Tuesday, July 28, 2009

USRAH ONLINE














Beberapa minggu lepas, Pensyarah matapelajaran Teknologi Maklumat Dakwah saya, Dr. Zulkifli membangkitkan sesuatu memberi pengetahuan baru kepada saya yang dhaif ini. Beliau membacakan firman Allah s.w.t. dari surah al-Mursalat yang bermaksud :

1. Demi "al-mursalat" yang diutus untuk membawa kebaikan,

2. Dan yang terbang dengan kencangnya,

3. Dan yang menyebarkan (rahmat Tuhannya) dengan seluas-luasnya,

4. Dan yang membedakan (antara yang hak dan yang bathil) dengan sejelas-jelasnya,

5. Dan yang menyampaikan wahyu,

6. Untuk menolak alasan-alasan atau memberi peringatan




"Kamu tahu apa itu "al-mursalat"?" soalan itu muncul dari mulut Dr. Zulkifli petang itu. Semua terdiam."Pelbagai pandangan mufassirin berkaitan al-Mursalat. Ada yang berpandangan ianya adalah "malaikat", "angin" dan ada yang hanya meletakkan ianya sebagai "makhluk" kerana mereka belum dapat membayangkan apakah nama lain bagi "makhluk" itu dan mereka belum dapat membayangkan bagaimana rupanya "makhluk" itu. Namun sifatnya dijelaskan dalam ayat diatas", jelas Dr. Zulkifli ketika itu.

"Apa yang kamu buat ketika ada masa lapang di kolej?" tanya Dr. Zulkifli lagi. "YM", "blogging", "baca berita di internet", "mencari maklumat" dan pelbagai lagi jawapan yang disebut hadirin. Maka pensyarah saya itu meneruskan pengajaran dengan menjelaskan itulah hasil "al-Mursalat". Sebahagian ulama' kontemporari menafisrkan al-Mursalat sebagai gelombang atau frekuensi setelah ahli sains menemui dan menamakannya sedemikian. Subahanallah, memang ianya kencang, boleh tersebar luas dan boleh menyampaikan maklumat.

Saya terfikir ketika itu, mukmin sewajarnya mengadaptasikan "al-Mursalat" sebagaimana yang Allah s.w.t. jelaskan. Jika hari ini ada yang beralasan tidak sempat berusrah, mengapa mereka tidak mengambil peluang penggunaan "al-Mursalat" sebagai medium usrah. Walau sejauh mana jarak yang memisahkan kita, "al-Mursalat" tadi boleh menghubungkannya. Saya rasakan, sewajarnya kita perlu mensyukuri nikmat itu dengan memastikan ianya mampu "membawa kebaikan", "terbangnya yang kencang" mampu menjimatkan masa, kemampuannya sememangnya boleh "menyebarkan rahmat seluas-luasnya", kelebihannya perlu digunakan sebagai alat untuk "membeda-bedakan antaran yang hak dan batil sejelas-jelasnya", "menyampaikan wahyu" serta "menolak alasan dan memberi peringatan".


Baru sebentar tadi saya berkenalan dengan seorang kenalan maya baru yang sangat merindui usrah. Luahannya yang sedang mencari-cari usrah menyebabkan saya terkesan. Maka berlakulah pertemuan maya dan kami bertekad menjadikan ruang maya sebagai tempat berusrah. Bermula dengan kenalan sehingga membawa kepada perbincangan arus ekonomi dunia, persaingan kapitalisme dan sosialisme, rahsia Illuminati, hidden agenda disebalik "The Federal Reserve Bank" dan lain-lain lagi. Saya memilih topik ini apabila sahabat seusrah tadi memperkenalkan dirinya dari bidang ekonomi walaupun sebelum ini dari Sekolah Agama. Saya beruntung kerana dapat bertukar-tukar pandangan dengannya yang akan meneruskan pengajian ke Jepun satu hari nanti.

Sempat saya tinggalkan cabaran dan harapan kepadanya agar satu hari nanti dia akan berusrah dengan non-muslim. Saya lihat, ada hikmah dia tercampak ke situ bersama dengan ramai sahabat-sahabat non-muslim walau hatinya masih mendambakan usrah serta masih mencarinya di tempat dia berkursus hari ini. Saya cemburu dengannya, kerana masih banyak yang saya belum mampu. Mungkin persamaan kami ialah kami memang "gilakan" usrah. Semoga medium maya ini masih mampu meneruskan usrah online kami pada masa akan datang walau belum sempat bersua.


3 comments:

Anonymous July 29, 2009 at 12:56 PM  

Salam...sy suka usrah dpt bg pengisian rohani...lgpun sekarang jauh ngan family.dgn usrah dpt mengelakn drpd lalai dgn keduniaan.

hasanhusaini July 29, 2009 at 8:13 PM  

mungkin boleh diwar-warkan penafsiarn ini kepada umum...sekali lg sains terpaksa tunduk kepada al-quran...

Anonymous July 29, 2009 at 10:25 PM  

Salam.sy menyokong perkembangkan ilmu...walaupun d alam maya,dakwah tatap dpt dsampaikan.

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP