SEJENAK BERSAMA SHOUTUL HAROKAH
Kemesraan mereka di LCCT baru-baru ini menyebabkan saya dan sahabat-sahabat kagum. Tambah membanggakan kami, mereka bukan insan biasa, ada yang merupakan ahli parlimen serta pimpinan-pimpinan masyarakat. "Ini yang menyebabkan saya bangga dengan saudara-saudara di Indonesia. Anak muda dilihat sebagai aset besar. Mereka sudah diberi ruang untuk memimpin. Satu proses empowering yang menarik" saya meluahkannya kepada Ustaz Ridwan Solichin, salah seorang vokalis Shotul Harokah yang juga merupakan pimpinan masyarakat dan juga pensyarah.
Perbualan bersama Ustaz Rikrik Hartadi juga menarik. beliau berkongsi pengalamannya pada era reformasi 1998 di Indonesia yang menonjolkan taring mahasiswa yang telah berjaya menggulingkan rejim zalim ketika itu. "Saya pernah dipukul sehingga luka-luka di badan serta ditembak dengan gas pemedih mata. Kami di sana, setiap kali keluar berdemonstrasi akan membawa ubat gigi untuk meneutralkan kepedihan. Jadi, kalau kamu keluar berdemontrasi lepas ini, jangan lupa membawa ubat gigi ya," sempat lagi beliau yang juga pimpinan masyarakat memberi tips kepada kami sambil tersenyum.
Satu kelebihan yang saya lihat pada Shoutul Harokah ialah mereka bukan bernasyid untuk mengejar wang akan tetapi dakwah yang didahulukan. "Kami yang pertama bernasyid dengan muzik sebegini. Setelah melihat kepada keadaan sasaran dakwah dikalangan anak muda yang gilakan muzik rancak, kami terfikir bagaimana gerakan dakwah ingin memberikan alternatif kepada mereka agar hiburan dapat memandu mereka ke jalan yang benar. Hasil penelitian, pendekatan kami mendapat sambutan memberangsangkan di kalangan masyarakat. Tindakan kami memilih muzik sebegini bukanlah secara membabi buta akan tetapi setelah diadakan perbincangan dengan ahli-ahli Syariah agar ianya tidak melanggar syara'" jelas Ustaz Ustaz Ridwan Solichin yang menyebabkan saya kagum kerana pemikiran mereka bukan untuk mencambahkan wang dalam saku mereka akan tetapi memikirkan percambahan metodologi dalam medium dakwah.
"Matlamat kami adalah agar Shoutul Harokah dapat membentuk fenomena kesedaran Islam yang tinggi dalam masyarakat. Setelah sekian lama, masyarakat di sana tidak lagi janggal degan perkataan "Islam", "dakwah", "jihad", takbir dan sebaginya. Alhamdulillah, lama kelamaan masyarakat boleh menerimanya," penjelasan Ustaz Rikrik Hartadi menarik perhatian saya dan sahabat-sahabat. Mereka memang bijak memikirkan metodologi dakwah serta mempunyai misi yang jelas melalui medium hiburan.
Mereka bukan orang biasa. Mereka adalah pimpinan masyarakat yang juga menyibukkan diri mereka dengan dakwah di arena hiburan. Mana tidaknya, ketua kumpulan Shoutul Harokah iaitu Ustaz Muhammad Taufik Ridlo juga adalah ketua PKS bahagian Jawa Barat. Mereka tidak seperti sesetengah kumpulan nasyid yang menjadikan nasyid sebagai tempat 'mencari makan' bertopengkan dakwah kononnya. Sememangnya mesej dari lagu-lagu mereka membangkitkan roh jihad pada pendengarnya. Jika zaman Rasulullah s.a.w., baginda meraikan penyair-penyair yang akan mendendangkan syair yang boleh membangkitkan semangat juang kepada para mujahidin sebelum keluar berperang, tidak salah kiranya Shotul Harokah menggunakan pendekatan mereka sekarang.
Pandangan saya, pendakwah di Malaysia seharusnya bjiak memikirkan metod dakwah yang pelbagai, berani membawa ijtihad-ijtihad baru dalam metodologi dakwah disamping tidak terlalu cepat menghukum. Misalnya, sememangnya terdapat khilaf dalam hukum muzik. Justeru, saya bersetuju dengan pandangan Qaradhawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat bahawa pendakwah perlu mengutamakan dalil-dalil dan pandangan yang ringan dalam berhadapan dengan orang awam agar ianya tidak memberatkan. Mungkin untuk pengamalan para pendakwah, mereka boleh memilih dalil-dalil yang berat, akan tetapi jangan memaksa orang awam mengikut pandangan dan amalan mereka selagi ada pandangan dan dalil-dalil yang lain.
Disamping itu, para penasyid di Malaysia juga perlu memiliki misi dan visi yang jelas dalam agenda dakwah. Bukan hanya sekadar bertopengkan dakwah untuk mengejar wang dan nikmat duniawi semata-mata.
Kata-kata terakhir Shoutul Harokah sambil bersalaman sebelum kami meninggalkan LCCT ialah "teruskan perjuangan, semoga kita ketemu lagi di medan yang lebih luas suatu hari nanti...."
2 comments:
salam..masyaAllah hebat sungguh para mujahid pejuang hiburan ISlam ni..ana kagum dgn semangat kumpulan Shoutul Harakah ni..mnjadikan nasyid jihad sbg medium dakwah yg berbeza dr yg kai..sememangnya penasyid tanha air juga plu mmpelbagaikan method yg lebih dekat dgn anak2 muda yg kian lena dek arus duniawi..
ana pun terasa semangat membakar kembali ble kump shoutul harakah wat performance mlm tu..cadangkan utk undang lagi sekali kump ni wat persembahan solo mereka kt msia ni..msti best!huhu..ARRUHUL JADID FI JASSADIL UMMAH..(^_^)
salam..subhanaLlah..masyaAllah..alhamduliLlah..hanya 2 yg mampu diungkapkan..konsert pd mlm 2 amat sesuai untuk semua lapisan msyrkt..yg penting ianya memberi kesedaran kepada semua..tp memang x dinafikan ramai yg menantikan persembahan soutul harakah..walaupun sy x bgn pd mlm itu,tp teruja sy melihat para pimpinan yg berada di barisan hadapan berdiri menyanyikan lagu bersama-sama..amat2 menimbulkan semangat untuk berjuang..nk2 plak,waktu tu baru balik dr ber'demo'..ap2 pun sama2 lah kita menyedari hakikat perjuangan ni amat susah,jadi kita kna tabah dan sabar..semoga kita semua trus thabat dlm perjuangan..TAKBIR!!!!
Post a Comment