu licik mengalahkan pihak keselamatan termasuk Special Branch yang sangat hebat? Bingung….bingung……itulah persoalan dalam diri penulis sejak pertama kali mendengar mengenai Lorong Haji Taib sehingga sekarang.

Semoga, ada pembaca budiman yang boleh merungkai kebingungan penulis yang sekian lama gagal menjawab persoalan ini agar penulis tidak lagi kebingungan dan dapat hidup dalam keadaan aman sejahtera.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP