Sunday, December 14, 2008

APABILA MANUSIA DITAKUTKAN DENGAN HANTU KUBUR, TIDAK DITAKUTKAN DENGAN AZAB KUBUR... (hukumlah dengan adil...)

Sudah lama jejari ini tidak menaip artikel. Maklum la, laptop yang hilang belum berganti. Maka di cyber café lah jawabnya. Mohon maaf kepada sahabat-sahabat pengunjung. Bukan diri ini sudah berputus asa, namun masa yang kurang mengizinkan. Maka hari ini penulis akan meneruskan sedikit sebanyak coretan ringkas di blog ini.

**********************************************

Isu lama, tapi penulis tetap ingin meluahkan. Beberapa ketika dulu, heboh isu tayangan sajak kematian yang meletup sehingga memanggil menteri bertanggungjawab membuat ulasan. Maka ramailah yang memberi respon pro dan kontra berkaitan isu sajak kematian ini ditayangkan kepada murid sekolah. Ada yang membuat ulasan di akhbar, blog dan sebagainya sama ada dari sudut psikologi atau hukum agama. Akan tetapi penulis ingin mengajak pembaca merenung isu ini dengan cara berbeza.

Psikologi?

“Syeikh, ustaz ni tidak bersetuju tayangan sajak kematian ini ditayangkan kepada kanak-kanak sebab ianya memberi kesan negatif pada pemikiran kanak-kanak tersebut”
Azizan memberitahu penulis pada suatu hari.

Penulis berfikir sejenak. Mungkin betul pandangan tersebut. Penulis bukan seorang motivatior atau pakar psikologi yang boleh menghurai isu ini dengan lebih tepat. Namun, penulis ingin mengajak pembaca berfikir pula berkaitan isu yang lain.

“Kakak! Cepatla temankan adik ke tandas, adik dah tak tahan ni”

Peristiwa ini selalu berlaku dan terdengar di telinga penulis ketika salah seorang saudara penulis mahu ke tandas tetapi takut walaupun hari siang. Mungkin lawak bunyinya, tetapi inilah hakkat yang sebenarnya berlaku. Bukan kerana sajak kematian, tapi filem-filem seram yang semakin banyak ditayangkan di telivisyen dan VCD atau DVD yang berlambak di pasaran.

Ditambah pula, kekadang adat mendidik yang tidak betul. Begitu banyak cerita-cerita menakutkan kanak-kanak direka dan dicerita kononnya tidak mahu kanak-kanak keluar pada waktu malam….

“Jangan main kat luar, dah nak maghrib. Nanti hantu pocong tangkap…..”

Kesannya, ramailah kanak-kanak tidak berani ke masjid untuk solat berjemaah dan kuliah agama di masjid.

Persoalan penulis, di mana pakar psikologi yang mahu menghuraikan isu-isu di atas pula yang semakin menjadi-jadi dan lama telah berlaku?

Khurafat,tahyul dan…….?

Penulis bukanlah ahlinya untuk mengaitkan isu tayangan sajak kematian dengan perkara tahyul dan khurafat kerana belum meneliti tayangan ini sebaiknya. Namun, sekali lagi penulis ingin mengaitkan isu filem-filem seram dan cerita rekaan seperti yang banyak berlaku di sekitar masyarakat dalam bahagian ini.

Malam Jumaat yang dianjurkan kita memperbanyakkan amalan bertukar suasananya dengan kesan filem-filem seram yang mengambil alih pada malam tersebut di kaca televisyen. Siapa yang mahu memberi respon isu ini? Orang ramai lebih berminat untuk menantikan “hantu apa pula yang menjelma malam ini di telivisyen? Lawa ke tak hantu te ye….”

Malam Jumaat juga dikaitkan hantu kubur berkeliaran. Hadis mana yang dijadikan dalil? Ayat surah mana yang menceritakannya? Parah…..

“Jangan lalu di kawasan itu pada waktu malam, ada orang pernah jumpa perempuan berambut panjang, pakaian putih, membawa anak berjalan seorang diri….””Jaga-jaga, kawasan tu keras…””Nak masuk kawasan tu, minta izin dulu. Kawasan tu ada penunggu…” aduhhh…..pening kepala penulis memikirkannya.

Disamping itu, persepsi masyarakat, bomoh lah penyelamat segala-galanya walaupun ada yang terlibat dengan pemujaan dan perkara yang syirik. Ulama’ pula dikesampingkan.

Sekali lagi penulis ingin bertanya, berapa ramai yang berminat mengulas isu-isu ini?

Konklusi

Penulis bukan ingin menyanggah pandangan orang lain berkaitan isu sajak kematian ini yang memkirkan kesan psikologi dan hukum agama, tetapi hanya sekadar mengajak pembaca menghukum dengan lebih adil isu-isu masyarakat hari ini. Begitu ramai kanak-kanak dididik sejak kecil untuk takutkan hantu kubur, tidak ramai yang mendidik kanak-kanak untuk takutkan azab kubur.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP