Thursday, February 18, 2010

SAYA DILANGKAHI KALI KE-2... (TAHNIAH SYAFIQ)


Syafiq dan Aisyah


Tanggal 14 Februari baru-baru ini, saya tidak sempat bersama dalam majlis perkahwinan anak usrah saya, Syafiq. Maka, sudah dua orang anak usrah saya yang sudah mendirikan rumah tangga setelah Izwan mendahului beberapa tahun lepas. Agak terkilan kerana saya tidak dapat hadir ke majlis kedua-dua mereka kerana urusan yang bertembung dengan hari kejadian.











Izwan mendahului............ Syafiq mengekori Izwan...

Apapun, saya doakan yang terbaik kepada mereka semoga berbahagia dunia akhirat serta meneruskan perjuangan yang belum selesai. Sekalung tahniah saya ucapkan. Banyak pengalaman bersama mereka yang tidak dapat saya lupakan.













Saya sedang menantikan, siapa pula selepas ini. Mungkin majlis di kejauhan? Syakir? Ruzaimy? Acap? Sahril (walau sekarang sibuk sebagai MPP)? Tak mustahil juga Hafizan...... Atau Usrah Gegar pula yang akan melangkahinya? Khalil dulu kot? Ihsan? Shahrul? Hasyrul? Mungkin juga Hayyi? Yusran? Tak pelik juga kalau Azan si adik bongsu yang lebih awal....













Tapi saya juga tidak terkejut kalau tiba-tiba Nazri (bekas anak usrah, sekarang bos saya. Saya hanya khadamnya...) yang lebih awal menghantar kad kepada saya. Saya tidak kisah, saya sudah biasa dilangkahi..... Saya tetap doakan kalian diberi yang terbaik ALLAH... Yang penting, agenda perjuangan tidak ditinggalkan...



Jangan marah bos.... : )

17 comments:

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid February 18, 2010 at 12:45 PM  

bos paling awal..
pastu khalil..
pastu ihsan..
pastu abg deris..
ana x kawin..=)

lailafillah February 18, 2010 at 2:06 PM  

salam.moge dipertemukan jodoh lebih awal agar tidak dilangkahi lagi..insyaAllah

hasanhusaini February 18, 2010 at 3:45 PM  

Ana akan pastikan Abd Deris lagi awal dari ana...
tp, ana tertarik dengan ayat,

'Tak pelik juga kalau Azan si adik bongsu yang lebih awal'

Pijan, sembang je tu..pasni sampai kad walimah..he

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid February 18, 2010 at 5:31 PM  

uish..
x caya kt ana..
kita tgk kad sape sampai dulu..
konfem bos ana..;p

Mohd Nazri February 18, 2010 at 6:08 PM  

sekadar makluman..ana x terlibat dalam perbincangan ini..harap maklum..mungkin pijan sbnarnya nak kita sebut yang dia akan gerak dulu atau us idris sbnarnya nak bg hint yang dia akan gerak dulu??takkan kita tak kenal naqib sorang kita ni??:D

Fakhrul Hayyi February 18, 2010 at 7:04 PM  

Ya salam....ana hanya menunggu,menanti sape plak lps ni..yg pasti tnggu abg deris dlu!
(",)

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid February 18, 2010 at 7:24 PM  

sape pn yg dulu..
yg penting, agenda perjuangan wajib diteruskan!

Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, February 18, 2010 at 7:28 PM  

betul pijan.anta nampak juga matlamat utamanya dari trus komen2 ni dilaqhokan.... : )

shakirshafiee February 18, 2010 at 8:27 PM  

Jangan lupe.. Ade lagi seorang coming soon.. mesti semua terkejut gak pasni..

"Anak usrah didahulukan, naqib juga tak dilupakan"

Dilangkahi tak bererti bendul tapi membina empayar untuk belajar membendul.. haha

Anonymous February 18, 2010 at 9:56 PM  

Aiwah..seronok benor bunyi perbincagan ni...suma pakat dok kata kat org len no...yang pastinya suma akan kawin..!! ha. Azan pun sama...tak lama jugak..opss !! terlepas cakap...afwan ya albi..

Che Mohd Nur Yusran Bin Che Mohd Norodi February 18, 2010 at 10:25 PM  

ana nak masuk kategori mana ye?
melangkah ke..
dilangkah ke..
erm..ape pun, ana rasa naqib ana xkisah pun kalo dilangkahi lg kan..

adeq February 19, 2010 at 1:36 PM  

salam..
amboyh sakan betul cakap tentang nikah..
apapun luruskan kembali niat bimbang jika dipimpin syaitan..Nikah itu bukan untuk dipersoalkan tp untuk dilaksanakan..

moga pernikahan yang seterusnya dapat menjadi pengikat hati menuju cinta Ilahi juga dalam meneruskan langkah ini..

untuk bakal zujah diluar moga terus menjaga diri anda.. =)

Mohd Azhar Zakaria February 21, 2010 at 2:19 PM  

Nak menyampuk gak...

Semua dah sedia ke???
Diri dah cukup matang utk jadi pengemudi bahtera? duit? pendapatan? kenderaan? rumah? dari sudut realiti, ni benda2 yang orang lelaki kena prepared..

kalau dah, elok dicepatkan utk proceed ke maratib amal yang seterusnya...terutamanya abang deris...hehe

Muslimah February 21, 2010 at 3:28 PM  

siapa dulu tidak menjadi persoalan.. yang penting bila tiba saat itu anda sudah siap untuk menerimanya..mencari sesuatu yang baik itu memang sukar..

Rais February 21, 2010 at 4:00 PM  

Sebenarnya urusan jodoh itu telah selesai Allah siapkan bahkan sebelum kita lahir ke dunia ini.

Jadi, berikhtiarlah dengan mengubah energi cinta daripada ingin memiliki menjadi ingin memberi, daripada mencari mejadi mempersiapkan diri.

Bukankah perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik? Begitu pula sebaliknya (al-Nur: 26).

Sesungguhnya tidak ada noktah akhir untuk menjadi seorang hamba yang baik di sisi Allah.

Orang yang belum menikah menunggu akad umpama orang berpuasa yang menunggu azan maghrib. So, sambil-sambil tunggu azan maghrib tu, buat la hal-hal yang berfaedah! Ok! :)

Anonymous February 22, 2010 at 4:50 PM  

sume geng2 DQ je comment.. kawin la abg deris ooi.. ramai yg tgh menanti tu.

Anonymous March 12, 2010 at 6:23 PM  
This comment has been removed by a blog administrator.

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP