Tuesday, September 1, 2009

ARAK KEPALA LEMBU : KETIDAK MATANGAN YANG BOLEH MEMBAWA FITNAH KEPADA ISLAM


Isu pemindahan kuil di Seksyen 23 Shah Alam masih belum reda. Apa yang saya harapkan ialah agar Kerajaan Selangor beserta rakyat setempat dapat duduk semeja, membincangkan penyelesaian dengan cara terbaik. Saya agak terkilan melihat protes yang dilakukan Jumaat lepas. Saya tidak terkilan jika mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Kebajikan Negeri Rodziah Ismail dan Exco Kesihatan Dr A Xavier Jayakumar serta ahli Parlimen Shah Alam, YB Ir Khalid Samad semata-mata. Namun, apa yang mnyedihkan ialah apabila perarakan tersebut menyentuh sensistiviti agama lain.

Ketidakmatangan mereka yang menggunakan kepala lembu dalam perarakan tersebut jelas boleh menimbulkan suasana ketegangan. Apatah lagi apabila kepala lembu, haiwan suci bagi penganut Hindu digunakan untuk menonjolkan kemarahan. Pandangan saya, memijak kepala haiwan untuk menonjolkan kemarahan pun sudah melampau dari sudut akhlak seorang hamba Allah s.w.t. dengan makhluk lain, apatah lagi apabila ianya menyentuh sensitiviti kepercayaan sesuatu agama.


Dalam Islam, konsep "Sadduz Zaraie" (Menyekat Pintu-pintu Keburukan) perlu ditik beratkan. Islam bukan sahaja melihat kepada sesuatu tindakan, akan tetapi ianya juga melihat kepada natijah yang boleh terhasil daripada sesuatu tindakan. Pada pandangan saya, tindakan berarak dengan kepala lembu selepas solat Jumaat yang lalu adalah tidak matang dan melanggar prinsip "Sadduz Zaraie" kerana ianya boleh membawa fitnah kepada agama Islam serta boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama yang sangat bahaya.

Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah al-An'am, ayat 108 yang bermaksud:

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, Karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan...”.

Larangan mencela sembahan yang menjadi sembahan orang bukan Islam dalam ayat ini adalah kerana, celaan kepada sembahan itu boleh membawa kepada pencelaan kepada Allah SWT oleh orang-orang bukan Islam yang menyembahnya. Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa “Sadduz Zaraie” adalah dalil yang muktabar.



Justeru, saya memandang, pendekatan protes yang telah dilakukan adalah agak melampau. Ianya seolah-olah membawa imej Islam yang keras dan membawa kepada penghinaan terhadap Islam satu hari nanti. Janganlah kerana kemarahan kita yang melulu membawa imej yang tidak baik pada pandangan orang lain. Walaupun alasannya hanya sebagai simbolik untuk ingin mengaitkan pemimpin tertentu sebagai "lembu yang dicucuk hidung", namun kita harus berfikir panjang dalam tindakan terutamanya dalam perkara yang oleh menyentuh sensitiviti agama yang akan membawa musibah dan mafsadah yang besar satu hari nanti.

7 comments:

izwan7 September 1, 2009 at 11:43 AM  

nila nama buat keja tak guna otak..

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz September 1, 2009 at 6:14 PM  

lepas nie msti ada yg nak usung kepala b*b* kerana membantah pembinaan masjid.

sapa yg ajar?????
"mereka" juga yg ajar

Anonymous September 2, 2009 at 6:09 PM  

poyo je mamat ni muka///

Anonymous September 3, 2009 at 12:25 PM  

ko jeles eeh muke ko tak hensem mcm die....hahahhahaha

hanisah September 9, 2009 at 9:20 AM  

saya sangat bersetuju dengan pendapat awak.....memang x patut kalau kita wat cam2 kat agama orang len..kita kena ar respect dorang punya agama gak

Noor Hafizah September 9, 2009 at 9:54 AM  

Melampau sungguh orang melayu sekarang ni..menggunakan binatang yang dianggap suci bagi kaum india sebagai tanda kemarahan..takder kesedaran sivik. Matang tahap cipan..sokong pendapat izwan...buat kerja tak guna otak

Anonymous September 11, 2009 at 12:08 PM  

Memang kita umat Islam disuruh berlaku 'adil, termasuk terhadap kafir dhimmi yang duduk tunduk dibawah pemerintahan Islam. Tetapi kita disuruh hanya berlaku 'adil dalam hal menjaga kebajikan mereka. Dalam soal ketuhanan, tidak timbul soal ke'adilan. Ini soal aqidah, bukan lagi soal wadah. Kita memelihara tempat 'ibadah mereka, bukan mengujudkan yang baru dicelah kediaman kita. Sultan Salahuddin Al Ayubi memelihara kesucian synagogue dan gereja yang sedia ada semasa membuka Kota Baitul Maqdis, bukan dengan membina kuil, tokong, gereja atau synagogue yang baru bersebelahan Masjidil Aqsa!

Apa yang menghairankan, ,mengapa pulak umat Islam yang disuruh bertolak ansur. Mengapa langsung tiada suara dari Pak Janggut menasihatkan kaum Hindu supaya bertolak ansur. Seksyen 23 ada 337 keluarga, tidak sampai 40 beragama Hindu. Mengapa mereka tidak boleh bertolak ansur. Bukan kita menghalang mereka ber'ibadat. Masih banyak lagi kuil dan tempat 'ibadat yang mereka punyai.
Mengikut statistik, dalam negeri Selangor ada 4.3 juta penduduk. Daripada jumlah itu, majoritinya umat Islam sebanyak 2.5 juta dengan masjid hanya sebanyak 259 buah. Sebalik nya masyarakat Budha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong. Kaum Hindu pulak, yang berjumlah 647,000 mempunyai 810 kuil berdaftar (ini tidak termasuk kuil yang haram dan tidak berdaftar!). Dan bagi 50,000 penganut Kristian di Selangor, cuba kira berapa jumlah gereja mereka! Malahan tuhan patung hindu yang terbesar didunia juga dok tersergam berdiri dalam negeri Selangor (ehsan daripada Kerajaan UMNo/ Be End dulu)! Itu pun umat Islam dikatakan masih tidak 'adil, masih tidak bertolak ansur!?

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP