Sunday, January 31, 2010

KEMPEN BESAR-BESARAN : BONGKAR PENYELEWENGAN PRK UKM

Assalamualaikum,

Berkenaan Pilihan Raya Kampus (PRK) UKM baru-baru ini yang banyak berlaku penyelewengan, pihak kami telah membuat aduan secara profesional. Namun, aduan kami hanya dibakul sampahkan. Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat yang mempunyai ruang seperti blog, FB dan lain-lain, sila "publish"kan penyelewengan-penyelewengan ini secara besar-besaran. Biar semua orang tahu bahawa ada sekumpulan manusia yang sedang menindas mahasiswa di UKM.

Yang pasti, di akhirat nanti akan saya tuntut satu persatu dari setiap orang yang merupakan PENINDAS, pendokong kumpulan penindas, penyokong dan mereka yang berdiam diri tatkala melihat penindasan. Kalau kamu yakin di pihak yang benar, jangan takut dengan ayat saya ini.

Kepada pimpinan ASPIRASI dan CCC yang kononnya bijak mahu mengajar kami supaya menggunakan pendekatan "nego" dalam menyelesaikan masalah, jangan anggap kami bodoh. Jangan anggap kami selalu demontrasi sahaja. Kami sudah banyak kali "nego". Saya bersedia berdebat dengan mana-mana pimpinan ASPIRASI dan CCC dalam isu ini kerana kamu sudah banyak kali menipu mahasiswa lain terutama tahun satu dalam hal ini.

Mesti ASPIRASI akan kata "ini fitnah!". Ya, saya cabar kamu bawa kes ini, kita tribunalkan secara terbuka. Mana tahu, kamu boleh membawa kes ini ke tribunal yang kami juga inginkan kerana kamu ada KABEL BESAR.....

Ayuh sahabat-sahabat, rancakkan kempen ini..... Sebarkan.....


ADUAN KESALAHAN DALAM TEMPOH PEMBUANGAN UNDI DAN PENGIRAAN PERJALANAN BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM SESI 09/10.


Berikut adalah antara tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di beberapa Kolej Kediaman.


Kolej Keris Mas.

1) Bermula jam 9 pagi salah seorang pelajar Fakulti Pengajian Islam Tahun 2 telah diberikan kertas undi bagi kerusi Fakulti Pengajian Islam tahun 3 sedangkan tiada pertandingan untuk kerusi Pengajian Islam tahun 2 kerana Menang Tanpa Bertanding. Merujuk kepada Perkara 29 Peraturan Pemilihan, calon yang menang tanpa bertanding akan diisytiharkan tiada pertandingan akan dijalankan. Tindakan ini jelas menyalahi peruntuntukan ini yang boleh dianggap sebagai berniat jahat tujuan mengelirukan pengundi dan seterusnya menunjukkan ketidakcekapan Jawatankuasa Pelaksana kolej ini.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Pihak Felo telah memberikan arahan kepada JAKSA Kolej untuk membuka Kaunter SPKG yang telah menimbulkan keraguan dan ketegangan antara calon dan wakil wakil calon yang bertanding. Alasan yang digunakan untuk perkara ini adalah setiap siswa/I perlu mendaftar di kaunter SPKG tersebut dahulu sebelum mengundi dengan alasan pemberian merit untuk pelajar yang turun mengundi. Ini adalah dikira sebagai penyalahgunaan kuasa oleh felo felo untuk tujuan yang salah. Merujuk kepada Perkara 48(3)(a) Peraturan Pemilihan , adalah tidak dibenarkan untuk mewujudkan pondok pondok panas sepanjang hari pengundian. Tindakan Felo felo dan JAKSA ini jelas telah melanggar peraturan dan menimbulkan ketegangan yang gagal di tangani walaupun aduan telah dibuat kepada Jawatankuasa Pelaksana peringkat kolej.

3) Tindakan diatas juga telah menimbulkan pertelingkahan yang buruk antara calon dan wakil calon dengan pihak Pegawai Keselamatan peringkat atasan sendiri iaitu Ketua Pegawai Keselamatan yang merupakan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP merujuk kepada Perkara 5 (2)(i) yang bertindak bias atau berat sebelah selepas gagal menangani isu ini sehingga jam 5.00 petang.

4) Tindakan mewujudkan Kaunter SPKG ini juga telah dikesan dengan tujuan yang menyalahi Peraturan 48(3)(b) dan (c) yang mana Kaunter tersebut telah digunakan untuk berusaha meraih undi kepada pihak pihak tertentu dan juga bagi tujuan mengedar senarai nama nama calon yang bertanding. Kewujudan kaunter SPKG ini telah disahkan oleh YDP JAKSA kolej ini iaitu Saudara Faizul Imran Bin Nadzri melalui notis yang di cop olehny dan ditampal di dinding Kolej berkenaan.

5) JAKSA kolej Keris Mas juga telah bertindak memakai baju yang sama berlabel “Aspirasi” bagi tujuan meraih undi dan memberi tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh hari pengundian. Perkara ini telah melanggar Perkara 48(2) yang melarang menunjukkan identiti yang melambangkan identiti sebuah kumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini telah diadu dan dibantah kepada Ketua Pusat Undi iaitu Pengetua Kolej sendiri oleh calon calon tetapi tidak dapat diselesaikan malahan tekanan diberikan kepada Calon yang mengadu dan membantah.

Kolej Burhanuddin Helmi.

1) Pihak JAKSA kolej bersama beberapa kumpulan pelajar telah bertindak mengedarkan senarai nama nama calon kepada pelajar pelajar Tahun 1 sebagai tekanan meraih undi kepada pengundi. Pelajar adalah dilarang untuk memancing undi sepanjang hari pengundian dengan merujuk kepada Perkara 23 Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009. Walaupun perkara ini telah dibantah oleh Calon dan Wakil CAlon, namun perkara ini masih lagi berterusan berlaku dan Wakil Calon dan Calon pula yang diberi tekanan apabila membuat bantahan.

2) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1


3) Semasa proses pengiraan undi dijalankan, Pengetua sebagai Ketua Pusat Undi telah melakukan tindakan yang meragukan Calon dan Wakil Calon yang mengira undi. Tindakan Pengetua Kolej iaitu Prof.Madya Dr.Kadderi Md.Desa.

Kolej Tun Hussin Onn.

1) Pengundi pengundi tahun 3 Fakulti teknologi dan Sains Maklumat telah tidak dibenarkan untuk mengundi atas alasan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi pelajar tahun 1 dan 2 sahaja. Mereka hanya diberikan 1 kertas undi sahaja iaitu bagi memilih Caloon Umum.

2) Semasa Pengiraan Undi dijalankan, tiada penyelarasan untuk memisahkan undi yang rosak. Ada diantara kertas undi yang rosak diterima tanpa sebab yang munasabah dan tanpa persetujuan daripada calon wan wakil kira undi calon.

3) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi disekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identity perkumpulan dan berusaha mengedar risalah senarai nama calon sepanjang hari pengundian.

Kolej Ibrahim Yaakob.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Salah seorang pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi hanya diberikan kertas undi bagi memilih calon kerusi umum sahaja tanpa diberikan kertas undi Fakulti. Tindakan ini telah menimbulkan keraguan kepada pengundi, Calon dan wakil calon di kolej berkenaan.

Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka.

1) Pusat pembuangan undi ini telah dibuka lewat iaitu sekitar jam 8.20 pagi. Ini telah menimbulkan masalah kepada pelajar pelajar yang ingin mengundi. Tempoh waktu pembuangan undi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.



Secara umumnya, terdapat banyak salahlaku yang ditelah dikesan yang dilakukan diperingkat Kolej Kediaman dan kebanyakan daripadanya gagal ditangani dengan baik oleh Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi. Kebanyakan tindakan ini telah memberikan tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh Pengundian dan Pengiraan Undi yang berlangsung semalam bersamaan 28 Januari 2010. Masalah catatan nombor siri ini berlaku hampir di kesemua kolej kediaman yang dikawal oleh Pengetua pengetua tetapi perkara ini tidak berbangkit sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pelaksana daripada Fakulti fakulti.

Atas sebab-sebab inilah dan banyak sebab-sebab yang lain yang tidak dikemukakan diperingkat kami merasakan perlu melakukan beberapa tindakan,baik dari segi rundingan dan majlis-majlis penerangan kepada mahasiswa terutamanya.

Kepada mahasiswa sekalian, marilah kita terus menyatakan sokongan kita menolak kezaliman dan penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dalam mencatur politik kampus saban tahun.

38 comments:

budak Za'ba January 31, 2010 at 11:25 AM  

Za'ba..

Pusat Pengundian buka lewat.
Terdapat beberapa pelajar Fakulti Undang-Undang terpksa balik kerana Fakulti yang akan mengadakan lawatan ke luar UKM.

Apabila mereka balik semula pada pukul 4.40. Pusat pengundian sudah ditutup atas alasan serv down.(serv down bukan masalah ia hanya untuk memeriksa Kad Matrik
- jika serv brmaslah cara manual boleh dgunakan)

Dianggarkan lebih daripada 20 pelajar tahun akhir tidak dapat mengundi atas masalah yg boleh di atasi itu.
(berkemungkinan Penyelia sedia maklum plajar2 FUU akan mengundi calon2 mahasiswa)

budak ekonomi January 31, 2010 at 11:41 AM  

kami sntiasa bsama2 anda. hidup gm. kami tdk mau dtindas sdemikian rupa. bsatu brubah..

jop January 31, 2010 at 11:46 AM  

salam ust idris.
ni baru sebahagian ni. ada lg laporan bantahan di kolej2 lain. sdg dikumpulkan dan dikemaskini.

Anonymous January 31, 2010 at 12:15 PM  

jom pakat bongkar ramai2...

Anonymous January 31, 2010 at 12:25 PM  

salam ust...truskan berjuang...kami akan sentiasa berada dibelakang anda untuk berjihad kerana Allah....doa org2 yg dizalimi akan sentiasa diterima allah...gunakan peluang ini untuk perbanyakkan amalan...insyaallah...

Anonymous January 31, 2010 at 1:01 PM  

untuk ape buat macam ni???

-p-

~UmmU SoLehah~ January 31, 2010 at 1:05 PM  

trusKan perjuangan.. sokong GM!

Anonymous January 31, 2010 at 1:14 PM  

a'ah,ini baru sebahagian...in proses

Ahmad Tajuddin January 31, 2010 at 1:42 PM  

SALAM,ANA NAK MINTAK KEBENARAN UNTUK COPY POSTING NI DALAM BLOG ANA....SYUKRAN....

Anonymous January 31, 2010 at 1:47 PM  

slm ustaz. ana pon nk mitak kbenaran copy . nk taruk kat blog ana. utk kita bongkar bsama2.. kbenaran pst menang.

Anonymous January 31, 2010 at 3:36 PM  

Pilihanraya IPTA dah habis, apa lagi belajarlah kuat-kuat sampai dapat 1st Class, bukan coplaint jer 1st Class. Maaf ya.

haqqun January 31, 2010 at 3:46 PM  

muka xtau malu, malu ana kalau ada juu kengkawan ana yg 'terpangkah' aspirasi zalim ni

Anonymous January 31, 2010 at 3:54 PM  

Dari membuang masa lebih baik kita tumpukan kepada Pengajian kitakan, klau fail kita juga yang susah, bukan MPP yang menang yang boleh bantu

Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, January 31, 2010 at 5:48 PM  

x perlu saya umumkan berapa pointer kami yang menjadi aktivis. yang pasti kami juga mahasiswa cemerlang. bukan untuk berbangga diri, sekadar syiar yg nak dinyatakan kami masih cemerlang walau sibuk berjuang.

yang kita perjuangkan adalah hak. saya akan tuntut di akhirat bagi sesiapa yg melihat kezaliman tetapi diam seribu bahasa hanya kerana kepentingan peribadi. nantikan artikel saya mengenainya....

bkn budak alim January 31, 2010 at 6:53 PM  

btul tu....sokong ust. Idris!!!

Anonymous January 31, 2010 at 7:15 PM  

apa la hampa nie..
x abih2 politik..
apa2 je la wei..

aku budak ekonomi January 31, 2010 at 9:46 PM  

ak sokog ustaz idris... walau x knal scra prsonal, tpi ak kagum dgn aura smulajadi yg ad pd drinya.. slalu mjuagkan hak n kbajikan pelajar smua. org spt inilah yg kta prlukan.. bkn yg bdiam dri smata2 hny krn kpentingan pribadi dn ideologi sdiri.. hmmm anyway gud luck ustaz... ALLAH stiasa bsama dgn mu... my pray continue...
INSYA ALLAH..

NaMo January 31, 2010 at 10:00 PM  

teruskan perjuangan!!jgn GENTAR!!! Mahasiswa UKM perlu dikejutkan dari lena. pentadbiran UKM perlu diingatkan dgn balasan akhirat juga... Kita bukan berjuang utk dunia sahaja...

Anonymous January 31, 2010 at 11:08 PM  

wow da bace panas tol isi nh yea
a few statement mmg ade benarnye
kertas undi ktorg ade no siri
hhehehe..tp ade aq kisah
aq pangkah jer sape yg aq rase berkelayakn
undi xkira parti but kepimpinan..
eeemmm..abisla berdosa yea if wat tak endah hal nh n if xberjuang same2??
eemm..nk ikotkn smua yg berlaku sekeliling kte if salh n kte x tegur pon kira akan ditnye kat akhirat kan
kwn sendiri wat silap kerr.. mengumpat ke.mengutuk kte..xtutup aurat kerrr... mencuri ker..merokok kerr.. dating2 berdua2 ker...smua 2 klu xtegur pon kira berdosa same gak kn?? tp perasan x perasan kte tak tertegur smua tu gak. klu nk pikirkan smua nh mmg xda ending
coz v don eva stop from thinking n making conclusion bout somtg..
mmg perjuang korg baik..tp tanpa korang sedar, komen2 kat blog mmg mnjadikn isu lg panas
hhehehehe..ade la smpai seorg pengurus syarikat nh kata, yg dia xkan amik graduan UKM kerja dlm syarikat dia
hahahah..very funny kan
perjuang yg mmg nk pertahankn hak pelajar tp tnpa sedar, sedikit sebnyk menyusahkn segelintir pelajar yg lain juga. MPP da abis kan..semua pendekatn da wat tp mmg xdpt nk tegakn kebenaran tp keadaan makin merumitkn. so nape nk kecoh2 lagi...blaja rajin2..yg pointer da bgus 2h alhmdulillah la.. tp yg pointer teruk ade gak kot.. siap pontg kuliah cz sibuk dlm isu nh..(tp xsemua..that's 4 sure)sedarlah..
bila da grade keje bgus2 n ade pangkat baru akan dipndg
mase tu wat la ape saje..smua akan pndg. guna la pangkat n duit yg ade mase 2h. sekrg zaman blaja lg..terikat dgn Peraturan UKM..
nk bertindak extrem sgt mane blh
! berkuasa tetap akan mengunakn kuasa bila mereka dicabar
name pon org ade kuase.
klu kta, kot jdk ketua biase2 pon da kecoh dgn kuasa yg ade, inikan pulak mereka2 yg mmg sah2 blaja n bekerja keras utk mnjadi berkuasa 2h. jiwa muda mmg membuak2 kot dlm perjuangn nh smua...
cube salurankan perjuangn tu ke jln yg pasti temui kemenangan tnp timbulkn kerosakn...jgn smpai perjaung nh yg membawa keburukan kepada Agama Islam itu sendiri kerana smua yg panas2kan isu nh org Islam. sedgkn GMUKM gabungan mahasiswa n ade bnyk bangsa..tp yg nampk extrem nye org Islam sahaja. adakah GMUKM org Melayu je yg join??? ke org melayu je yg ade mase utk hal2 mcm nh... emm, ntah la.. bila semua nk pertahankn pendapat mmg nmpk salah je bila org lain berlainan pendapt dgn diri sendiri...
-saye care dgn UKM n isu ini..tp xdpt nk jdk segigih korg wat demontrasi.. biarla Allah shj menghitung dosa n pahala... klu smua takutkn dosa xda lg kehidupan yg penuh tekanan mase kini-

Anonymous February 1, 2010 at 12:07 AM  

hidup GM!HIDUP ISLAM..biasalah,dlm nk tegakkan kebenaran nie memng susah.sama seperti perjuangan Rasulullah dulu yang berjuang bermati-matian..penyelewengan itu 1 lumrah dlm malaysia nie,drpd pucuk pemimpin smpailah kpd anak2 buah yg "buta" nie..ngikot telunjuk je kerjanya,tanpa tahu menilai baik buruknya.kalo betul2 berpelajarn tinggi,fikir2 sendiri la yg mana benar n salah..buknnya tau nak menangkan yg batil shj..inilah hasilnya kalo sume berajakan hawa nafsu..

Anonymous February 1, 2010 at 12:22 AM  

saye stuju sgt3 dgn pendapat owg yg tdk dikenali ni..[Anonymous January 31, 2010 11:08 PM] ..=)=)=)

mawar fst February 1, 2010 at 12:23 AM  

saya setuju dgn segala yg diuatarakan oleh Ust Idris.Pentingnya utk sedarkan mahasiswa yg lain, terutama pelajar tahun 1 agar mereka tahu pihak mana yang benar dan yang mana salah.jangan gentar kerana kita ada hak untuk bersuara dan kebebasan untuk memilih.

saya sangat kecewa dgn pihak aspirasi yang bersekongkol dengan pentadbiran dengan menyelewengkan dan bertindak zalim terhadap ha2 mahasiswa.

Bagaimana mahu melahirkan pemimpin yang adil jika di universiti sudah pandai bertindak kotor dan menyeleweng??Nauzubillah, jangan sampai UKM ini diburukkan dengan melahirkan graduan2 yang tidak adil, songlap duit rakyat, penyelewengan wang negara dan rasuah yang pasti mendatangkan keburukan pada Malaysia amnya.

Jangan gedung ilmu ini dikotorkan dengan permainan kotor Aspirasi dan ketidakadilan pentadbiran yang menindas hak2 mahasiswa UKM.

Saya sangat merasa undi saya tidak dihargai kerana undi saya dan rakan2 semstinya langsung tidak diambil kira kerana kemenangan TIDAK LOGIK pihak aspirasi di bahagian FST..Mana mungkin Aimi Rasyidah yang langsung tidak menampakkan muka lagi tidak dikenali pelajar2 FST mendapat undi2 kami??Lim Yee Wen yang mungkin mendapat undian dari kaum Cina (tapi minoriti), takkanlah Aiman Zafri, Mohd Hakim dan lain2 tidak diundi langsung oleh mahasiswa FST??

Sungguh tidak logik permainan kotor aspirasi..

Semoga Allah membalas ketidakadilan ini..

BdK KERIS MAs February 1, 2010 at 1:08 AM  

Di kolej Keris Mas, Pengurus Kolej(En Syed) melalui felo telah menghantar mesej melalui Facebook supaya undi Aspirasi....

Bunyi mesej tu :

...."En.syed pesan, tetap sokong ASPIRASI universiti k ;p xpelah, ikut je rentak boss k, in the world full of birocrachy, kita ikut standard je, sumer pilih tu kita ikut jelah piawainya, kalo nk wat revolusi tue nanti susah plak kn?? ada yang kena buang sana sini lah sebab pilih pembangkang, haishhh..padahal bendenya xkmane pun kalo kita pilih si A ke si B ke, xde effect sangat pun kt education life kita, janji kita xkena buang kolej n ganggu pelajaran kita sudah!! konsepnya, jangan sampai pilihan yng kita buat leh menyusahkan hidup kita. is it!!"

Anonymous February 1, 2010 at 2:21 AM  

teruskan~~

ayu February 1, 2010 at 8:24 AM  

Allama Iqbal, seorang ahli filsafat India menyerukan pada pemahaman dan pengukuhan diri, kerja yang terus menerus, dan jihad yang tidak mengenal padam. Menurutnya, KEHIDUPAN terletak pada KERJA dan JIHAD dan KEMATIAN terletak pada SIKAP PASRAH dan DIAM. Kepada anonymous tsebut, adakah anda menyuruh kami memilih kematian wlu kami masih bernafas sepertimana anda yang diam dan pasrah pada ketidakadilan?? Kami tidak begitu!!

UltrAzizNexus February 1, 2010 at 11:31 AM  

Salam,
ana nih X student UKM..ana pn mohon minta kebenaran nk paste kat blog ana untuk tatapan sahabat2 diluar sana...

Anonymous February 1, 2010 at 11:41 AM  

truskan perjuangan ust idris!!km sntiasa bsma.ust xsndrian.byk yg mnyokong d blkg..
ana nk mntk izin copy article ni msuk blog ana..
sykran..

albelurani February 1, 2010 at 2:26 PM  

alhamdulillah, kagum ana melihat enta. walaupun masih diperingkat mahasiswa tapi segala tindakan dlm politik kampus ibaratkan menyemai suasana polotik negara.

hakikatnya, enta pewaris kepimpinan akan datang terutamanya dlm kepimpinan gerakan Islam.

Satu contoh bg mereka yg lepasan di bidang tahfiz. Sepatutnya golongan huffaz lbh kehadapan.

moga lebih ramai lagi yang muncul mcm enta di kalangan huffaz.

salam perjuangan.

ainun mardhiah February 1, 2010 at 5:37 PM  

Alhamdulillah..hampir menepati kalam sukarno :

“Berikan Aku 10 Pemuda maka akan kugnncang dunia”

mahasiswa hri ni adlh bkl pmpinn ngara akn dtg.
andai pudar smngt juang mhasiswa hri ni,mka siapa akn mmbela ngara akn dtg?

teruskn prjuangn buat smua..Allah Ma'na!

cinta islam February 2, 2010 at 2:24 AM  

salam perjuangan..

teruskan langkah dalam menegakkan kebenaran kerana kebenaran akan sentiasa menang walaupun kadangkala diuji dengan ketidakadilan dan kezaliman..teguhkan pendirian dan jangan pedulikan pandangan org2 jahil yang menilai kemenangan dari kaca mata materialistik dan keduniaan semata-mata..Barangsiapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong mereka dan memperteguhkan pendirian mereka..

Igun February 3, 2010 at 7:44 PM  

no offense, bro drpd penat n busy demonstrasi tu, buka aib sumer org, mengutuk sana sini, apa kata kita focus je study, improve PNGK kita ke?? aku rasa parent jauh2 hantar kita masuk U, suh study kut? xkn korg nk hampekan harapan deorg?? penat deorg bagi makan, spend duit beribu2 hantar p skolah, bile last2 tgk kita dok bertungkus lumus protes kt tengah jalan, berdarah2, masuk jail sana sini, xkan imej yg cam2 korg nk tunjuk kt parent?? xkn bende2 tu adalah cara kita nk balas budi mak ayah kita kut??

Anonymous February 3, 2010 at 11:06 PM  

kenapa mahasiswa zaman sekarang semakin cetek pemikirannye...? orang yang bodoh akan tetap melakukan perkara yang bodoh dan sia-sia... tidak kira bagaimana cemerlang sekali pun..tidak kira setinggi mana mereka belajar sekali pun...ianya tetap sama... KEBODOHAN...

Anonymous February 3, 2010 at 11:07 PM  

pendapat yang sangat-sangat tepat Igun...

Syed Mohd Syahmi February 4, 2010 at 1:51 AM  

though Idris no longer remember me, but I know very well what is his stand.

He's not standing 4 nothing.
he's standing for something that those of shallow thinking cant figure out.

coz he knows, the world isnt all about PNGK.
it's not all abt getting good jobs and good pay.

it's not abt, 'as long as they dont disturb us', or 'as long as we dont disturb them'
it's something about understanding.
what i, u and he understand about Islam.
about preserving the goodness of world not just 4 our own selves, but to our offsprings.

if our ancestors had the same thinking that some of us do now, then Malaysia today isnt what she is today.
it might be still under British, or some other powers.

be grateful that u guys still have him who risks his own safety 4 the sake of 'mahasiswa'

did he ask anytin fr u for return?

kalau saya bukan orang yang berjuang, saya takkan jadi orang yang menghalang orang yang berjuang.

Anonymous February 4, 2010 at 2:02 AM  

smoga perjuangan antum di redhai ILAHI..pertahankan kebenran..insya'ALLAH,..ALLAH sentiasa bersama org2 yang bnar...

Anonymous February 4, 2010 at 8:37 AM  

lawak la org yg pentingkan PNGK nih... nanti kat akhirat bkn Allah tnya PNGK ang berapa. Ntah2 nnti PNGK tu Allah lempar ke muka ang balik klu tak guna utk Islam. Menuntut ilmu semata2 PNGK.Lwk zaman kuno. Nmpk sgt otak telah disistemkan.

jagung February 5, 2010 at 1:32 PM  

anoy.

Biarkan mereka yg kejar PNGK.
bukan masalah.
1 kredit utk 'dia'.

Biarlah mereka mmpersoalkan kita.

'mereka' tidak bersama 'kemu' berjuang. Mustahil untuk mereka akan faham cara 'kamu'. Sebab itulah dia mengata, mmbuat tohmahan kpd 'kamu'.

'kamu' bukan sahaja berjuang menntg kezaliman. Tapi 'kamu' juga berjuang menentang bisik-tohamahn-jentikan 'mereka-mereka dluar gelanggang.

Biarkan 'mereka' mengejar PNGK.
Moga 'mereka' menjadi lebih matang dengan jumlah PNGK yang dikejar.
Jika 'mereka' merasa BAHAGIA & dapt MEMBAHGIAKAN org lain dgn PNGK.
'kamu' ada kelebihan JAUH lebih BAHAGIA dari 'mereka'.
'Kamu' mengejar PNGK varsiti. 'Kamu' juga mengejar PNGK yang dijanjikan olehNya.

Ahh..'mereka' hanya SEDAP mengata. Kalaulah 'mereka' TAHU..

Siti Hapizah Binti Hj Soud April 10, 2010 at 9:26 AM  

nice post and challenge comments~~~im smiling for those who talked about the PNGK...QUIT FUNNY!
But i dont think so they would read this comment again...but if they do..alhamdullilah...for these PNGK peopLE...I would like to share wof all of u...
kepimpinan itu bukan diukur dengan kejayaan akademik semata-mata, ironinya dulu saya tidak mahu mengaku bahawa saya belajar semata-mata untuk exam, semata-mata yang penting masuk U, namun hakikatnya saya sedar tujuan belajar itu bukan semata-mata untuk dapat sTARIGHT A in sPM or StPM, atau 4.o Flat...cukuplah sekadar kita berusaha dengan sedaya yang mungkin untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, bukan bererti kita membelakangkan akademik semata-mata...contoh paling mudah dan paling simple: anda pelajar perubatan...adakah anda kenal siapa itu Ibnu Sina? semuanya jelas! tidak ada ilmu yang lebih tinggi melainkan ilmu mengenal Allah swt...apa yang penting setelah kita penat berusaha, tawakal kepada Allah swt, dia MAHA tAHU apa yang terbaik untuk kita, biar buruk di mata orang lain, namun bila hati redha pada ketentuanNya maka itula sebaik-baik hamba...apa guna kalau akademik tinggi mendabik langit, kalau tak solat??? Islam itu syumul, semuanya lengkap dari adad makan sehingglah tidur...terlalu complete...politik dan islam tidak boleh dipisahkan...berbicara dengan ilmu dan iman bila menyoalkan tentang Islam...tapi sekirnya tidak tahu, maka bertanyalah pada mereka yang tahu...tolonglah sia2 semuanya yang bergelar mahasiswa/i sekiranya agama dipisahkan...semoga diberi petunjuk dari Rabbul Izzati~~~

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP