Tuesday, June 30, 2009

MAHASISWA JANGAN DIMANDULKAN

Tahniah saya ucapkan kepada Dato' Saifuddin Abdullah atas kenyataan yang dikeluarkan dalam forum sebentar tadi sempena Minggu Mesra Pelajar. Satu cabaran kepada mahasiswa untuk mengasah idealisme mahasiswa. Bahkan beliau membuka peluang kepada mana-mana mahasiswa agar berani memperjuangkan suara hati mahasiswa. Satu kenyataan beliau yang agak menarik agar mahasiswa banyakkan wacana-wacana ilmiah. Panggil sahaja mana-mana pimpinan sama ada kerajaan atau pembangkang. Jika pentadbiran menghalang, laporkan pada beliau. Walaupun beliau dari kepimpinan kerajaan, namun beliau tidak sesekali mudah menghukum mereka yang berbeza pandangan dengannya. Itu suara hatinya dan harapan kepada semua.

Saya harap cabaran Dato' Saifuddin turut disahut oleh pihak pentadbiran UKM dan PC MMP kali ini. Saya memandang sebahagian pentadbiran UKM masih lagi mengongkong mahasiswa. Ada sahaja beberapa wacana ilmiah yang hendak sahabat-sahabat saya anjurkan namun ianya dihalang. Apa yang hendak ditakutkan? Saya memandang UKM masih terkebelakang dalam kebebasan mahasiswa berbanding universiti-universiti lain jika budaya "takutkan bayang-bayang" masih lagi diteruskan. Saya cabar pihak pentadbiran, sahut cabaran Dato' Saifuddin.


Begitu juga dengan MMP. Jika masih ada lagi budaya-budaya lama menghasut pelajar-pelajar baru dengan menyampaikan fitnah kepada persatuan-persatuan tertentu termasuk kelompok-kelompok pelajar yang mahu memperjuangkan mahasiswa, saya dan sahabat-sahabat saya akan bangkit. Jika persatuan saya difitnah lagi, kami tidak akan berdiam diri. Berpencaklah sebagai mahasiswa. Jangan gunakan kuasa anda untuk mengugut. Mahasiswa bukan lagi kanak-kanak. Sahutlah cabaran Dato' Saifuddin, jangan lagi mengongkong mahasiswa baru hanya dengan title sebagai seorang senior.


0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP