Wednesday, April 1, 2009

JANGAN DIBODOHKAN DENGAN SAMBUTAN "APRIL FOOL"

Sedih mengenangkan saban tahun masih ada dikalangan muslim yang meraikan sambutan ini kononnya mereka ini tidakjumudkerana mengikut peredaranzaman. Ingin penulis ulangi di sini bahawa kisahnya setelah kejatuhan pemerintahan Islam Granada di Sepanyol.


Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.



Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Peristiwa umat Islam diperdaya dan dibakar hidup-hidup ini berlaku pada tanggal 1 April yang merupakan sejarah permulaan April Fool. Tidak ramai mengetahui akan hakikat ini dan amatlah menyedihkan apabila sehingga kini ada di kalangan umat Islam yang masih meraikan April Fool. Saki baki umat Islam Andalusia yang masih berada di kediaman masing-masing juga telah ditangkap, dirogol, diseksa, dikelar, dibakar, dikerat anggota badan, sehinggakan ibu yang mengandung juga turut dibelah perut mereka hidup-hidup dan dibiarkan mati bersama bayi yang dikandungnya. Peristiwa ini membuktikan bahawa jika umat Islam sudah kehilangan kuasa, maka mereka juga akan turut kehilangan segalanya dan pasti akan jadi lebih sukar untuk memperolehi kembali kuasa yang hilang itu.


Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Persoalannya, mengapa kita bersama meraikannya bersama mereka???

3 comments:

Anonymous April 1, 2009 at 6:06 PM  

salam.. lebih cantek kalau ada sumber2 rujukan kajian sejarah sebegini.. bukan ape.. akan jadi lebih kukuh untuk berhujah.. wallahualam

INTAN April 8, 2009 at 11:50 PM  

salam...

stuju ngan anonymous cz ana dapat tau yang cerita ini xde rujukn yang tepat..

cerita sekadar cerita...

wallahu 'alam...

خيرية بنت عبد الرحمن April 17, 2009 at 4:19 PM  

Salam..

Sekadar berkongsi maklumat..
Sekadar ingin membetulkan tanggapan yang diberikan
dan bukannya bermaksud apa-apa..
cerita yang hampir sama dengan apa yang diceritakan penulis..
Tetapi cerita ini diambil dari sumber yang sahih..dari sebuah buku bertajuk Sejarah Bani Umayyah di Andalus, yang menjadi bahan bacaan utama dalam subjek modul Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika Utara dan Andalus.

Perayaan April Fool's ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah Islam bertapak berkurun-kurun lama di Granada,Andalus. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Andalus terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.

Penduduk-penduduk Islam ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Andalus denagn selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu helah semata-mata telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya pada 1 APRIL, mereka mengambil semua barangan keperluan masing-masing lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah-rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar ketika mereka dalam perjalanan.

Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya termasuk perempuan dan anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Andalus (Sepanyol) tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan APRIL FOOL'S DAY tanpa menyedari peristiwa ini sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan berama-ramai saudara seagama mereka sendiri.

Penulis sengaja menceritakan sejarah ini agar Umat Islam seluruhnya dapat mengambil pengajaran. Sanggupkah kita merayakannya setelah mengetahui peristiwa di sebalik ini?..Fikir-fikirkanlah seketika.

Maaf jika ada yang terguris hati di atas apa yang disampaikan. Ana bukanlah seorang manusia yang sempurna namun menjadi tanggungjawab untuk memperbetulkan apa yang salah. Maaf jika terdapat kekurangan. Wallahua'lam..(Ahmat, 2003, hlmn: 86-87)

Dipetik dari,
Maruwiah Ahmat, 2003, Sejarah Bani Umayyah di Andalus, Karisma Publications Sdn. Bhd., Shah Alam.

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP