Monday, January 5, 2009

Sabar : Berjayanya Manipulasi Orientalis...




“Tak apa. Kita sebagai umat Islam kena sabar. Kita berdoa je”.


Masih kedengaran kata-kata sedimikian di kalangan umat Islam tatkala berlaku beberapa isu. Dalam situasi umat Islam pada hari ini diratah oleh peluru-peluru Zionis, masih terdapat muslim yang masih menggunakan ayat-ayat sebegini dan hidup dalam kesenangan. Sabar yang diajarkan dalam Islam begitu mudah didifinesikan mengikut kehendak diri. Maka berjayalah golongan orientalis memanipulasi perkataan ”sabar” ke dalam hidup umat Islam. Mereka mendodoikan umat Islam agar ”sabar” dalam segala-galanya sehingga kita menjadi lesu tiada upaya.


Jangan Marah....???


Maka dibacakanlah ayat-ayat al-Quran berkaitan betapa Allah s.w.t. sukakan mereka yang sabar. Ditambah pula dengan hadis riwayat Abu Hurairah :


”Bukanlah mereka yang kuat itu mereka yang kuat bergusti, sesungguhnya mereka yang kuat itu adalah mereka yang dapat mengawal diri ketika marah”. (hadis)


Kita tidak sekali-kali menafikan ayat-ayat al-Quran serta hadis di atas, akan tetapi, yang perlu difahami bahawa kalimah ”tidak boleh” marah dan ”mengawal” marah adalah dua perkara yang berbeza. Perlunya marah pada beberapa tempat. Apakah dalam peperangan, tatkala musuh menyerang kita hanya perlu ”bersabar” membiarkan mereka melanyak dan tidak terus melawan?


Batas-batas Yang Dilupakan...


”Sabar-sabar juga, ni dah kira menghina keluarga aku!!!”


Maka lengan baju mula disinting untuk bergaduh apabila keluarga, ibu dan ayah dihina. Hairan, boleh pula marahnya ketika saudara terdekat dihina? Tetapi mengapa tatkala Rasulullah dihina, Islam dicerca, umat Islam seluruh dunia diperguna kita membataskan marah kita? Sabarlah menjadi penghalangnya? Kita melabelkan demonstrator-demonstrator sebagai orang yang tidak sabar, emosi, tidak ada iman dan sebagainya dalam keadaan kita sedang duduk diam seribu bahasa. Sekurang-kurangnya mereka luahkan perasaan mereka. Kita bagaimana? Hanya menjadi pengkritik bawahan yang kononnya hebat segala-galanya. Idealistik dan profesionallah kononnya.



Bersama Rasainya...


“Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum muslimin, dia bukanlah di kalangan mereka”...(hadis)


Bangkitlah saudaraku! Sakit saudara kita di Palestin adalah sakit kita. Susahnya hidup mereka perlu dirasai bersama. Buatlah apa yang kita termampu semaksima mungkin demi ukhwah Islam yang terbina.


Tatkala awal surah Rum yang menceritakan kekalahan Rum di tangan Parsi diturunkan, Rasulullah s.a.w. bersedih dan para sahabat menangis walaupun mereka mungkin tidak ada ikatan persaudaraan yang rapat. Namun ikatan keimanan kepada Allah s.w.t. menghubungkan mereka.


Walaupun kita tidak pernah berjumpa dengan saudara-saudara kita di Palestin, namun marilah kita rasai penderitaan mereka bersama. Janganlah kalimah ”sabar” menghalang kita. Sayang kita kepada mereka kerana Aqidah yang satu. Cukuplah kita ditipu orientalis yang mahu melemah dan melalaikan kita...



0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP