Friday, October 30, 2009

IMAGINASI SAYA SEKARANG...




"Kita kena ingat, kita study bukan semata-mata kerana exam, tapi kerana ilmu yg kita nak pelajari demi redha Allah s.w.t."

Haris memulakan pengisian usrah selepas solat Jumaat tadi sambil berkongsi pengalaman kehilangan 2 telefon bimbit kesayangannya kepada sahabat-sahabat tadi. Sengaja saya rapati dan bersama dalam kumpulan usrah sahabat-sahabat saya dari Fakulti Kejuruteraan selepas solat sunat tadi. Alhamdulillah, kagum saya melihat mereka yang masih komited dalam usrah walaupun masih sibuk di musim peperiksaan ini.

Saya suka bersahabat dengan mereka kerana pada pandangan saya, cabaran bidang mereka menyebabkan mereka semakin kuat. Sebab itu saya menyatakan pandangan saya dalam usrah tadi bahawa, beza mereka yang belajar dalam bidang yang kritikal dengan bidang-bidang lain yang mungkin lebih mudah ialah pemikiran mereka juga semakin cepat matang dan kritikal. Saya kira, mereka adalah aset penting untuk Islam.

Lalu saya bawakan contoh perbandingan yang saya perolehi daripada Ustaz Ali Turk (tokoh yang saya ceritakan dalam post "Belajar Dari Turki"). Beliau menceritakan perbandingan yang dibuat oleh Badiuzzaman Said Nursi : Ketika pipit terbang di langit, helang adalah pemangsa. Pipit semakin kuat, kreatif dan bijak kerana adanya helang yang sentiasa mahu menyerang. Cabaran mematangkan kita. Maka, saya simpulkan di sini, begitulah ibarat mereka yang menghadapi cabaran, sama ada dalam pelajaran dan kehidupan, mereka mampu menjadi "pipit" yang hebat.

Sains dan Islam?



"Kamu tahu, antara pakar yang menemui Alkohol ialah Jabir Ibnu Hayyan, pakar kimia Islam? Mungkin namanya disembunyikan, tapi itulah realiti".

Prof. Dr. Yussof Othman menjelaskan kepada saya, Faiz dan Nazri beberapa bulan lepas sambil menceritakan kisah hidupnya bersama rakan-rakannya dari Barat berkaitan alkohol dalam makanan. Pertemuan yang kami adakan ketika itu membangkitkan semangat saya dan rakan-rakan untuk mengkaji Tamadun Keilmuan Islam yang telah memeberikan momentum hebat kepada dunia satu ketika dahulu. Tamadun yang terbina di Sepanyol inilah juga yang telah membawa revolusi sehingga barat pada hari ini mencapai kemajuan hasil sikap mereka yang "gilakan" ilmu walau terpaksa belajar dari ilmuwan Islam.

Benar, sistem dualisme pada hari ini dalam sistem pendidikan telah menyebabkan kita semakin jauh dengan tamadun keilmuwan yang telah dibina satu ketika dahulu. Mereka di bidang agama sesetengahnya menganggap bidang sains itu sebagai alat menjauhkan manusia dari Pencipta. serta mendewa-dewakan materialisme Ada pula yang memandang agama sebagai penghalang pembangunan. Saya kira, persepsi sedemikian menyebabkan kita semakin jauh sama ada dari sudut ketaqwaan, kemajuan dan nilai-nilai keinsanan.


"Masyarakat zaman Sultan Muhammad al-Fateh sangat titik beratkan ilmu fizik seolah-olah ianya sebagai salah satu pelengkap hidup mereka", jelas Ustaz Hasrizal Jamil dalam satu pengisian berkaitan al-Fateh yang saya ikuti dahulu.

Benar, ilmu fizik menyebabkan mereka mengkaji berapa ketebalan tembok Constantinople? Ukuran yang tepatlah juga yang membolehkan seorang banduan diselamatkan dari Maharaja Constantinople yang zalim itu. Akhirnya, dialah menjadi pencipta meriam yang dimanfaatkan al-Fateh.Mereka mendapat jawapan berapa saiz peluru meriam yang relevan untuk merobek kubu yang dibanggakan itu? Inilah hasil taqwa yang disenergikan dengan pengetahuan ilmu sains suatu ketika dahulu.

Mungkin bolej kita ambil kata-kata daripada Albert Einstein :

“Science without religion is lame; religion without science is blind.”

Imaginasi saya

"Kamu, tahu, permintaan terhadap sekolah swasta hari ini tinggi. Kalau kamu buka sekolah swasta, saya akan kempen kawan-kawan saya, hantar di sekolah kamu".

Begitulah provokasi Ustaz Rushdan kepada saya, Faisal, Imanuddin dan Syauqi (sekarang di UK) ketika kami menziarahinya pada hari raya 'Idulfitri yang lepas. Kami sudah memahami Ustaz Rushdan, "guru provokasi" kami sejak di SMKAK. Tapi, memang benar, saya bersama sahabat saya Mubarak pernah terlibat dengan latihan industri di salah sebuah sekolah swasta. Memang ibu bapa mempunyai harapan tinggi kepada sekolah swasta walaupun mereka tidak banyak wang.

"Sebenarnya, Ustaz Khairuddin Aman Razali al-Takiri menubuhkan sekolah ini atas dasar kebajikan. Kekadang, ada yang Ustaz potong yuran bagi keluarga yang tidak berkemampuan. Kami yang berkhidmat di sini juga mesti bekerja atas dasar kebajikan, bukan mencari kekayaan".

Jelas Ustaz Ismail, pengetua di situ apabila saya timbulkan persoalan berkaitan beberapa ibu bapa yang tidaklah begitu kaya, namun masih mahu menghantar anak mereka ke situ. Saya agak terkesima apabila menyemak beberapa borang yang diisi oleh ibu bapa murid-murid di situ. "Saya berharap agar anak saya menjadi anak yang soleh". Itulah yang dicatatkan oleh salah seorang ibu bapa pada ruangan "harapan" dalam borang tersebut. Gajinya tidak seberapa, harapannya besar, maka dia sanggup berkorban demi anak tercinta.

Pada saya, ramai ibu bapa yang risaukan sistem dualisme yang diadaptasi di sekolah pada hari ini menyebabkan mereka sanggup menghantar anak ke sekolah swasta. Kesedaran ini semakin timbul, selari dengan perubahan kefahaman masyarakat. Maka saya berfikir, tidak salah saya sambut ideal guru pidato yang saya kasihi itu. Saya mula berimaginasi, " Saya teringin menubuhkan Institut/sekolah Tahfiz Sains Profesional".

"Hang berlagak, dapat tawaran Engineering UIAM dulu, tak mau pergi," itulah salah satu kata-kata provokasi yang selalu dimainkan sahabat baik saya, Faisal sambil mentertawakan saya. "Pak Can, toksah dok ungkit kisah lama", itu saja yang saya mampu balas. Teringat satu ketika dahulu, tindakan yang mungkin "gila" pada pandangan sesetengah orang lain, apabila saya tetap teruskan pengajian saya di Darul Quran JAKIM. Secara jujurnya, pada ketika itu, saya hampir sudah berputus asa untuk melanjutkan pengajian saya dalam bidang sains kerana semangat dan cita-cita saya kecil. walaupun sebelum itu, saya memang sudah jatuh cinta pada fizik. Namun, saya berpandangan, masih belum terlambat untuk saya mempromosikan sinergi "al-Quran dan sains". Saya masih bercita-cita untuk melihat "Institusi/sekolah Sains Profesional".

Saya berpandangan ianya mampu menjadi model sekiranya dapat direalisasikan. Bahkan sekiranya berjaya, ideal ini tidak menjadi masalah untuk dikongsi bersama mana-mana kerajaan negeri atau kerajaan pusat sendiri untuk mengatasi virus dualisme dalam sistem pendidikan hari ini. Yang penting, biar ada model untuk dilihat keberjayaannya.

Sinergi

Saya bukan arif dalam bidang sains. Saya perlukan sahabat dari bidang sains untuk membantu sebagai tenaga pemikir. Saya bukan pakar dalam bidang hafazan. Justeru, saya akan manfaatkan sahabat-sahabat yang telah saya anggap sebagai "adik-beradik" di bidang Qiraat dan Hafazan" yang masih di Mesir sebagai tonggak utama. Saya nantikan kepulangan anda sebagai tempat rujuk saya dan pembimbing saya. Saya juga terbayangkan wajah sahabat-sahabat di UPSI baru-baru ini bersama Naqiuddin dan sahabat-sahabat Sekretariat Bertindak Pendidikan Islam Nasional (SPIN) yang saya kira antara tempat rujuk saya dalam mengendalikan sistem. Ayuh, kita sinergikan al-Quran dan Sains".

Saya pasti tidak mampu, namun saya masih percaya pada kuasa sinergi. Saya masih ingat perumpamaan Badiuzzaman Said Nursi yang dibawakan oleh Ustaz Ali Kurt pada malam pertemuan kami itu berkaitan "teori 3 alif". 3 alif(no. 1 dalam no. arab) bila berpisah, nilaiannya ialah 1 + 1 + = 3. Tetapi bila bersatu, diletak sebaris, nilaiannya seratus sebelas (111). Inilah kuasa sinergi yang saya rasakan boleh disatukan bagi memberi impaks maksima. Kebolehan, kekuatan dan bidang kita mungkin berbeza namun bila disatukan kesannya hebat. Beruntung saya, walau saya lemah, saya masih ada sahabat-sahabat kuat dari pelbagai bidang di sekeliling.


Konklusi

Cita-cita saya, tidak mahu biarkan manusia menganggap sains sebagai Tuhan, namun sains adalah medium untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Mungkin pembaca menganggap, saya hanya seperti Mat Jenin, namun pandangan saya, tidak salah saya berimaginasi kerana rindukan "Andalus" yang telah hilang. Bahkan Albert Einstein pernah menyatakan :
"Imagination is more important than knowledge."

Apakah imaginasi saya hanya tinggal imaginasi? Wallahua'lam. Cuma persoalan yang timbul di benak pemikiran saya, siapa yang sanggup bersama untuk membantu merealisasikan imaginasi saya?

Sama-sama doakan agar saya tidak menjadi Mat Jenin kedua semata-mata.

12 comments:

Anonymous October 30, 2009 at 7:52 PM  

salam adikku idris..,

erm,rasa nak nangis baca posting ni. jom, kita bergerak sama-sama. akak menawarkan diri jadi tukang jaga kasut..

bersama membina kembali tamadun andalus yang hilang

dulu akk pernah mesej pada ex- presiden, sebelum idris jadi presiden..

" ana yakin dengan adik ana idris. moga2 dialah penyubur kembali jiwa al-fateh dan solahuddin al-ayyubi yang semakin hilang dalam generasi kita.."

Muslimin POWER!!

Zulgeologist October 30, 2009 at 8:59 PM  

ana setuju..macam menarik je imiginasi tu..

hasanhusaini October 31, 2009 at 12:07 AM  

salam..ana na berdaftar sebagai salah seorang yang akan diprojekkan dalam imaginasi tuan...harap permohonan ini lulus tanpa birokrasi..

ibnuZul October 31, 2009 at 1:04 AM  

E=mc2 teori teragung einstein...berkenaan relatif mase
sehingga kini tidak boleh di realisasikan...e=tenaga m=berat c=kelajauan cahaya.jom berimagunasi!!!

Anonymous October 31, 2009 at 6:20 AM  

saya sanggup merealisasikan imaginisasi tuan..Insya Allah suatu hari nnt terbentuk juga tamadun yang hilang tu..-bumi kinanah-

Mohd Nazri October 31, 2009 at 12:35 PM  

salam,
saya bersedia untuk bersama bos samada dalam susah senang..yang penting,segala matlamat dan KPI yang bos nak capai akan terlaksana..amin

syairah October 31, 2009 at 10:42 PM  

assalamualaikum wbt..

alhmdllah..satu geng dgn kami..kami dah buat geng secara perlahan dan ana yakin di luar sana dah ada yang memulakan terutama para doktor perubatan dan jurutera..

www.redupkanhati.blogspot.com

hamba allah October 31, 2009 at 11:19 PM  

wow.. moga cita2 ustz itu bjaya.. hbt ustz idris ni... fuh bru ana taw yg ustz ni dr bckground science.. engneering plak tu. tp ustz tlh mgambil jln yg btul dgn mgambil jurusan skrg.. moga sntiasa dlm kbrkatan illahi hndknya.. hidup isiukm.. hidup gamis.. hidup gmukm..

Junior isi November 1, 2009 at 8:21 AM  

Alhamdulillah..
Ana dipertemukan dgn jemaah ini.
ie! Islam itu syumul.
Sains akan dekatkan kita kpd Allah,
dgn syarat stiap tindak tanduk kita,
setiap apa yg kita tahu berkenaan sains, kita lihat dr perspektif yg berbeza. Iaitu kebesaran dan keagungan Allah. Itu yg menjdikan blaja itu enjoy, dan tkkan mengundang stress. Ana sedia mendokong pengaplikasian Islam dan ilmu Biologi. Insya Allah, andai umur masih ada.. Wallahu'alam.

bdk_kecik November 1, 2009 at 11:14 PM  

ana sgt setuju dengan belajar sains kita semakin dekatkan diri kpd ALLAH..
lebih2 lg dalam bidang geologi ini,
kebesaran Allah terbukti di dpn mata,,
terasa sgt kagum dgn kesenian penciptaan alam oleh Allah ini.

ayuh shbt2, jadikan imaginasi ini suatu yg realiti..
ALLAHUAKBAR!

jagung November 2, 2009 at 7:40 PM  

ini pengalamn tuan.

memberitahu kpd tuan bahawa tuan ada kelebihan yng perlu terus dibangunkan..diperkasakan..pedulilah apa orang kata..

kecintaan tuan dlm bidang sains adalh kredit besar untuk tuan yg bljar dlm aliran agama.

kenapa..?

kerana tuan sudah menguasai ilmu Fardhu..tg dok tambah sedikt perencah sains lagi..

untuk semua juga..kita cari potensi kita...bangunkan bersama..diri kitalah yang selayaknya membangunkan diri sendiri..

sibuk sangat baiki kelemahan..sehingga terlupa potensi diri..

jom bergerak pantas...masa muda kita tinggal 4 atau 5 tahun lagii..

Allah akan tanya, apa yang hambaNya buat di usia muda...bukan bertanya hasil..
Allah tanya yang kita buat.

Korepsi Diri Baiki Peribadi!

Cucu, warisan GEGAR November 2, 2009 at 11:34 PM  

Datuk,
ana dan adik-bradik ana di UIA bersedia membantu walaupun sekadar sediakan makanan...

Kami perlukan ilmu...

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP