Tuesday, March 3, 2009

MENGENALI AS-SYAHID DR. ABDULLAH AZAM

Terkenang lebih kurang 4 tahun dulu, penulis pernah diamanahkan menjadi salah seorang panelis dalam diskusi buku bertajuk “Merintis Khilafah Yang Hilang” yang menceritakan perihal seorang tokoh mujahid hebat yang masih kurang dikenali anak muda hari ini. Amanah sebagai panelis ketika itu menjadi batu loncatan untuk penulis mendalami dan mengenali siapakah As-Syahid Dr. Abdullah Azzam. MasyaAllah, setelah mendalami kisahnya, meremang bulu roma penulis. Kagum akan pemikiran, ketegasan, cita-cita besar dan pengorbanannya, penulis merajinkan jejari ini mencari kembali biografi As-Syahid untuk dikongsi bersama dengan pembaca. Setelah dicari dari beberapa penulisan dan sedikit tambahan dari penulis, semoga kita sama-sama dapat menghayati kisah beliau dan mendapat sedikit roh perjuangan dalam menegakkan Islam yang kita cintai ini.



Abdullah Azzam dilahirkan di sebuah kampung di Utara Palestin yang dikenali sebagai Selat al-Harithia di daerah Genine pada tahun 1941. Bapanya bernama Mustaffa yang meninggal dunia setahun selepas pembunuhan anaknya. Ibunya pula bernama Zakia Saleh yang meninggal dunia setahun sebelum Sheikh Abdullah Azzam dibunuh. Ibunya dikebumikan di kem Pabi.


Beliau dari keluarga yang baik latar-belakang keagamaannya. Keluarga beliau gembira mempunyai anak lelaki, Abdullah Yusuf Azzam, yang istimewa di kalangan kanak-kanak lain dan mula menyebarkan dakwah pada usia yang muda. Rakan-rakan beliau mengenali beliau sebagai seorang yang warak. Beliau menunjukkan tanda-tanda kecemerlangan pada usia muda. Guru-guru beliau melihat keistimewaan ini sejak beliau di bangku sekolah lagi. Beliau menyertai al-Ikhwan-ul-Muslimin sebelum mencapai usia baligh.


Sheikh Abdullah Azzam telah dikenali kerana ketabahan dan sifat beliau yang serius sejak beliau masih kecil lagi. Beliau menerima pendidikan awal peringkat sekolah rendah dan menengah di kampung beliau sebelum menyambung pelajaran beliau di Kolej Pertanian Khadorri sehingga ke peringkat Diploma. Walaupun beliau merupakan pelajar termuda di kalangan rakan-rakan beliau, beliau merupakan yang paling pandai dan bijak. Setelah menamatkan pengajian di Kolej Khadorri beliau bekerja sebagai seorang guru di sebuah kampung bernama Adder di Selatan Jordan. Kemudian beliau menyambung pengajian di Kolej Shariah di Universiti Damascus sehingga memperolehi Ijazah B.A. dalam Shariah pada 1966. Selepas pihak Yahudi menawan Tebing Barat pada tahun 1967, Sheikh Abdullah Azzam berhijrah ke Jordan, kerana beliau tidak mahu tinggal di bawah penjajahan Yahudi di Palestin. Pengalaman melihat kereta-kereta kebal Israel bergerak masuk ke Tebing Barat tanpa apa-apa tentangan meningkatkan azam beliau untuk berhijrah bagi mendapatkan kemahiran yang diperlukan untuk berperang.


Pada lewat 1960-an beliau menyertai Jihad menentang penjajahan Israel di Palestin dari Jordan. Pada ketika itu juga beliau menerima Ijazah Masters di dalam bidang Shariah dari Unversiti al-Azhar. Pada tahun 1970 sesudah Jihad terhenti kerana kekuatan PLO dipaksa keluar dari Jordan, beliau menjadi seorang pensyarah di Universiti Jordanian di Amman. Pada tahun 1971 beliau dianugerahkan biasiswa ke Universiti al-Azhar di Kaherah di mana beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran di dalam bidang Ussul al-Fiqh pada 1973. Ketika di Mesir beliau telah berkenalan dengan keluarga Syed Qutb.


Pada lewat 1960-an beliau menyertai Jihad menentang penjajahan Israel di Palestin dari Jordan. Pada ketika itu juga beliau menerima Ijazah Sarjana di dalam bidang Shariah dari Unversiti al-Azhar. Pada tahun 1970 sesudah Jihad terhenti kerana kekuatan PLO dipaksa keluar dari Jordan, beliau menjadi seorang pensyarah di Universiti of Jordan di Amman. Pada tahun 1971 beliau dianugerahkan biasiswa ke Universiti al-Azhar di Kaherah di mana beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran di dalam bidang Usul al-Fiqh pada 1973. Ketika di Mesir beliau telah berkenalan dengan keluarga Syed Qutb.


Sesudah kepulangannya ke Jordan beliau telah berhijrah ke Arab Saudi untuk berkhidmat sebagai pensyarah di salah sebuah universiti di sana. Beliau pernah menganggap Arab Saudi sebagai “peti sejuk” para pendakwah atau mujahidin kerana limpahan kekayaan dan kesenangan di sana boleh menyebabkan mereka gugur di medan dakwah sekiranya tidak ada kekuatan rohani yang tinggi. Pada tahun 1979 beliau meninggalkan universiti tersebut untuk berpindah ke Pakistan agar berada hampir dengan suasana Jihad di Afghanistan. Di sana juga beliau mengenali pemimpin-pemimpin Jihad. Semasa mula-mula tiba di Pakistan beliau telah dilantik sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa di Islamabad. Selepas beberapa ketika beliau mengambil keputusan untuk berhenti dari tugas mengajar di universiti untuk menumpukan keseluruhan masa dan tenaga beliau kepada usaha Jihad di Afghanistan.



Di antara usaha terbesar beliau di medan jihad Afghanistan ialah penyatuan pihak-pihak pejuang Afghanistan dari pelbagai latar belakang untuk menentang Russia. Orang-orang Afghan yang sememangnya dikenali dengan kekerasan dan perpecahan di kalangan mereka telah berjaya disatukan oleh Abdullah Azzam di bawah satu panji jihad. Sayangnya, selepas beliau syahid, dan selepas Afghanistan berjaya mencapai kemerdekaan dari penjajahan Russia, puak-puak pejuang Afghanistan kembali berpecah dan berperang sesama sendiri.



Beliau juga berjasa dalam menubuhkan briged jihad mujahidin Arab yang datang dari seluruh pelusuk dunia untuk bersama-sama dengan saudara Afghan mereka menentang Russia. Para mujahidin Arab ini telah dididik dan dilatih di kem mereka yang tersendiri. Di antara graduan dari kem tersebut ialah Usamah Ben Laden yang telah bertindak sebagai ketua para mujahidin Arab selepas kematian Abdullah Azzam. Kem ini kemudiannya dijadikan sebagai kem latihan para mujahidin dan pejuang Islam yang ingin berjuang di mana-mana bumi umat Islam yang meletusnya jihad. Sehinggalah ianya dimusnahkan oleh Amerika Syarikat sewaktu terletusnya perang Afghanistan 2001.


Yang pastinya, seperti yang telah disebutkan sebelum ini, nama beliau akan tetap dikenang sebagai orang yang bertanggung jawab menimbulkan semula kecintaan umat Islam di serata dunia terhadap fardhu jihad yang semakin dilupakan sebelum peperangan Afgahnistan.


Abdullah Azzam sangat banyak dipengaruhi oleh Jihad di Afghanistan dan Jihad di Afghanistan juga sangat banyak dipengaruhi oleh beliau sejak beliau menumpukan seluruh masa beliau untuk Jihad. Beliau menjadi seorang yang disegani di arena Jihad Afghanistan disamping para pemimpin Afghan sendiri. Beliau menumpahkan seluruh daya usaha untuk menyebarkan dan memahamkan Jihad di Afghanistan ke seluruh dunia, terutamanya melalui Ummah Islam. Beliau mengubah pandangan umat Islam tentang Jihad di Afghanistan dan menyedarkan bahawa Jihad adalah tuntutan Islam yang dipertanggung-jawabkab pada semua umat Islam di seluruh dunia. Berkat hasil usaha beliau, Allah menjadikan Jihad Afghan satu Jihad universal yang disertai oleh umat Islam dari serata pelosok dunia.


Jihad di Afghanistan telah menjadikan Abdullah Azzam tunggak pergerakan Jihad zaman ini. Melalui usaha beliau menyertai Jihad ini, menyebarkan dan memahamkan Jihad ini, membuang halangan-halangan pada Jihad ini, beliau berperanan penting dalam mengubah pemikiran umat Islam tentang Jihad dan keperluan Ummah ini pada Jihad. Beliau menjadi idola generasi muda yang menyahut seruan Jihad. Beliau sangat menghargai Jihad dan keperluan Ummah ini pada Jihad. Pernah beliau berkata, ‘Aku rasa seperti baru berusia 9 tahun, 7 setengah tahun di Jihad Afghan, 1 setengah tahun di Jihad Palestin dan tahun-tahun yang selebihnya tidak bernilai apa-apa.


Beliau juga melatih keluarga beliau dengan kefahaman dan semangat yang sama. Isteri beliau contohnya, terlibat dengan penjagaan anak-anak yatim dan lain-lain kerja kebajikan di Afghanistan. Beliau sendiri menolak jawatan pensyarah dari beberapa buah universiti sambil berikrar bahawa beliau tidak akan meninggalkan Jihad sehingga beliau gugur Shahid. Beliau juga selalu mengatakan bahawa matlamat utama beliau adalah untuk membebaskan Palestin. Tentu sekali komitmen yang sebegitu tinggi pada Islam menimbulkan keresahan di kalangan musuh-musuh agama ini. Mereka bersekongkol untuk membunuh beliau. Pada tahun 1989, sebuah periuk-api anti kereta-kebal diletakkan di bawah mimbar yang beliau gunakan untuk menyampaikan khutbah Jumaat. Bahan letupan tersebut adalah sangat merbahaya dan sekira meletup akan memusnahkan masjid tersebut bersama-sama dengan segala-gala benda dan para jemaah di dalamnya. Tetapi dengan perlindungan Allah, periuk-api tersebut tidak meletup dan ratusan orang Islam terselamat.


Musuh-musuh Islam ini terus berusaha; Pada hari Jumaat, 24 November 1989 di Peshawar, Pakistan, mereka telah menanam tiga buah bom di sebatang jalan yang sempit. Beliau meletak kereta di kedudukan bom pertama dan kemudian berjalan ke masjid untuk bersolat Jumaat. Beliau telah dibunuh bersama-sama dengan dua orang anak lelakinya, Muhammad dan Ibrahim, beserta dengan anak lelaki al-marhum Sheikh Tamim Adnani (seorang lagi perwira di Afghan) dengan 20kg TNT (Dinamit) yang diletupkan dengan alat kawalan jauh. Selepas letupan yang kuat itu itu orang ramai keluar beramai-ramai dari masjid dan kelihatanlah satu keadaan yang mengerikan. Hanya bahagian kecil dari kereta tersebut yang kelihatan. Anak beliau, Ibrahim, melambung 100 meter; begitu juga dengan dua orang anak-anak lagi. Cebisan mayat mereka berteraburan di atas pokok-pokok dan wayar-wayar elektrik. Sheikh Abdullah Azzam pula, tubuh beliau dijumpai bersandar pada sebuah tembok, dalam keadaan sempurna dan tiada luka atau kecederaan walau sedikitpun melainkan sedikit darah yang mengalir dari bibir beliau. Begitulah tamatnya kehidupan seorang Mujahid di dunia ini dan insha-Allah menyambung pula kehidupannya di sisi Allah. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Shuhada Pabi di mana beliau menyertai ribuan para Shuhada.


Antara buku-buku yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah:Ayaturrahman Fi Jihadil Afghan, Ad-Difa' 'An Aradhil Muslimin min Ahammi Furudhul A'yan. Setelah beliau syahid, Maktab Khidmat Al-Mujahiddin mengumpulkan pelbagai ceramah beliau kemudian dijadikan buku yang mencapai 50 judul, di antaranya Siri Tarbiyyah Jihadiyyah (15 Jilid), Hijrah dan I'dad (3 Jilid)



4 comments:

cahaya_solehah March 30, 2009 at 9:52 AM  

juz nak timbulkan satu persoalan..
sebelum ni yang ana pernah tengok gambar dr abdullah azam ni, sebelah kaki dia dah putus swaktu beliau masih hidup...

tapi dalam kisah di atas, dia syahid dalam keadaan tubuh badan yg sempurna..

mana satu yg betul?

MOHD IDRIS April 2, 2009 at 12:42 PM  

syukran. setakat yg ana dapat maklumat mcm diceritakan. Setakat ni belum pernah dengar kisah kakinya putus. bleh bagi sumber n maklumat tersebut? nak kaji gak dengan lebih mendalam cerita as-syahid. syukran

Unknown March 12, 2015 at 12:23 PM  

Benarkah kata-kata ini dari syeikh abdullah azzam..."jika ingin memerdekakan satu negara..sediakan 10 peluru..9 kepada pengkianat dan 1 kepada musuh.................." mohon penjelasan dr penulis...

Unknown March 12, 2015 at 12:23 PM  

Benarkah kata-kata ini dari syeikh abdullah azzam..."jika ingin memerdekakan satu negara..sediakan 10 peluru..9 kepada pengkianat dan 1 kepada musuh.................." mohon penjelasan dr penulis...

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP