Showing posts with label rehat minda. Show all posts
Showing posts with label rehat minda. Show all posts

Monday, May 11, 2009

APA AKAN JADI LEPAS NI???


Baru sebentar tadi, Malaysiakini melaporkan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu. Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan. Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian. Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.


Agak-agak pembaca, apa jadi lepas ni? Antara yang mungkin terjadi....

1) UMNO akan kata mahkamah atau hakim derhaka

2) UMNO akan buat demontrasi minta YAB Nizar bubar DUN

3) Hakim kena tembak atau mati kemalangan

4) Najib menangis dan kena stroke

5) Speaker HARAM pakai topeng ke sidang DUN

6) SUK lari ke Siam

7) Zambry akan hantar Camry ke rumah YAB Nizar

8) Zambry hantar surat mohon jawatan jadi pemandu MB





Apa pandangan pembaca?

Kita nantikan......



Thursday, April 16, 2009

ANALISA IMAGINASI P RAMLEE DAN SENIMAN TERDAHULU : FANTASI YANG BERTUKAR REALITI


Artikel kali ini sekadar penghibur hati dikala sedang terasa bahang peperiksaan. Sekadar hiburan dan mungkin juga boleh diambil pengajaran. Teringat beberapa minggu lalu, ketika penulis menelefon ayah di kampung, sempat penulis bergurau dengan ayahanda tentang P Ramlee. sememangnya ayah penulis meminati filem lakonan seniman itu tersebut kerana banyak pengajaran berguna berbanding filem sekarang. Apa yang penulis ingin bincangkan di sini, perkaitan filem P Ramlee dan seniman terdahulu dengan sosiopolitik hari ini.

Analisa 1

Terdapat di kalangan masyarakat menggelar UMNO sebagai sarkas. Hari ini kata lain, esok buat lain. Pembohongan terang-terangan menyebabkan rakyat semakin muak dengan UMNO. Kesannya, PRU 12 menjadi buktinya. Media yang menjadi alat UMNO untuk terus berkuasa menyebabkan parti itu semakin hari semakin dibenci kerana menyerlahkan lagi pembohongan terang-terangan. Ditambah permasalahan politik wang, salah guna kuasa dan cantas-mencatas yang diakui oleh Perdana Menteri baru, UMNO masih berlakon seolah-olah parti itu semakin mantap. Memang lawak jika ramai yang meneliti dengan mata hati permainan dan lakonan mereka. Rupa-rupanya, P Ramlee lebih awal mengesannya.



Alif + Mim + Nun + Wau = UMNO (dibaca SARKIS oleh Sudin). Lawak sinis ini terbukti hari ini. Bukan fantasi tetapi realiti. Ditambah pula kenyataan Sudin dalam kisah itu, "ini sarkis dah jinak" seolah-olah ahli UMNO yang tidak mahu berubah sudah dijnakkan dengan wang atau habuan yang sedikit sedangkan pemimpin mereka makan berjuta-juta. Namun mereka tetap setia ditipu. Ajis pula terkejut degan memberi respon orang tua kerepot pergi sekolah? Sememangnya kajian membuktikan anak muda hari ini tidak mudah dijinakkan dengan sedikit kemewahan kerana mereka peka degan dibantu teknologi hari ini. Tetapi tidak semua orang tua tidak berubah, yang tinggal hanya yang sudah dijinakkan sahaja.

Analisa 2

Dalam filem Laksamana Do Re Mi pula, P Ramlee menceritakan perihal negara Pasir Dua Butir yang bertukar menjadi padang jarak padang tekukur sesudah dirempuh Menteri Fasola. Habis istana hancur. Yang tinggal hanya sepohon pokok yang dijadikan tempat pemerintahan dan persidangan. Hari ini, sejarah terlakar di Malaysia apabila YB Ir. Haji Nizar bersama exco-exco dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Perak terpaksa bersidang di bawah pokok apabila dewan tempat bersidang kebiasaannya dikunci oleh "Menteri Fasola moden". Lucu pun ada, geram pun ada.



Analisa 3

Hari ini rakyat hendak disongsangkan kefahaman oleh mereka yang hendak memperbodohkan rakyat. Apabila istilah "sembah derhaka" yang disampaikan oleh YB Ir. Haji Nizar dimanipulasi, sebilangan rakyat yang diperbodohkan menganggap ianya satu penderhakaan walhal ianya hanya bahasa adat istana bagi mereka yang beradab sopan. Bukan derhaka, tetapi sekadar bahasa adat istana. Rupa-rupanya, sudah lama seniman terdahulu memberi satu ilmu kepada mereka yang tidak tahu bahawa perkataan "sembah derhaka" adalah bahasa istana yang dituturkan oleh mereka yang menjaga tatasusila degan sultan. Lihat sahaja filem kisah pahlawan Hang Tuah berikut.....



Alhamdulillah, tidak semua tertipu dengan mainan kotor mereka. Hasilnya insan yang bergelar "derhaka" itu telah menang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini. bahkan dengan majoriti yang meningkat. Jelas membuktikan rakyat hari ini tidak mudah diperbodohkan. Lagi banyak provokasi dibuat, lagi bertambah rakyat muak. Buat lagi.....

Konklusi

Cukup sekadar 3 nanalisa. Penulis yakin, masih banyak pengajaran hari ini yang boleh diambil iktibar dari filem-filem terdahulu. Walaupun, tidak berwarna, tetapi tetap bermakna...

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP