ANALISA IMAGINASI P RAMLEE DAN SENIMAN TERDAHULU : FANTASI YANG BERTUKAR REALITI
Analisa 1
Terdapat di kalangan masyarakat menggelar UMNO sebagai sarkas. Hari ini kata lain, esok buat lain. Pembohongan terang-terangan menyebabkan rakyat semakin muak dengan UMNO. Kesannya, PRU 12 menjadi buktinya. Media yang menjadi alat UMNO untuk terus berkuasa menyebabkan parti itu semakin hari semakin dibenci kerana menyerlahkan lagi pembohongan terang-terangan. Ditambah permasalahan politik wang, salah guna kuasa dan cantas-mencatas yang diakui oleh Perdana Menteri baru, UMNO masih berlakon seolah-olah parti itu semakin mantap. Memang lawak jika ramai yang meneliti dengan mata hati permainan dan lakonan mereka. Rupa-rupanya, P Ramlee lebih awal mengesannya.
Alif + Mim + Nun + Wau = UMNO (dibaca SARKIS oleh Sudin). Lawak sinis ini terbukti hari ini. Bukan fantasi tetapi realiti. Ditambah pula kenyataan Sudin dalam kisah itu, "ini sarkis dah jinak" seolah-olah ahli UMNO yang tidak mahu berubah sudah dijnakkan dengan wang atau habuan yang sedikit sedangkan pemimpin mereka makan berjuta-juta. Namun mereka tetap setia ditipu. Ajis pula terkejut degan memberi respon orang tua kerepot pergi sekolah? Sememangnya kajian membuktikan anak muda hari ini tidak mudah dijinakkan dengan sedikit kemewahan kerana mereka peka degan dibantu teknologi hari ini. Tetapi tidak semua orang tua tidak berubah, yang tinggal hanya yang sudah dijinakkan sahaja.
Analisa 2
Dalam filem Laksamana Do Re Mi pula, P Ramlee menceritakan perihal negara Pasir Dua Butir yang bertukar menjadi padang jarak padang tekukur sesudah dirempuh Menteri Fasola. Habis istana hancur. Yang tinggal hanya sepohon pokok yang dijadikan tempat pemerintahan dan persidangan. Hari ini, sejarah terlakar di Malaysia apabila YB Ir. Haji Nizar bersama exco-exco dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Perak terpaksa bersidang di bawah pokok apabila dewan tempat bersidang kebiasaannya dikunci oleh "Menteri Fasola moden". Lucu pun ada, geram pun ada.
Analisa 3
Hari ini rakyat hendak disongsangkan kefahaman oleh mereka yang hendak memperbodohkan rakyat. Apabila istilah "sembah derhaka" yang disampaikan oleh YB Ir. Haji Nizar dimanipulasi, sebilangan rakyat yang diperbodohkan menganggap ianya satu penderhakaan walhal ianya hanya bahasa adat istana bagi mereka yang beradab sopan. Bukan derhaka, tetapi sekadar bahasa adat istana. Rupa-rupanya, sudah lama seniman terdahulu memberi satu ilmu kepada mereka yang tidak tahu bahawa perkataan "sembah derhaka" adalah bahasa istana yang dituturkan oleh mereka yang menjaga tatasusila degan sultan. Lihat sahaja filem kisah pahlawan Hang Tuah berikut.....
Alhamdulillah, tidak semua tertipu dengan mainan kotor mereka. Hasilnya insan yang bergelar "derhaka" itu telah menang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini. bahkan dengan majoriti yang meningkat. Jelas membuktikan rakyat hari ini tidak mudah diperbodohkan. Lagi banyak provokasi dibuat, lagi bertambah rakyat muak. Buat lagi.....
Konklusi
Cukup sekadar 3 nanalisa. Penulis yakin, masih banyak pengajaran hari ini yang boleh diambil iktibar dari filem-filem terdahulu. Walaupun, tidak berwarna, tetapi tetap bermakna...
1 comments:
salam...
teringat TG Nik Abdul Aziz dalam ceramahnya bahawa UMNO ni akan musnah ngn wang juga akhirnya
Wang bukanlah segala2nya
Satu masa rakyat akan tau apa yang UMNO lakukan suma itu bohong belaka
Masa tu lah rakyat akan tolak segala perkara yang UMNO lakukan
Sekarang ni pun kita dapat lihat kepincangan UMNO
Tunggu masa sahaja.....
Oleh itu kita mesti kerja kuat menangkan pemerintahan Islam di Malaysia
Sekurang2nya pun mengembalikan keadilan yang dah lama ditinggalkan
Juga memberi kefahaman tantang Islam pada orang bukan Islam
Sesungguhnya kemenangan sudah di depan mata
Hanya kene melangkah sahaja
Apa lagi.....AyuhLah!
Post a Comment