ASHAB AL-UKHDUD : PENGAJARAN BUAT ANAK MUDA (1)
"Bagus. Kamu memang orang yang bertuah. Saya bagi kredit yang besar kepada sahabat-sahabat dari FEP kerana kamu belajar teori dan sistem barat, namun kamu masih ada iltizam yang tinggi untuk mendalami agama. Kamu sebenarnya mampu menjadi penyelamat ummah kerana kefahaman tinggi yang kamu miliki menyebabkan kamu boleh membuat perbandingan kepada masyarakat kelak ". Jawapan ringkas tersebut menyebabkan saya pula berasa rendah diri. Berasa merendah diri memikirkan iltizam mereka. Saya kagum dengan mereka, masih lagi mendambakan usrah. Demikian yang saya rasakan berlaku dalam diri mereka menyebabkan saya akan turun juga ke usrah umum mingguan FEP setiap minggu setelah dijemput untuk berkongsi pndangan dan perbincangan.
"Dah lama ana tak dengar kisah ini. Ana pernah dengar sekali kisah ini dari seorang ustaz satu ketika dulu. Lepas itu, ana tak dengar lagi kisah Ashab al-Ukhdud ni". Luah Hakim dalam perjalanan kami ke UKM malam Selasa lepas sambil membelek-belek buku saya, terjemahan kitab "Ghulam ad-Da'wah" karangan Hisyam Soqr. Saya menumpang kereta Hakim malam tersebut untuk berusrah dengan beberapa adik-adik saya. Hakim pula akan ke Fakulti Sains dan Teknologi kerana ada perbincangan. Sempat saya berkongsi kisah "keistimewaan buku" itu dalam hidup saya menyebabkan saya mengambil keputusan menulis tesis bertajuk "Ashab al-Ukhdud : Satu Kajian Terhadap Metodologi Dakwah" bagi diploma saya di Darul Quran JAKIM 2 tahun lepas. Lalu saya tawar dan mencadangkan untuk Hakim meminjam dan membaca dahulu buku tersebut.
Perjalanan beberapa minit malam tersebut menyebabkan kami sempat berbincang kisah ini untuk menjadi pengajaran. Satu pengajaran yang boleh dipelajari dari kisah ini ialah contoh tauladan yang boleh diambil dari watak utama kisah ini iaitu Ghulam, si anak muda yang berjaya membawa ketumbukan yang maha dahsyat dalam gerakan.
Saya hanya akan membawa satu dua pengajaran dari kisah ini, pengajaran seterusnya dalam penulisan akan datang insyaAllah.... Rentetan dari artikel pertama saya dalam blog ini ketika berjinak-jinak dalam dunia ke'blog'an. (Siapa yang belum pernah dengar@terlupa akan kisah ini boleh rujuk kisah dari hadis yang saya masukkan dalam artikel pertama saya dalam blog ini)
Anak Muda Yang Gilakan Ilmu
Ghulam telah terpilih untuk belajar di "Universiti Sihir" bersama "pensyarahnya", ahli sihir di istana. Kita sedia maklum, ilmu sihir adalah sesat. Walau ditaja "biasiswa" oleh raja yang zalim, ghulam masih dahagakan ilmu. Semangat inilah yang perlu dicontohi oleh anak muda hari ini. Semangat inilah menyebabkan ghulam istiqomah belajar agama dengan rahib. Setiap kali, dalam perjalanan pergi dan pulang dari istana nescaya ghulam akan singgah belajar bersama rahib. Hubungan ghulam dan rahib sangat akrab sehinggakan ghulam boleh berkongsi masalah dengan rahib tatkala dia dihukum kerana kelewatan ke istana. Maka rahib berkongsi tips dengan ghulam. Memang ghulam belajar agama dengan penuh iltizam walaupun dalam masa yang sama dia belajar ilmu kesihiran di istana.
Berusaha Menambah Keyakinan
Ghulam sangat yakin akan ilmu yang dipelajari dari rahib. Namun dia ingin menambah-nambah keyakinan dalam dirinya. Dalam peristiwa berhadapan binatang besar yang mengganggu perjalanan orang ramai, beliau berusaha menambah keyakinan ilmunya. Hisyam Soqr dalam kitabnya menyebut, ghulam lebih yakin ilmu dari rahib daripada ilmu sihir. Buktinya, semasa inign membaling batu, ghulam membacakan doa, ,”Ya Allah, sekiranya urusan rahib lebih Kamu sukai daripada urusan ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini sehingga orang ramai dapat lalu lalang.” Ghulam menyebut nama rahib dahulu berbanding ahli sihir menunjukkan dia lebih yakin akan rahib, cuma ingin menambah keyakinan.
Dirakamkan dalam al-Quran, pernah berlaku zaman Nabi Ibrahim, baginda berdoa meminta Allah s.w.t. tunjukkan bagaimana Allah s.w.t. menghidupkan orang yang mati. Allah bertanya kepada Nabi Ibrahim, "adakah kamu tidak beriman?" Jawab Nabi Ibrahim, "bahkan akan tetapi sekadar ingin menenangkan hati". Maka anak muda hari ini perlu belajar dan mengkaji. Tidak cukup dengan mendengar, bacalah dari buku-buku dan banyakkan menyertai majlis-majlis ilmu program keilmuan.
Menjaga Dan Mempertahankan Amanah Keilmuan
Kita pernah mendengar kata-kata ini menyelinap dalam telinga dari sahabat-sahabat. Namun itu bukanlah alasan menggadaikan prinsip ilmu dan perjuangan dengan harga yang murah. Jika tidak, nescaya ghulam tidak sekali-kali memperjuangkan aqidah yang dipelajari dari rahib. Nescaya ghulam tidak berani menegur rajanya kerana mengenangkan sifat syukur hasil "biasiswa" dari istana yang diperolehinya.
Ghulam tahu, hak siapa yang harus diutamakan. Dia faham konsep syukur yang sebenar. Dia tahu erti prinsip yang tidak boleh dijual dengan harga yang murah. Maka hadiahnya ialah ghulam mendapat "segulung ijazah" berpangkat "syahid" dari Allah s.w.t.
Artikel ini adalah satu kredit yang saya ingin berikan kepada sahabat-sahabat FEP dan fakulti-fakulti yang lain dari pengajian Islam serta Pendidikan Islam dan al-Quran atas iltizam mereka yang tinggi bersama Islam. Dalam pada masa yang sama, artikel ini menjadi satu cabaran kepada saya dan sahabat dalam bidang pengajian Islam.
Baru-baru ini saya membelek-belek risalah kecil yang ditinggalkan Hassan al-Banna, "Ayyuha al-Syabab". Saya akan menurut salah satu nasihat as-Syahid yang berbunyi :
"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.
Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"
2 comments:
salam..blh ana tmbh skit?hehe..
kisah ghulamud dakwah mengajar kita bhwa dlm usaha dkwh blh kita berhelah, cthnya apa yg blaku ktika ibunya n ahli sihir btanyakn ttg kelewatnnya pulg k rumah n dtg k istana.lalu kpd ibunya bliau beritahu beliau lewat krn ahli sihir menahannya,n pd ahli sihir pula krn ibunya menahannya di rumah,spt yg diajar rahib tsebut.pdhl beliau lewat krn berhenti di tempat rahib.
sory,ayt x power..x reti nk bt ayt,kalo x phm,tnye ye..
Assalamu'alykum...
more please...? :)
nasih> ayat tu masih boleh difahami, don't worry..^^
Post a Comment