Monday, November 9, 2009

SAYA MEMBUAT PROVOKASI KERANA...


"Anta ni Pijan, kenapa lemah sangat? Ana rasa soalan yang ditanya malam tu tidak terlalu sukar untuk anta bahaskan.Bila ana tambah sikit je, anta terus lemah semangat, terus berhenti berhujah dan terus duduk. Kecewa ana," saya meluahkan perasaan saya kepada adik usrah saya itu dalam perjalanan pulang kami dari kuliah subuh di Labu, Negeri Sembilan.

"Abang tu, provok lebih sangat. Tension ana," jawapan ringkas Hafizan sambil terkebil-kebil matanya menahan mengantuk sambil memandu. Mana tidaknya, naqibnya ini "menzalimi" dirinya semalam. Memandu lebih 100 km dari Bangi ke Darul Quran untuk berforum. Pukul 12 tengah malam teruskan perjalanan pula kira-kira 140 km untuk ke Labu Negeri Sembilan. Saya membiarkan Hafizan memandu sedangkan saya hanya tidur. Kami hanya tidur di jalanan. Saya tambah bersimpati apabila Hafizan meneruskan ceritanya, beberapa kali hampir kemalangan kerana terlelap malam itu. Saya tidak tahu apa-apa kerana sekadar tenang tidur di kerusi hadapan. Luahan Hafizan tadi menyebabkan saya berfikir panjang. "Teruk sangatkah aku membuat provokasi kepada dia dan sahabat-sahabat lain?". Lalu, saya terkenang nostalgia-nostalgia silam....

Nostalgia

Ramai yang telah menjadi mangsa "kezaliman" tindakan provokatif saya termasuklah pimpinan yang bersama saya, sahabat-sahabat seusrah, peserta program dan lain. Pernah saya melayan adik-adik usrah saya dengan lemah lembut. Tetapi banyak juga yang saya berkasar. Sama ada tindakan, lisan atau soalan. Saya berpandangan, marhalah tarbiyyah itu wajib berubah dan bukan statik. Maka metodologi setiap marhalah juga perlu berubah.

Saya masih ingat nostalgia saya menengking adik-adik usrah saya sehingga menangis. Saya bangkitkan beberapa tindakannya yang saya rasa tidak sesuai. Ada yang saya sengaja tokok tambah untuk "memanaskan" keadaan. Saya kira inilah yang menyebabkan saya sangat dibenci ketika itu. Kebencian ketika itu mungkin menyebabkan seorang adik usrah saya sudah tidak boleh memandang wajah saya. Meraung, menangis sehingga tidak mampu bangun lagi. "Ana down sangat. Ana dah tak yakin pada diri ana. Ana tahu, ana hina! Tak layak berusrah dengan abang!", luah adik saya itu sambil menangis teresak-esak. Saya sengaja menunjukkan reaksi yang tidak bersimpati kepadaanya. "Biarkan sebentar dia melayan air matanya, saya nak tengok dia dengan hidup baru esok", bisik hati saya sambil dalam keadaan optimis. Maafkan saya, saya rela dibenci.

Ada adik seperjuangan saya yang kini sudah menjadi mahasiswa di UIAM Kuantan. Saya suka sengaja berbeza pandangan dengannya. Cetuskan soalan kontrovesi dengannya. Saya suka sikapnya yang "gilakan" membaca dan belajar. Dia juga antara mangsa soalan provokatif saya. Tidak kira sama ada bila bertemu, YM dan sebagainya. Apabila dia keluarkan pandangan dari soalan saya, saya akan keluarkan pandangan kontra dengannya walaupun sebenarnya pendirian saya adalah sama sebenarnya. Saya sebenarnya kagum dengan pengetahuannya. Namun, saya rasa rugi kalau orang sebegini tidak diasah agar menjadi manusia hebat satu hari nanti.

"Ana rasa soalan macam ni ana tak jawab pun tak apa. Sebagai pimpinan, anta/ti pun boleh buat keputusan sendiri. Takkan semua benda nak kena tanya ana?" pernah saya timbulkan soalan kembali kepada beberapa pimpinan persatuan saya apabila dibangkitkan soalan yang remeh temeh pada pandangan saya. Ayat saya mungkin pedas, saya harap sahabat-sahabat dapat maafkan keterlanjuran saya. Namun, pandangan saya, sebagai pimpinan, ada beberapa perkara yang perlu kepada "ijtihad-ijtihad" kecil yang boleh dibuat walaupun bukan seorang presiden atau yang dipertua. Saya hanya tidak mahu melihat pimpinan saya malas berfikir.

"Ana tak pernah menikmati kemanisan usrah", luah Nazri kepada saya dan sahabat-sahabat sambil menceritakan kisah hidupnya sejak di sekolah dan Darul Quran. "Anta mungkin bernasib malang "terpaksa" bersama usrah ana ketika ini. Ana tidak akan melayan anta macam marhalah "ta'rif". Tidak akan "dibelai" tapi mungkin "dipukul". Maafkan ana," itu sahaja yang mampu saya jawab. Saya selalu mengingatkan beberapa ahli usrah saya perkara tersebut. Bagi saya, beberapa ahli usrah saya agak sudah lewat untuk "dibelai". Bagi saya, pada marhalah awal mungkin setiap soalan yang ditanya perlu dijawab dengan jawapan berbentuk ayat penyata. Namun, pada marhalah berikutnya, mungkin soalan akan dijawab dalam bentuk soalan. Saya mohon maaf, jika tindakan sedemikian menyebabkan ada yang tidak senang berusrah dengan saya.

Ramai menjadi mangsa "kezaliman" saya. Ada kalanya saya akan menyampuk pembentangan dan perbincangan dengan soalan-soalan provokasi apabila saya kurang berpuas hati dengan hujah dan pandangan. Ada yang semakin rancak setelah disoal dan ada yang hilang ideal apabila disanggah. Bagi saya, tidak mengapa. Ini proses latihan. Latihan agar lebih bersedia pada masa akan datang dan latihan keyakinan.

Saya bukan ingin membalas dendam. Tetapi saya rasakan elemen provokasi releven untuk kaderisasi yang lebih berkualiti. Saya berterima kasih kepada para guru yang berjiwa murabbi serta senior-senior yang banyak melemparkan elemen provokatif kepada saya satu ketika dahulu. Jasa mereka sedikit sebanyak membantu saya meneruskan perjuangan yang masih jauh ini.

Edward De Bono dan pemikiran lateral

Saya sempat menelaah pandangan Edward De Bono dalam melatih pemikiran lateral.Saya melihat, kaderisasi masa hadapan penting untuk memiliki pemikiran lateral ini. Minda akan semakin kuat, ligat, lasak dan kreatif. Pemikiran Lateral inilah yang akan mencambahkan idea-idea baru dalam gerakan dan menyuburkan metodologi yang pelbagai dalam mencapai matlamat. Saya lihat, minda perlu diasak agar tidak malas dan banyak beralasan. Dua penyakit ini iaitu "malas dan banyak alasan" semakin membarah di kalangan anak muda.

Salah satu teknik pemikiran lateral ialah "provokasi". Edward De Bono telah mencipta satu perkataan yang baru yang disebut PO.Perkataan ini bermakna “apa yang mengikuti selepas ini adalah provokasi semata-mata”.Ayat provokasi mengandungi idea-idea provokatif. Fungsi idea-idea itu ialah sebagai batu loncatan yang digunakan oleh minda supaya kita dapat melompat keluar daripada pola-pola rutin. Setelah kita membina idea provokasi, kita akan menggunakan operasi “mengerakkan” untuk membawa idea tersebut ke hadapan.Edward De Bono mengemukakan lima sumber provokasi iaitu provokasi tidak sengaja, penyongsangan, lari,angan-angan kosong dan gila-gila.

Saya hanya mahu menjadi "helang palsu"

Sebelum ini saya pernah membawakan perbandingan yang dibuat oleh Badiuzzaman Said Nursi : Ketika pipit terbang di langit, helang adalah pemangsa. Pipit semakin kuat, kreatif dan bijak kerana adanya helang yang sentiasa mahu menyerang.

Bagi menjawab soalan persoalan yang menjadi topik artikel ini, ingin saya jelaskan, saya hanya mahu menjadi "helang palsu" semata-mata. Bukan helang yang ingin menjadikan pipit sebagai makanan, akan tetapi "helang" yang ingin melihat "pipit-pipit" yang lebih baik darinya. "pipit" yang kuat, kreatif, bijak dan sebagainya. Saya sedia infaqkan diri saya sebagai "helang palsu" yang rela dibenci, asalkan "pipit-pipit" semakin kuat.

Artikel ini sekadar penjelasan tindakan saya yang mungkin boleh mencetus ketidak senangan di hati beberapa sahabat-sahabat saya. Saya yakin, pasti ada salah silap dan keterlanjuran. Saya mohon maaf jika ada keterlanjuran dalam proses ingin menjadi "helang" ini.

15 comments:

Anonymous November 9, 2009 at 12:54 PM  

semua kondusi manusia ni x sama..mngkin kdng2 provokasi yng dibuat,x kene tempat dan mematahkan semangat seseorang yng mungkin baru nak mula berkata2 dan baru mula nak mengasah dalam pemikiran..tapi ada masanya perlunye provokasi bg seseorng agar tak sentiasa berada di tahap yng lama...jadinye x slah erti provokasi ni jika kene pada tempat nyer..x semua manusia samakan....:)
-insan y lmah dlm b'kata2-

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid November 9, 2009 at 1:37 PM  

salam juang..
drive tu baru ckit, biasala tu..
insya Allah lpas ni akan lebih bersedia untuk diprovok..
mohon tunjuk ajar dr abang..(",)

Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, November 9, 2009 at 2:16 PM  

ano :

jazakallah atas peringatan

Anonymous November 9, 2009 at 2:23 PM  

Sebetulnya itu adalah provokasi atau sememang sikap anta yang punyai mulut laser?ingin menutup kelemahan dengan alasan.hm.seorang muslim adalah yang mana selamat muslim yang lain dari MULUT dan perbuatannya.banyak lagi cara nak tarbiyyah.bkn provok je.kalau muhasabah.70% provokasi digunakan. asal orang nak cakap je,anta pancung.seolah2nya anta je betul.macamtu?MAAF BERSIKAP JUJUR.ini pandangan dari seorang sahahabat.cubalah cari alternatif lain pula.jangan sampai orang meluat dengan helang pula.hm . bilhikmah tu x semestinya dengan cara yang kasar.yang penting kita niat untuk mentarbiyyah madu' menjadi insan...bukan lahirkan helang2 yang palsu mcm anta.ATTABI' HUWA ASYADDU MINAL MABU'I.fikir2kan idris.

Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, November 9, 2009 at 2:50 PM  

ano : mungkin itu juga perlu saya muhasabahkan. jazakallah...

Anonymous November 9, 2009 at 3:08 PM  

helang boleh tapi jgn sampai HILANG ape yg nak dicapai

jagung November 9, 2009 at 4:35 PM  

biasalah tu rasa tidak senang, sakit hati, gila sebentar..
(sebab itu perasaan orang normal).

Kan pelik..orang provok..boleh buat tidak kisah..

Teruska provok...sebab anda tahu apa anda buat

Mohd Arif b. Misrol November 9, 2009 at 5:39 PM  

bhhaaai bagus tu...

dalam harakah, boleh jadi kena ada juga 'tradisi mencabar'. nak jadi pemimpin bukan setakat yesman saja. nampak gaya kena ada penawar terhadap keracunan pil wala' nih

lama-lama akan nampak...insya Allah

hasanhusaini November 9, 2009 at 7:06 PM  

nothing to say...tp sy tahu apakah dia kebaikan provokasi...sy jg pernah merasai..dan pastinya ia baik ( sangat baik ) meski kekadang tak suka dan benci diprovok...provokasi dalam bahasa kaunseling@motovasi dipanggil sebagai booster...

Huda Afiqah Hashim November 10, 2009 at 9:32 AM  

salam kembara.nak mncelah...
nak tulis inggeris ea.he... latihan.

this comment is more to repeatation. i agree with ano1,provocation is necessary but the important thing is that it is on the right time,at the right place. truly,people can feel down if it is not on the right time. it used happen to me and i'm feeling it till now, lack of self-confident. it has big affect to our personality development, you know. :-) i know that man and woman are different. usually, woman is soft-hearted than man does. but, they share one common thing, they're human being granted with feeling.

as for the person who is being provoked,try to take it positive ya!

personally, i like provocation too because it triggers critical thinking.
a remembrance for me>>>on the right time,at the right place. :-)


sekadar perkongsian pendapat.
salam kembara.

KurangBaik November 10, 2009 at 8:34 PM  

Hmm...ayam banyak jenis ayam. Masakan berasaskan ayam pun berjenis2. Ada masak padprik, ada masak merah, ada masak kicap, ada masak kari dan sebagainya...
...ayam masak merah tak boleh taruk kicap ;p

Saya personally suka provokasi. Tapi biarlah kena tempat dan gaya. Kalau sampai kawan dah nangis2 dan lemah semangat, pada pendapat saya, manhaj itu perlu diselidik kembali.

Provokasi itu sendiri pun banyak cara untuk mengetengahkannya. Tak perlu marah2, tak perlu tengking2, tak perlu perli2...

Pada saya, cukup sekadar bertanya dan bertanya, mempersoalkan dari banyak sudut, cuba menjadi pihak yang berlawanan...moga2 matlamat dapat dicapai dengan cara yang lebih baik...

p/s: Sekadar memberi pendapat.

-Kakak yang kagum dengan semangat adik2 ;)

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz November 11, 2009 at 5:40 AM  

sudah lama rasanya xdiprovoke oleh nta...hmmm

halim November 11, 2009 at 8:14 AM  

salam..pekehal enta idris??hahah..jht la, tp jht untuk kbaikan.hehe..anyway, yup.ana pn blajr edward d bno 2.kn sbjek fpend.ad btolnyer provkasi adlh slah stu mnhaj tarbiyah..so, pd y tkena knalah matang dlm bfkir.apbla d provok, akuilah pd diri sdri" aku msih lemah ya Allah".jdkan ia sbg mtvasi untk mnjd lbh baik....
so,pd b.pipt, provokasi helang hnya nk mematgkan pipt..sma2 kita renungkan sikap helang palsu n pipit ini pd TGNA n TGHH dlm mematgkan parti...
" KDG2 ALLAH SMBUNYIKAN MATAHRI, DIA DTGKAN PETIR N KILAT, KITA TTNYA2 KE MNA HLGNYER MTHARI..RUPA2NYER ALLAH NK HADIAHKAN KITA PELANGI"..

Unknown November 11, 2009 at 12:29 PM  

salam alaik ustaz... selama mana kita masih sedar apa yang kita buat dan apa yang kita nak capai,,, teruskan... artikel penerangan ini sudah terlalu / cukup 'baik' untuk diterangkan kepada umum.. :) kadang-kadang dalam tk sedar ada yang mendapat sesuatu dalam 'kebencian' terhadap sang helang... hikmah itu tersembunyi... mohon tunjuk ajar... :)

Anonymous March 23, 2010 at 3:04 PM  

salam, minta izin copy link untuk perkongsian dengan sahabat2 udm

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP