SAYA SETUJU NAJIB LANCARKAN GAGASAN 1MALAYSIA BESAR-BESARAN
Apabila Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa gagasan 1Malaysia akan dilancarkan secara besar-besaran di Dataran Merdeka pada 27 Jun ini, saya merasakan sayalah antara orang yang gembira. Seolah-olah harapan saya selama ini menjadi realiti. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Dato' Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional. Inilah yang saya nantikan.
Mungkin ada yang berbeza pandangan dengan saya, namun saya akan menerima dengan terbuka. Saya akan menjelaskan pandangan saya. Kajian yang dibuat, arus politik baru yang berlaku dan melaju pada hari ini bukan sahaja dari kekuatan Pakatan Rakyat. Namun, kuasa media alternatif merupakan salah satu faktor perubahan ini. Media baru telah menyebabkan rakyat membuka mata. Banyak perkara yang tidak didapati dalam media arus perdana namun media alternatif membongkarnya. Maka rakyat tidak mudah ditipu. Dulu rakyat ditipu secara senyap, tidak diketahui pucuk pangkalnya. Namun hari ini, rakyat tidak mudah ditipu kerana rakyat adalah hakim negara. Apabila, rakyat mendapat banyak maklumat, mereka tidak mudah ditipu. Mudahlah mereka memberi hukuman. Akibatnya, PRU 12 adalah hasilnya.
Walaubagaimanapun, tren ini masih belum menyeluruh kepada rakyat Malaysia. Masih ada yang belum mendapat maklumat secukupnya. Atas hakikat inilah terdapat rakyat di kawasan pedalaman yang masih belum berubah. Jadi, sekiranya Dato' Seri Najib dan pimpinannya ingin melancarkan gagasan beliau secara besar-besaran, saya sangat bersetuju. Harapan saya, biar sampai ke seluruh kawasan sama ada bandar atau luar bandar.
Mengapa saya berkata begitu? Sebelum ini rakyat tidak berubah kerana mereka ditipu secara senyap. Jika mereka ditipu secara terang-terangan, mudahlah mereka menghukum. Contoh mudah, dalam kisah Madu Tiga, isteri pertama dan kedua tidak sedar bahawa P Ramlee telah berkahwin lagi kerana beliau 'pandai bersilat' dan menipu secara senyap. Bayangkan sekiranya P Ramlee memberitahu bahawa dia tidak bermain kayu tiga atau berpoligami, dalam pada masa yang sama tangannya memimpin seorang perempuan. Sudah pasti isteri tuanya tidak mempercayainya kerana jelas bahawa P Ramlee menipu secara terang-terangan. (sekadar contoh, bukan bermakna saya menolak poligami yang ada dalam Islam)
Jadi, pandangan saya biarkan rakyat ditipu secara terang-terangan. Biar mereka bertindak sebagai hakim negara dengan bukti-bukti kukuh. Benarkah Dato' Seri Najib boleh membawa 1Malaysia sedangkan UMNO masih bertapak. Dato' Seri Najib ingin membawa 1Malaysia sedangkan UMNO masih berminat bermain dengan perjuangan dan membakar isu perkauman. Pada pandangan saya, Dato' Seri Najib mungkin boleh membawa gagasannya dengan syarat UMNO mesti dikuburkan.
Biar rakyat tahu benarkah rakyat didahulukan dalam pemerintahan Dato' Seri Najib? Ujikaji pertama di awal pemerintahannya sudah membuktikan sebaliknya apabila kemahuan rakyat di Perak yang inginkan kerajaan negeri yang kukuh dengan mengadakan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Perak semula tidak diutamakan. Tidak mengapa, kita tengok apa pula lepas ini. Biar rakyat menjadi hakimnya.
Biar rakyat lihat, benarkah prestasi diutamakan dalam kepimpinan Dato' Seri Najib? Sedangkan ujikaji di awal pemerintahannya juga menunjukkan barisan menterinya di kalangan mereka yang boleh diragui integritinya. Prestasi kehakiman dan keselamatan di Malaysia juga dapat dinilai benarkah slogan ini? Tidak mengapa, kita tengok apa pula lepas ini. Biarkan juga rakyat menjadi hakimnya.
Saya amat yakin, perlancaran secara besar-besaran gagasan ini akan mempercepatkan lagi proses transformasi Malaysia. Biar rakyat ditipu secara terang-terangan kerana mereka adalah hakim negara. Kumpulkan segala bukti-bukti. Berikan hukuman selayaknya. Saya sangat optimis akan kesannya kerana kebanyakan ahli akademik yang saya temui juga menyatakan pandangan mereka bahawa slogan dan gagasan ini masih kosong. Tidak mengapa, kita tengok apa pula lepas ini. Biarkan rakyat menjadi hakimnya. Kita tidak lupa kepada isu PPSMI, ISA dan lain-lain lagi. Ahli akademik juga rakyat. Ahli politik juga rakyat. Saya dan pembaca juga rakyat. Maka kumpulkan bukti-bukti dan nantikan apa hukuman kita nanti.
7 comments:
tak setuju, kita perlu beri peluang kepada Najib, mungkin dia benar2 inginkan pembaharuan... Kita kena sokong dia sebagai tanda taat dan wala' kepada pemimpin no1 negara... Steady lah Najib!!!
salam
farid, rasanya ayat ana lebih mulia dari anta. hehehe
Komen yang sempit dari penulis - samada tulisan blognya, mahupun komen balasnya. Tulisan anda tidak mencerminkan seorang mahasiswa yang berfikiran jauh dan keluasan pembacaan. Sila tambah bacaan ilmiah anda di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan buatlah penilaian secara kritis.
Belajarlah berterima kasih dengan sesama manusia, terutamanya yang telah membantu menyediakan kemudahan untuk anda menimba ilmu di UKM - seperti biasiswa/PTPTN, prasarana, tenaga pengajar dan sebagainya. Atau mungkin tenaga pengajar di fakulti anda tidak pernah mengajar pelajarnya bagaimana untuk berterima kasih?
setuju dengan Mathematician, idris ni sempit..
cdgn untuk mathematician, tolong rangka artikel untuk jawab balik isu ni, kami perlukan buah fikiran anda yang "luas" dan "matang" tu... mesti menarik kupasannya...
salam,
farid. kalau sekadar nak menjawab, saya mungkin x stuju untuk menulis semata-mata kerananya. mungkin saya akan utamakan artikel lain. saya suka pandangan2 kritikal dari anda semua kerana kita masih berpeluang untuk belajar dan terus belajar. syabas
Sebelum saya menulis dengan panjang lebar, apa kata Encik Farid renungkan dan fahami dengna mendalam maksud perenggan kedua saya. Itu belum panjang lebar lagi. Mungkin lebih senang untuk Encik Farid fahami untuk peringkat permulaan.
kalau terima kasih menjadi kerangka perbincangan, apakah sangat nilaian ptptn yg cuma mungkin setakat 20k..
sababatku mathematician, anda perlu lebih bersyukur kepada TUHAN yng telah mengurniakan nikmat yg takkan mampu erbayar...
sy kenal penulis dan tahu agenda syukurnya kpd TUHANNYA...
Moga kita dapat menentukan priority TQ sebaiknya...
Post a Comment