Friday, February 20, 2009

BERSAMA PIMPINAN KAMMI, MENCORAK IDEALISME MAHASISWA...











"Idris, Abang Rijal dari Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI) ada di sekitar sini sampai Khamis ni. Anta ambil kesempatan pergi jumpa dia", pesan Abang Zul kepadaa penulis Selasa malam yang lalu. "Wah, ini peluang yang tidak boleh ku lepaskan untuk tambah pengalaman," fikir penulis. Memang penulis berminat mendengar cerita-cerita dari sahabat-sahabat mahasiswa dari Indonesia. Jika dulu-dulu, penulis berminat menonton filem-filem pendekar dan silat dari Indonesia yang dibintangi Dicky Zulkarnain dan Barry Prima serta pidato dari K.H. Zainuddin MZ, kini penulis lebih berminat ingin menimba idealisme mahasiswa Islam dari sana.


Maka, pagi semalam penulis bersama dengan Faiz (setiausaha ISIUKM) berjumpa dengan dua sahabat dari KAMMI iaitu al-akh Rijalul Imam yang merupakan Ketua Umum 5 KAMMI serta seorang pengiringnya al-akh Mohan. MasyaAllah, walaupun baru berkenalan, kemesraan mereka seolah-olah sudah lama berkenalan. Saat ini penulis rasakan inilah roh saudara seaqidah dan seperjuangan meresap masuk dalam diri kerdil ini.

Faiz, Mohan, Rijal dan penulis

Dengan beberapa diskusi tersebut, banyak input yang dapat penulis perolehi. "KAMMI mempersiapkan generasi kepimpinan akan datang", jelas al-akh Mohan. Mereka sememangnya berjiwa besar. Dari sejarah yang mereka ceritakan penulis dapat melihat betapa besarnya kuasa mahasiswa di sana. Kewujudan Partai Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia adalah hasil ideal KAMMI yang melihat kepada keperluan masyarakat di Indonesia.

Al-akh Rijal berpesan supaya mahasiswa Islam pada hari ini menguasai Fiqh Dakwah kerana ianya sangat penting bagi ahli gerakan Islam. Kebijaksanaan mahasiswa dalam mencari peluang sangat penting. Idealisme mahasiswa harus lebih luas. Dari apa yang mereka jelaskan, kaderisasi KAMMI sudah bersedia untuk menjadi pemimipin alternatif kepada masyarakat.


Al-akh Mohan menjelaskan beberapa marhalah tarbiyyah KAMMI yang begitu unik pada pandangan penulis. Sememangnya mereka dilatih untuk memimpin. Sejak awal mereka sudah dilatih berdikari. Dari sudut pentarbiyahan, KAMMI menekankan 3 aspek utama iaitu dari sudut pembinaan Fikriyyah, Jasadiyyah dan 'Ubudiyyah.

Dengan jiwa yang besar, sebelum berpisah pagi itu, al-akh Mohan berpesan kepada kami, "semoga kita akan bertemu pada masa akan datang dalam keadaan kita menjadi pemimpin negara dan mewujudkan hubungan diplomatik dua negara". Pertemuan hari itu sungguh unik bagi penulis. Semoga pertemuan ini memberi sedikit sebanyak semangat juang, motivasi dan meluaskan ruang lingkup pemikiran penulis. Masih banyak input yang tidak penulis coretkan di sini hasil pertemuan tersebut. Namun ianya akan terpatri di sanubari InsyaALLAH...

1 comments:

hafizquran February 22, 2009 at 4:48 PM  

salam naqib,
mntak maaf banyak2 sebab xsempat bagi gambar2 masa pjumpaan ngan KAMMI ni. ana on d way ke KL masa tu, ade interview JAWI. sebab masa sntuk nak solat jumaat, so xsempat nk singgah kat pusanika tu. mntak maaf bebanyak ye.
apepun..syabas n slmt maju jaya..
p/s : gmbar2 tu masih ade ngan ana..nt kalau nak bagitau la.xpun dtg jela kite lunch sama2 lagi..:)

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP