Monday, July 20, 2009

USRAH 3 MINIT

19 JULAI - Saya hanya ada masa 29 jam di Kedah setelah tiba lebih kurang 6 petang 18 Julai. Saya menaip luahan ini dalam perjalanan pulang ke Bangi setelah bas mula bertolak 11 malam, 19 Julai. Saya terpaksa kurangkan masa saya di Kedah bagi memberi sokongan kepada sahabat-sahabat saya yang sedang mendahului saya di medan perjuangan. Saya cemburu dengan Farid, Nazri, Syafie dan lain-lain. Jadi, saya batalkan hasrat saya untuk pulang ke Kedah 17 Julai malam itu walaupun Amar sudah membeli tiket untuk saya. Saya terpaksa pulang juga 18 Julai bagi menyelesaikan beberapa masalah keluarga. Hanya sebilangan kecil sahaja yang memahami dan tahu masalah saya. Saya berpendapat, jika saya tidak pulang sekarang, entah bila pula, saya tidak tahu.



hayat SMKAK: salam. dah lam tak mai SMKAK. Sibuk ka? Usrah kami dah lama tak jalan ni.

16 Jul 09, 11:23




Luahan hati Hayat, adik usrah saya yang masih di tingkatan 3 SMKAK dalam shoutbox memaksa saya untuk pergi juga menjenguk adik-adik usrah saya di sana. Saya mencari-cari masa yang sesuai. Akhirnya, saya berhasrat mencuri beberapa minit untuk bergegas ke sekolah lama saya, solat mahgrib di sana. Alhamdulillah, walau hanya lebih kurang 5-10 minit, saya sempat berjumpa dengan adik-adik usrah saya di sana. Saya hanya sempat ’berusrah’ dengan adik-adik usrah saya yang masih di tingkatan tiga selama lebih kurang 3 minit sahaja. Sempat melihat mereka tersenyum, dan bertanya khabar.




”Ish, dah besar-besar belaka adik-adik saya ni”, tegur saya sambil menghulurkan tangan. ”Macam mana Amir, masuk syarahan lagi tak?” saya bertanya kepada salah seorang adik usrah saya. ”Tak masuk apa pun tahun ni bang, nak PMR” jawab Amir sambil tersenyum. ”Melepas la aku nak tengok Amir jadi johan syarahan agama peringkat kebangsaan tahun ini”, bisik hati kecil saya mengenagkan hasrat saya setelah Amir berjaya ke peringkat kebangsaan tahun lalu walaupun belum menjadi johan. Usrah saya hari ini sangat tergesa-gesa. ”Kenapa abang dah lama tak datang jenguk kami?” tanya Hayat. Saya hanya tersenyum. Teringat saya pada soalan sama yang telah saya tanyakan abang Nor Azmir Zakaria selepas dia berforum di Darul Quran beberapa tahun lepas. Soalan tersebut saya tanyakan kerana hairan kemana abang-abang pergi sehingga tinggalkan tarbiyyah di sekolah. Dan hari ini saya rasakan apa yang abang Azmir rasakan satu ketika dahulu. Saya mendiamkan diri. ”Tak apa lah, bila mereka di kampus nanti, mungkin mereka akan rasa apa yang saya rasakan hari ini” bisik hati kecil saya. ”Ana dah nak kena balik sekarang, tiket ana malam ni”, saya memberitahu adik-adik usrah saya. ”La, dah nak balik dah? Awat cepat sangat?”, soalan tersebut tidak mampu lagi saya jawab.



Sebentar lagi saya ingin berjumpa sahabat saya dan dua buah rumah saudara lagi perlu saya pergi dalam masa yang cukup terbatas dan terkejar-kejar. Saya agak terkilan kerana tidak sempat lama bersama adik-adik usrah saya. Ditambah pula malam tersebut, ada program yang telah disusun pihak sekolah. Saya terus menuju ke satu destinasi untuk berjumpa sahabat saya. Dalam masa terbatas juga, saya berharap agar sahabat tersebut dapat menjaga adik-adik saya di sekolah. Mungkin orang menganggap saya gila. Saya pernah meminjam motor daripada sahabat saya, dari Bangi terus ke Melaka semata-mata mahu melihat adik-adik usrah saya beraksi di pentas kebangsaan dalam syarahan agama dan hafazan tahun lepas. Hanya sebentar, kemudian terus pulang ke Bangi. Saya rasa puas walau sebentar. Saya memang gila. Saya gilakan usrah. Saya sudah mabuk dengan usrah. Sejak saya dan Faisal diperkenalkan dengan jelas hakikat usrah pada tahun 2003 oleh Ustaz Rusydan, kami menjadi gila dengan usrah.



”Carilah ’halawatul usrah’”, pesan Ustaz Rusydan ketika itu. Hari ini saya benar-benar rasakan, saya hampir merasai ’halawatul usrah’ yang tidak tahu bagaimana ingin dikongsi bersama orang lain.Sejak diperkenalkan hakikat dan ruh usrah yang sebenar, kami berazam, di mana sahaja kami menapakkan kaki, di situ akan kami perjuangkan usrah semampu mungkin. Tengah hari tadi, ketika sedang menemani ayah saya di sawah, sahabat saya di Bangi ada menelefon. ”Deris, kami nak buat usrah. Hang boleh tolong?” tanya sahabat saya. Saya tidak menolak. Saya berazam, kalau lah begini anak muda, saya akan usaha sedaya upaya membantu. Saya terkesima, walaupun mereka sudah tamat belajar dan meninggalkan alam kampus, masih cintakan usrah. Walaupun saya sedar akan kelemahan saya, saya berazam, akan berusrah bersama mereka kerana saya sudah gila. Gila dengan usrah. Usrah sudah menjadi nadi hidup saya dan ianya telah menjadi salah satu keperluan hidup saya. Usrah sudah menjadi sebahagian hidup saya.

11 comments:

Azan Safar... July 20, 2009 at 3:47 PM  

Kita kena gila dengan usrah.. Dan hobi kita juga adalah hobi berusrah.. Doakan ana punyai 'kegilaan' yang sama macam abg.. salam juang..

hasanhusaini July 20, 2009 at 4:18 PM  

sy pon nak camtu gak...

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid July 20, 2009 at 11:01 PM  

me 2..(",)

muzammir muhammad July 21, 2009 at 8:17 PM  

salam.. I feel envied of you guys.. It's been a long time I never help myself for usrah since I pursued my study.. there's nothing here.. hope can have another better time.. anyway keep it up ..

chaya ketenangan July 23, 2009 at 10:12 PM  

subhanallah..maha suci Allah..
1st time dengar seorg yg betul2 "gilakan" usrah..disaat ramai daie2 yg kdg2 "lari" dr usrah..dsbbkan amanah yg terpikul dibahu..
mga ana juga intiqamah mcm enta..

syafiq July 27, 2009 at 2:32 AM  

biase la tu

Anonymous July 27, 2009 at 6:42 PM  

alhamdulilah..rasa teramat menyentuh hati

Anonymous July 27, 2009 at 6:45 PM  

Setelah sy menyertai keris 09,hati sy tertarik untuk menyertai usrah..dulu sy tak tau ape2 pun.taun lepas sy mulai berubah..sy amat berharap dpt menyertai usrah

hasif tumiran August 1, 2009 at 1:21 PM  

gile dgn usrah...knape ana x rase lg ek?abg..tlg anak usrahmu ini...huhu..

hasif tumiran August 1, 2009 at 1:46 PM  

ana nk mtk izin gne artikel nie utk wat rsalah kt skola...

nik mazirawati December 26, 2009 at 7:08 PM  

subhanallah..teruskan perjuangan secara istiqamah wahai pembela agama Allah..

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP